Share

THE  CAGE
THE CAGE
Author: ALISSA ALEE

CHAPTER 1

DI SEBUAH BILIK SEPI,

2300 PM

TERGAMAM. Pisau ditangan diangkat sambil mulut dipekup. Segalanya berlaku dalam sekelip mata sahaja dan tidak dirancang. Aliran darah yang ada pada hujung runcing pisau berterusan menitis ke tanah.

"Awak..."

"Apa salah saya awak?" Soalnya lagi sambil mengerekot kesakitan. Perut masih lagi dipekup agar darah tidak mengalir pun begitu bajunya semakin lencun dan warna putih kemeja tersebut bertukar ke warna merah.

"Tidak, bukan aku yang lakukan!" Tukasnya mengeleng-gelengkan kepalanya selaju yang mungkin. Pisau terus dicampak jauh ke dalam semak.

"Awak!" Pekiknya dan terus meluru ke arah lelaki yang telah terduduk itu. "Ma... Ma.. Maafkan saya awak. Sumpah saya tak sengaja. Saya betul-betul tak sengaja. Saya.. Saya ingat awak dia..." Ujar gadis itu pilu. Tubuh lelaki itu didakap seerat yang mungkin.

"Awak... Saya dah tiada masa lagi..."

"Ya Allah awak.. Tolong! Tolong!" Teriak gadis itu meraung seorang diri sambil memangku kepala kekasih hati yang sudah tidak bermaya. Wajah pucat itu cuba juga untuk tersenyum sambil tangan pula diangkat walau kian lemah dan dipenuhi darah perutnya lalu diletakkan atas lengan si gadis dan membuatkan gadis itu menunduk lalu mata mereka bertatapan.

"Awak... Terima kasih kerana awak sudi menerima cinta saya walau untuk seketika... Saya tak sedih mati ditangan awak, sayangku..."

"Ya Allah awak tolong jangan tinggalkan saya. Maafkan saya.. Ma.." Kata-katanya terbejat apabila kepala yang masih atas ribaannya itu terlentok ke kirinya.

"Awak.. Awak...Bangun awak... Bangun awak jangan permainkan saya lagi, awak..." Pintanya seraya menepuk-nepuk pipi mayat kaku tersebut. Airmata semakin berhamburan membasahi pipinya.

"Awak!!!" Raungnya lagi sambil memeluk kepala yang terkulai tersebut bagaikan tidak mahu melepaskannya.

Matanya masih lagi tajam melihat segala perlakuan gadis jelita bergaun putih itu. Sesekali kacamata yang melorot ke bawah ditolak semula ke atas dengan jari telunjuknya.

"Nea..." Serunya agak perlahan saat kaki semakin mendekati tubuh yang terduduk sambil memangku tubuh kaku tersebut. Suaranya masih lagi mendayu-dayu memanggil nama seseorang.

"Nea.." Panggilan itu diiringi sentuhan lembut atas bahu figura tersebut. Suara lirihnya kini terhenti perlahan-lahan figura itu menoleh dan memandang ke arah sisinya. Tatkala mata keduanya bertatapan, lelaki berkacamata itu mengukirkan satu senyuman.

Dia kenal akan senyuman dan lirikan mata itu. Figura bergaun putih itu terus mengengsotkan tubuhnya ke depan dengan membawa bersama seseorang dalam pangkuannya itu.

"Nanti dulu.." Pinta lelaki berkacamata itu dengan memaut lengan gadis bernama Nea itu. Nea meronta-ronta ingin dilepaskan namun pegangan tersebut dipereratkan lagi.

"Pergi aku kata. Aku benci kau, kerana kau cinta hatiku mati. Pergi!" Bentak Nea merah padam mukanya. Lelaki itu sedikit pun tidak terkesan malah makin lebar senyumannya. Dalam masa yang sama dia halakan kerlingannya ke objek diribaan Nea.

"Jangan sesekali kau sentuh dia lagi. Pergi aku kata... Sepatutnya kau yang patut mati bukan dia... Aku benci kau... Pergi aku kata. Kalau kau masih berdegil aku takkan teragak-agak untuk menikam kau juga!" Ancam Nea dengan nada yang menekan. Pandangan pula semakin tajam dan bibir pula mulai membentuk senyuman senget.

Lelaki berkacamata itu menyepikan dirinya buat seketika kerana dia mahu Nea bertenang dahulu.

"Doktor.."

Dr Nad terus berpaling ke arah belakangnya. Seorang gadis dalam seragam pink menapak ke arahnya sambil memegang beberapa timbunan fail dan juga perakam suara.

"Awak letak saja di atas meja... Jaket awak pegang ya..." Arah Dr Nad sebelum dia berpaling semula ke wajah si gadis yang masih lagi mengomel dengan sesuatu yang dia sahaja nampak.

Setelah fail-fail diletakkan atas meja seperti yang telah di arahkan, jururawat tersebut menapak perlahan mendekati Dr Nad dan juga pesakit yang baru sahaja lima hari berada di bilik asing itu.

Menurut laporan, Nea telah digugurkan dari hukuman gantung namun Nea terpaksa dihantarkan ke pusat pemeriksaan jiwa dan mental. Jadi Pusat Qaseh merupakan satu-satunya pusat yang paling dekat dengan tempat tinggal Nea.

"Bagaimana dengan psikoanalisis pada hari ini doktor? Berjalan dengan lancar tak?" Soal jururawat yang diketika itu sedang memerhati tingkah Nea. Patung beruang tanpa kepala itu senantiasa Nea bawa bagaikan tak boleh berpisah dengannya.

Pernah satu hari patung tersebut dirampas oleh pesakit senior di pusat itu ketika berada di taman, Nea mengamuk sakan dan pesakit itu hampir-hampir kehilangan nyawanya.

Misi Alya kepingin mahu tahu apa dan kenapa Nea tidak mahu berenggang dengan patung tersebut. Pernah juga dia terdengar Nea bersembang dengan patung tanpa kepala itu.

"Kenapa Jeff kenapa.. Kenapa kau tergamak bunuh Is... Apa salah dia pada kau?" Soal Nea secara tiba-tiba setelah hampir sepuluh minit dia berdiam. Tiada pekikan seperti tadi namun soalan yang telah gadis itu lontarkan telah membuatkan Dr Nad dan Misi Alya saling berpandangan.

"Siapa pula Jef? Bukankah selama ini..." Kata-kata itu tidak dapat Misi Alya teruskan pabila Dr Nad memberi isyarat jari pada bibir tanda diam dahulu.

Walaupun Misi Alya menutup mulutnya namun saraf-saraf pada serebrum milik otaknya sedang berfungsi mencari, menimbang dan menaakul maklumat baru. Terlihat jelas tiga garisan pada dahi Alya kini.

"Aku tanya Jef... Kenapa kau bunuh Is... Kenapa kau bunuh kekasih aku, Jef?" Soal Nea makin menekan alunan suaranya. Dalam masa yang sama, patung yang pada pandangan Nea merupakan kekasihnya itu dibelai-belai lalu didakap semula.

Dr Nad telah lama dapat mengesan tangisan Nea biarpun ia makin mengering. Begitu juga dengan Misi Alya namun dia tidak berani mahu menghulurkan tisu khuatir Nea mengamuk semula.

Nea terdongak dan terus menoleh lalu melawan tancapan mata Dr Nad. Manakala Misi Alya pula sudah berderau darah melihat aksi spontan Nea.

"Puas hati kau sekarangkan? Tapi kau silap Jef kau memang silap. Kalau kau fikir dengan kematian Is aku akan menerima kau, kau silap. Aku rasa kau patut ingat kata-kata dulu. Rasa cinta aku pada Is takkan padam walau maut mendatang apatah lagi kau... Mungkin kau telah dapat apa yang kau nak dari aku tapi kau takkan sesekali pernah dapat cinta aku. Kau ingat tu!" Tegas Nea sambil diperhatikan oleh Misi Alya.

Lelaki berkacamata itu tetap membisu lalu perlahan-lahan bangun dan mengambil pisau yang telah Nea campakkan ke tanah. Dia langsung mengoyakkan senyumannya.

"Nea.. Nea... Kau lupa cap jari siapa yang terlekat pada pisau ini? Bukan aku yang bunuh Is... Tapi kau!!" Herdikkan lelaki berkacamata itu telah menyentak lagi hati Nea yang sememang sedang membara.

Dengan pantas Nea berdiri tegak. Misi Alya mulai menjauhkan jaraknya manakala Dr Nad masih lagi di posisi yang sama. Pun begitu dia juga perlu bersiaga apatah lagi mata helang Nea masih tajam menikam matanya.

Dr Nad mengisyaratkan Misi Alya memegang straitjacket dan bila dia menganggukkan kepalanya Misi Alya harus cepat-cepat ke arahnya dan Nea. Misi Alya mengangguk dan memahami akan arahan tersebut.

Jaket putih yang mempunyai beberapa tali pengikat menyerupai tali pinggang terus diangkat dan dipeluk erat. Hati semakin berdebaran bukan kerana tidak biasa berada dalam situasi itu tetapi entah kenapa kali ini, Misi Alya seakan mendapat satu intuisi.

"Jahanam kau Jef... Aku bunuh... Aku bunuh kau. Argh!!" Pekik Nea terus menerkam Dr Nad yang pada pandangan matanya merupakan seorang lelaki bernama Jeff.

"Alya!" Laung Dr Nad juga. Misi Alya yang telah pun melebarkan jaket putih berpengikat melangkah dengan laju dan setelah menghampiri Dr Nad, Dr Nad terus memegang sebelah kiri dan Alya sebelah kanan.

"Argh lepaskan.. Lepaskan aku, bukan aku yang bunuh lelaki itu tapi dia. Lepaskan argh!" Nea terus memekik setelah tubuh hadapannya disarungkan dan terus diikat secara keliling oleh pakaian putih tersebut.

Nea hanya mampu menjerit namun dia tidak mampu untuk meronta atau bertindak agresif kerana ikatan telah Dr Nad dan juga Misi Alya perketatkan.

"Lepaskan aku.. Lepaskan... Tolong jangan bawa Is... Is... Jangan tinggalkan Nea!" Omelan Nea semakin perlahan apatah lagi setelah dirinya berikat ketat begitu dan telah dibawa ke simen sebaris tepi dinding tembok untuk mendudukkan Nea.

"Tak perlu suntikan ke Dr Nad?" Soal Misi Alya seraya mengerling ke arah Nea yang mengoyang-goyangkan badannya pula sambil tertunduk. Sesekali terdengar bunyi tawanya.

"Tak apa tak perlu. Biarkan dia rehat dan tenangkan fikirannya dahulu. Apa yang saya lihat... Gadis ini terlalu banyak berfikir.." Terang Dr Nad sambil menyeluk saku jubah putih paras lututny itu.

"Dia masih lagi dalam proses psikoanalisis. Depresi..."

"Bukan Skizo?" Sambung Misi Alya pula sekali lagi merenung ulah Nea. Sekali ini, gadis yang agak jelita itu merenungnya. Liur diteguk kesat dan dengan pantas mata Misi Alya dialihkan ke depan semula dan memandang tingkah Dr Nad pula.

Dr Nad yang baru sudah menyapu sanitizer pada tangan menghulurkan botol kecil tersebut ke tangan Misi Alya sambil tersenyum. Dan dia juga memandang Nea agak lama. Nea masih lagi merenung kedua mereka namun tatkala Nea merenungnya....

**********

"KAU tak rasa apa yang kau buat tu satu penganiayaan?" Soal Lee seraya menghunjamkan renungan matanya ke tampang tanpa perasaan itu.

Lelaki yang sedang menyingsing lengan kemejanya ke paras siku sekadar mengulumkan senyum tawarnya. Dia menggelengkan kepalanya seakan menyindir sahabatnya itu.

"Tak.. Aku tak rasa pun apa yang telah aku lakukan itu satu kesalahan. Dah memang benar aku mati ditangannya mahkamah pun telah memutuskannya. Kenapa kau masih nak mempertikainya lagi? huh!" Cemuh lelaki yang telah selesai menyingsingkan lengan baju kemejanya itu.

Dan kali ini dia berpeluk tubuh seketika sambil melontarkan pandangan ke arah pemandangan hutan batu dari arah lereng lebuhraya tempat persinggahan dua kereta mereka.

"Mati kau mati? Aku sebenarnya benar-benar kasihan dengan nasib kekasih kau tu. Dia punyalah cinta mati pada kau. Tapi kau?"

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status