THE  CAGE

THE CAGE

By:  ALISSA ALEE  Ongoing
Language: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
3 ratings
19Chapters
2.0Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

"Just let me out from here... I can't stand it anymore.. please some one let me out from here.... I need my own life back not this!!"

View More
THE CAGE Novels Online Free PDF Download

Latest chapter

Interesting books of the same period

Comments
user avatar
Mecx
i want next chapter pleasee......
2021-08-19 15:54:02
1
user avatar
Coffee Mocca
....................................
2021-08-12 12:49:52
0
user avatar
Coffee Mocca
..............................
2021-08-05 23:53:25
1
19 Chapters
CHAPTER 1
DI SEBUAH BILIK SEPI,2300 PMTERGAMAM. Pisau ditangan diangkat sambil mulut dipekup. Segalanya berlaku dalam sekelip mata sahaja dan tidak dirancang. Aliran darah yang ada pada hujung runcing pisau berterusan menitis ke tanah."Awak..." "Apa salah saya awak?" Soalnya lagi sambil mengerekot kesakitan. Perut masih lagi dipekup agar darah tidak mengalir pun begitu bajunya semakin lencun dan warna putih kemeja tersebut bertukar ke warna merah."Tidak, bukan aku yang lakukan!" Tukasnya mengeleng-gelengkan kepalanya selaju yang mungkin. Pisau terus dicampak jauh ke dalam semak."Awak!" Pekiknya dan terus meluru ke arah lelaki yang telah terduduk itu. "Ma... Ma.. Maafkan saya awak. Sumpah saya tak sengaja. Saya betul-betul tak sengaja. Saya.. Saya ingat awak dia..." Ujar gadis itu pilu. Tubuh lelaki itu didakap seerat yang mungkin."Awak... Saya dah tiada masa lagi..."
Read more
CHAPTER 2
BILIK DR NAD, PUSAT QASEH.1000 AM. "DOKTOR, doktor sibuk ke sekarang? Saya ada bawa beberapa buah buku dan fail rujukan yang doktor perlukan," terang Misi Alya berdiri ditengah pintu dalam dakapan ada beberapa fail berkulit keras.       Dr Nad yang agak ralit dengan laporan pemeriksaan Nea terus mendongak langsung mengarahkan jururawat senior pusat itu untuk masuk ke dalam.  Misi Alya mengangguk lalu melangkah masuk sambil mata terarah pada fail yang masih lagi terbuka dan gambar Nea juga terpapar dalam isi fail.      "Duduk sebentar Lya, saya ada beberapa soalan yang ingin saya tanya mengenai Nea.  Yelah sebelum ini pesakit ini  dibawah penyeliaan Dr Ayda sebelum dia berhijrah ke Amerika..." Sambung Dr Nad terdongak seraya menarik ke atas kacamata yang telah melorot ke hidung.    "Ok aje.  Tapi apa ya? Sebabnya tak semua juga saya tahu dokto
Read more
CHAPTER 3
 ZOUC CLUB, SEKITAR METRO KL.2330 PM. DIA sekadar memberikan satu anggukan pada dua orang bouncer yang mengawal pintu kelab malam eksklusif tersebut.  Tiada segarit senyuman pun yang terukir pada wajah tanpa emosi dan rahang bersegi itu.       Pintu terus dibuka dan dia melangkah masuk.  Lantai tari kelihatan amat meriah dengan muzik, lampu berwarna yang berputaran sana dan sini mengiringi para penari tak bertauliah tersebut.       Dj wanita berpakaian seksi terangguk-angguk sambil menggesek cakera padat dan sesekali dia bersuara lantang.  Mata terus terpandang sebuah bangku kosong di meja panjang mendepani bartender yang diketika itu sedang mengemas gelas-gelas berkaki tirus.  Ada tiga kesemuanya namun dia memilih yang tiada berpelanggan itu.       Seraya menapak ke arahnya.  "Hai" Ucapan pertama dari fi
Read more
CHAPTER 4
BANGLO USANG PINGGIR BANDAR,WAKTU TIDAK DIKETAHUI.   TUCK! TUCK! TUCK! Begitulah keadaan bunyi yang  kedengaran dari arah koridor tingkat dua banglo yang terlalu usang dan amat seram tersebut.        Bunyi makin kuat dan bergema memandangkan  di dalam banglo itu tiada berperabot. Hanya sebuah bangku yang mendepani meja tempat figura berbadan kekar itu menakik seekor ayam mentah yang hampir lumat.       Darah berpercikan bukan sahaja atas meja tanpa pelapik itu malahan terkena juga pada bahagian abdomen serta muka figura yang dilitupi kegelapan tersebut.Sudah pasti bagi siapa yang tidak mampu melihat keadaan di situ saat itu akan muntah dan mungkin juga pengsan terus. Namun tidak bagi figura itu.      "Ian.." panggil satu suara yang telah dibawa oleh tiupan angin. Figura itu masi
Read more
CHAPTER 5
1990,  KAMPUNG SERIWANGI,"LIS!!!" jerit seorang perempuan bersanggul tinggi dan kebaya hitam ketat sambil bercekak pinggang.   Daud makin melebarkan senyuman apabila matanya telah terjatuh pada seraut wajah yang amat dia rindui.  Bukan pada hatinya tapi kegebuan tubuhnya.  "Kau ke mana hah? Aku bukan main jerit kau langsung tak datang, kau ke mana hah sial?" herdik Saleha menunjal-nunjal dahi remaja berusia dua belas tahun itu.   Lis tidak melawan dan dia hanya redha bukannya dia tidak biasa di kasari sebegitu rupa.  Dimalukan di depan orang juga sudah acapkali sehingga Lis mangli.  Daud makin geram apabila melihat betis putih Lis apabila dia terjatuh akibat ditolak Saleha.  Saleha tersenyum puas tanpa mahu menolong.   Saleha perasan akan pandangan Daud seraya dia menyepak kaki Lis. "K
Read more
CHAPTER 6
"ARGH!" pekik Ian lalu jubah dan beg briefcase dilempar dengan kuat. Beg terbuka dan segala isi habis terkeluar bergeletakan atas lantai."Tak guna, aku dah hampir-hampir mahu.. Argh tak guna!" tempiknya memandang cermin. Kembang-kempis hidung menahan ledakan api dan larva kemarahan."Aku yakin itu memang dia. Dan seharusnya itulah tempat paling sesuai untuk perempuan sial macam dia. Kau pembunuh Nea, kau bunuh abang aku. Kau jangan ingat aku akan berdiam diri!""Argh!" jerit Ian sambil menumbuk cermin sinki.Pang!Kaca berkecaian dan ada yang tertusuk pada kulit tangan Ian yang telah merah dengan darah."Tangan aku tak sakit. Tapi hati aku lagi sakit mengenangkan wajah dia. Kau patut mati Nea. Kau patut ikut abang aku. Dia separuh mati cintakan kau. Tapi kau pilih Iskandar, lelaki tak guna itu. Kau memang bodoh Nea!""Hutang darah dibayar darah!"
Read more
CHAPTER 7
KELAB MALAM SEKITAR METRO CITY,WAKTU TIDAK DIKETAHUI.ISKANDAR masih lagi ralit meneguk air berbuih tanpa menghiraukan godaan pelayan atau perempuan seksi di sekitar tempat dia sedang duduk. Sesekali kerusi bar dia sengaja pusing-pusingkan.Setelah habis dia meneguk rakus minuman itu dia akan tunggang lagi air dari dalam botol bertulis Wine. Tersedu-sedu dia kini namun minuman tersebut dia tetap meneguknya."Siapa kau hah? Mustahil kau sudah keluar dari situ? Aku yang hantar kau, kau sakit hahahaha!" omelnya sendirian sambil diperhati oleh seseorang dari meja tepinya.Hanya dia yang sanggup menjadi pemerhati Iskandar yang sedang dalam keasyikan mabuk arak itu. Tiada berkelip lensamata si pemerhati.Matanya tajam memerhati dari dalam gelap. Dia masih tidak mahu melakukan sebarang tindakan lagi memandangkan keadaan dan waktu yang dia rasakan terlalu awal lagi.
Read more
CHAPTER 8
WAD PEREMPUAN,WAKTU TIDAK DIKETAHUI.DR NAD terus mengangkat tubuhnya untuk bangun. Lemas dan lemau badannya terasa memandangkan hampir seminggu dia berada dalam wad. Dia tiada sebarang kecederaan hanya lebam dileher akibat cekikan pesakitnya itu pun warna kebiruannya makin pudar."Apa sebenarnya yang dah berlaku pada masa silam Nea?" soal Dr Nad sendirian. Mata mulai melilau ke sana dan sini seakan ingin mencari sesuatu. Lalu matanya terjatuh pada kumpulan akhbar yang tersusun dibawah meja bunga.Dr Nad baru teringat sesuatu lalu dia memandang ke arah. Agar sukar dia mahu melakukan pergerakan selagi wayar tiub IVF belum dibuka. Dr Nad tetap memaksa dirinya kerana bila lagi dia mahu lakukan akan perkara itu.Berkerut-kerut dahinya semasa dia cuba bergerak agak jauh sedikit dari tiang IVF untuk ke meja yang berada di sebelah kiri katil. Tubuh yang tadinya menegak kini cuba direndahkan sedikit agar tan
Read more
CHAPTER 9
BILIK GELAP, PUSAT QASEH.1000 AM.SESI psikoanalisis sekali lagi sedang dijalankan oleh Dr Nad pada pesakitnya yang bernama Nea Felisya. Sambil diperhatikan oleh Misi Alya dan seorang Warden seperti kebiasaan.Kali ini, Dr Nad meletakkan dua batang pen berlainan warna. Biru dan juga merah beserta sehelai kertas kosong. Nea yang sudah bebas dari ikatan straitjacket sekadar mempamerkan wajah lugunya.Dr Nad tersenyum setelah beberapa minit gadis itu tidak memberikan sebarang reaksinya. Perakam telah pun dia bukakan namun diletakkan agak jauh sedikit dari sisinya.Dr Nad terus mengambil pen merah lalu dia mulai menulis sesuatu atas kertas kosong tersebut. Nea masih lagi dengan goyangan badannya. Tangan kiri terpaksa digarikan pada penyandar hanya tangan kanan sahaja yang boleh digunakan untuk melakukan sebarang tugasan.Misi Alya juga terjengket sedikit kerana mahu tahu apakah
Read more
chapter 10
BILIK SEPI,WAKTU TIDAK DIKETAHUI.DR NAD masih lagi sabar menanti.  Begitu juga dengan Misi Alya dan Warden.  Nea tetap dengan tingkahnya yang masih lagi ralit membelai dan berkata sesuatu pada patung tanpa kepala itu.  Warden sesekali tersenyum melihat gelagat gadis yang pada persepsinya itu tidak waras.  Dr Nad pula ada ketikanya cuba menafsirkan sesuatu dari gerak-geri gadis yang rambut makin panjangnya itu dan dia cuba untuk adaptasikan pada hipnotis yang telah dia lakukan pada Nea tempohari.   "Nea, aku datang sayang.." bisik satu suara ditelinga Nea.  Nea tergeleng-geleng sambil mata dipejamkan.  Dia cuba untuk tidak mahu dengar akan bisikan tersebut.   "Nea.. Aku datang sayang.  Bukalah matamu sayang, Nea tidak rindu pada aku?" bisik suara yang sama.  Nea semakin laju menggeleng.   Dr Nad dan Mi
Read more
DMCA.com Protection Status