Share

CHAPTER 6

"ARGH!" pekik Ian lalu jubah dan beg briefcase dilempar dengan kuat. Beg terbuka dan segala isi habis terkeluar bergeletakan atas lantai.

"Tak guna, aku dah hampir-hampir mahu.. Argh tak guna!" tempiknya memandang cermin. Kembang-kempis hidung menahan ledakan api dan larva kemarahan.

"Aku yakin itu memang dia. Dan seharusnya itulah tempat paling sesuai untuk perempuan sial macam dia. Kau pembunuh Nea, kau bunuh abang aku. Kau jangan ingat aku akan berdiam diri!"

"Argh!" jerit Ian sambil menumbuk cermin sinki.

Pang!

Kaca berkecaian dan ada yang tertusuk pada kulit tangan Ian yang telah merah dengan darah.

"Tangan aku tak sakit. Tapi hati aku lagi sakit mengenangkan wajah dia. Kau patut mati Nea. Kau patut ikut abang aku. Dia separuh mati cintakan kau. Tapi kau pilih Iskandar, lelaki tak guna itu. Kau memang bodoh Nea!"

"Hutang darah dibayar darah!" tegas Ian tetap menyengetkan senyuman walau darah semakin deras pengalirannya.

"Nea.. Nea .. Hahahaha!" tawanya meletus lalu membingitkan kawasan kecil kubikel bilik. Tajam matanya merenung imbasan wajah pada cermin yang telah separuh itu akibat tumbukan melulu.

"Aku harus cari jalan bagaimana aku dapat menemui dia lagi. Nea, Nea .. Kenapa aku boleh tak tahu kau dah berada di bilik itu? Kalau aku tahu sudah lama aku jadi pakar sakit mental kau hahahaa!"

"Apa kau dah buat hah?" tegur satu suara membuatkan wajah Ian terus berpaling ke arah kiri. Senyuman mekar terus menguncup pabila lelaki yang berwajah kelat itu menapak ke arahnya.

"Aku tanya kau, apa kau dah buat hah?"soal sosok tubuh yang telah pun menutupi bahagian tubuh Ian. Wajah merah Ian semakin jelas kelihatan dek mahu menahan amarah yang masih lagi berbisa.

" Aku buat apa yang patut aku buat," ujar Ian tanpa rasa gementar pada abangnya, Jeffry. Spontan tangan digenggam dan dibuka secara berulang. Berbunyi-bunyi rahangnya.

"Bukan itu yang patut kau buat Ian!" herdik sosok itu lagi dan kali ini jari telunjuknya menekan dada Ian.

"Dia kekasih aku, Nea cinta hati aku kau tahu tak? Kenapa kau berkasar dengannya? Kau lupa siapa aku, aku ada dalam tubuh kau!" ujar sosok yang berwajah Jeffry itu garang.

"Sebab aku tahu aku buat begitu, abang.." terang Ian lalu menyunggingkan senyuman. Ian terus bangun lalu membuka pili air dan tangan yang telah hampir kering darah juga alirannya terus dia lalukan bawah hujan air tersebut.

Sosok yang sama masih lagi merenung segala tingkah Ian. Ian pula masih lagi membasuh tangannya yang hampir kering darahnya namun luka tersebut agak dalam.

"Aku tak mahu kau buat dia begitu. Dia milik aku dan aku takkan benarkan sesiapa pun mengasari apatah lagi menyakiti hati.."

" Hati dia abang jaga, hati abang? Abang cintakan dia tapi dia? Kalau betul dia cinta dan sayangkan abang dia takkan pilih Is..."

"Diam kau. Siapa aku pada kau?" sanggah sosok itu mulai memerah matanya. Ian sekadar memerhati muka sosok tersebut tanpa sebarang perasaan.

"Nea cintakan aku. Aku tahu itu dia terpaksa!" cantas sosok berwajah mirip Jeffry itu. Dari bersuara bernada tinggi dan penuh yakin kini sosok itu seakan bergumam sesuatu.

"Nea cintakan aku.. Nea tak mungkin tinggalkan aku.." bisiknya berulangkali. Dan dari kelainan suara sosok itu telah membuatkan Ian kembali merasa kasihan pada nasib abangnya itu.

"Sampai hati Nea kau buat abang aku menderita. Aku tak boleh lepaskan kau Nea!!" tekad Ian dengan kerlingan matanya terhinggap pada pisau lapah atas meja.

********

PUSAT QASEH,

1400 PM.

"DR IAN!" panggil Dr Nad tatkala mata terpandang sosok tubuh yang ingin dia cari sedari semalam.  Ada beberapa soalan yang Dr Nad perlukan jawapan.

   Terutama sekali mengenai kejadian di dalam bilik gelap.  Memang Dr Nad berasa pelik bagaimana dan siapa yang telah membenarkan Dr Ian masuk ke bilik itu sedangkan dia bukan doktor psikiatri Nea Felisya. 

  "Dr Ian tunggu! Saya mahu jumpa doktor sekejap!" laung Dr Nad juga melajukan langkah kakinya.  Fail pesakit makin erat didakap.  Dr Nad agak mengah mengejar lelaki tanpa jubah putih itu.

   Manakala Dr Ian pula tersungging senyuman sinis apabila dia lihat doktor penyibuk itu terpaksa menghentikan lariannya  memang Dr Ian sengaja berbuat tidak dengar.  Mana mungkin dia mahu bertemu dengan doktor itu apatah lagi rahsianya sedikit lagi mahu terbongkar.

  "Aduh!" aduh Dr Nad berlanggar dengan seseorang yang juga di masa yang sama sedang menuju ke arah Dr Nad.  Dr Ian berpaling dan semakin lebar senyuman.  Ternyata jururawat praktikel lelaki itu pandai juga melakukan tugas berbayarnya. 

    Dr Ian lah orangnya yang telah mengupah lelaki tersebut.

   "Maafkan saya Dr Nad, saya betul-betul tidak sengaja kerana mahu cepat.  Ini pun dah lambat,  Dr Nad betul tak apa-apa ke ni?" lakonnya dengan bersungguh.  

   "Ya, ya saya tak apa-apa.  Tak apa saya juga bersalah juga menonong je tadi.." terang Dr Nad sempat lagi matanya meliar untuk melihat sosok Dr Ian tetapi mungkin kerana perlanggaran ini doktor muda itu dapat melarikan dirinya.

  "Kalau begitu tak mengapalah.. Saya kena pergi dahulu ni.  Maaf ya sekali lagi," pinta lelaki dalam lingkungan belasan tahun itu kelihatan tulus.  Dr Nad terangguk-angguk.

   "Erm... Tak apa Nadya,  tak lari gunung dikejar.  Tapi itu gunung memanglah tak boleh lari ini manusia!" omel Dr Nad ketidakpuasan hati.  Tangan pula masih lagi mengibas pakaian dan bahagian punggung.

  "Aduh luka pula lutut ni," sungutnya tatkala lensamata terarah pada setompok warna merah yang menjelma di bahagian bawah paha seluarnya yang berwarna pink.

   Mahu tak mahu Dr Nad terpaksa menapak dengan terjengkot-jengkot sambil mendesah kesakitan.

  "Dr Ian aku tak dapat, katak pula aku dapat," omelnya seraya menggeleng-gelengkan kepalanya. 

   Sedang dia terjengkot-jengkot melangkah dengan amat perlahan,  Dr Nad terhenti langkahnya seketika apabila dia terpandang seseorang yang diketika itu juga berjalan di laluan sama.

  Dr Nad kini berkedut dahi bukan kerana sakit tetapi kerana seraut wajah itu. 

   "Itu... bukan ke... Ish, takkanlah!" omelnya seorang diri.  Makin dekat figura itu melangkah menuju ke arah Dr Nad, makin tajam talaan bolamata Dr Nad pada sosok yang bertubuh sederhana itu dan tinggi itu.

   Sosok berambut panjang dan beralun yang sedang menapak perlahan itu juga memandang Dr Nad.  Ternyata langkah keduanya telah diperlahankan.  Hampir terjegil mata Dr Nad merenung seraut wajah yang saling tak tumpah wajah salah-satu pesakitnya itu.

   "Dr Nad!" jerit satu suara.

   "Hah, iya?" Dr Nad yang baru tersedar menyoal semula.  Misi Alya pula melopong dan terkebil-kebil.  Sempat juga mata Dr Nad memandang laluan itu.  Seakan mencari seseorang.

   "Doktor kenapa masih di sini?  Siapa yang doktor cari atau sedang tunggu?  Doktor sepatutnya ada psikoanalisis dengan Nea sekarang, dah lewat ni," pinta Misi Alya terpaksa memberi arahan.

   "Aha iya, iya marilah.." ujar Dr Nad seraya menyambung kembali langkahnya tanpa mempedulikan mata Misi Alya yang masih lagi merenung luka lututnya.

   "Kenapa dengan kaki tu doktor?" soal Misi Alya setelah melangkah seiringan dengan Dr Nad.   Dr Nad menyatakan tiada apa-apa namun Misi Alya masih lagi tidak berpuas hati.

  "Ha, Alya boleh saya tanya sesuatu tak?"  soal Dr Nad lalu merenung wajah ayu milik Misi Alya.   Misi Alya mengangguk dan bertanya kembali apakah ia.

  Dari jauh,  telah kelihatan bangunan yang menempatkan sebuah bilik asing dan sepi serta jauh dari orang lain.  Kawasan yang kena menempuhi lorong kawat berduri.

   "Saya ingin keterangan lanjutan mengenai pesakit saya yang bernama Nea Felisya..."  jawab Dr Nad dengan tenang biar pun hatinya kian berdebaran apatah lagi wajah tadi masih lagi segar diingatan.

   "Boleh saja doktor tapi mengenai apa ya?  Doktor nak tahu tentang apa ya rasanya semua saya sudah terangkan pada..."

   "Nea ada kembar?" Dr Nad menghentikan langkahnya sebentar sebelum menggerakkan tubuhnya supaya menghadap Misi Alya.  Misi Alya pula hampir terlanggar tubuh Dr Nad sambil menelan liur.

********

ISKANDAR masih lagi memerhati.  Dia masih lagi sukar mahu mempercayainya.  Benarkah itu dia?  Bagaimana dia boleh keluar dari tempat itu, sedangkan dia baru sahaja masuk lagi pula penyakitnya lagi,  mustahil..  Memang mustahil!

  "Apa yang mustahil bro? Awek mana lagi kau usyar tu?" sindir satu suara sambil tersenyum dan kacamata Aviator Rayban diangkat ke atas kepala.

   Iskandar terus memandang ke arah Dani rakan sepejabatnya yang baharu saja tiba ke situ.   Iskandar kembali melakukan tugasnya walau hati masih penuh dengan persoalan.  Nasib juga dia tidak jadi masuk ke pusat itu tadi, kalau tidak tentu akan bertembung.

   Sekejapan tadi wajah itu kembali lagi dan dia juga tetap bernasib baik kerana berada di tempat dia sedang berdiri sekarang ini.  Tetapi dek sebab kemunculan Dani dia tidak dapat melihat ke manakah arah figura itu pergi.

   "Hoi kau ni dah kenapa bro?  Awek tu cun sangat ke sampai kau khayal macam high je ni? Mana dia mana dia meh aku pula tengok? Takkan nyonya jual air tebu tu pun kau nak try bro..."

    Iskandar juga mengarahkan pandangan matanya ke nyonya seperti yang Dani perkatakan.  Tersenyum seraya menggeleng dan masih lagi berfikir sama ada mahu memberitahu pada Dani atau pun tidak tentang perkara itu.

   "Actually what's wrong with youI know you brother if doesn't have matter you did not being like this," sela Dani sedari tadi memerhati keanehan tingkah Iskandar. 

    Dani yakin ini bukan ada kaitan dengan perempuan dan  jika perempuan sekali pun sudah tentu telinganya menjadi penadah pada luahan hati Iskandar Syah.   Sudah tentu-tentu tentang Rika!

   "Aku nampak dia Dan!" ujar Iskandar akhirnya.   Dia merasakan bahawa bersuara itu merupakan jalan yang terbaik.   Dani yang tersengih-sengih kini terdiam dan wajah berubah.

   "Kau nampak siapa Is?" soal Dani.

   "Aku nampak dia.." jawab Iskandar.

   "Yelah tapi siapa?"

b

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status