Share

CHAPTER 2

BILIK DR NAD, PUSAT QASEH.

1000 AM.

"DOKTOR, doktor sibuk ke sekarang? Saya ada bawa beberapa buah buku dan fail rujukan yang doktor perlukan," terang Misi Alya berdiri ditengah pintu dalam dakapan ada beberapa fail berkulit keras.

       Dr Nad yang agak ralit dengan laporan pemeriksaan Nea terus mendongak langsung mengarahkan jururawat senior pusat itu untuk masuk ke dalam.  Misi Alya mengangguk lalu melangkah masuk sambil mata terarah pada fail yang masih lagi terbuka dan gambar Nea juga terpapar dalam isi fail.

      "Duduk sebentar Lya, saya ada beberapa soalan yang ingin saya tanya mengenai Nea.  Yelah sebelum ini pesakit ini  dibawah penyeliaan Dr Ayda sebelum dia berhijrah ke Amerika..." Sambung Dr Nad terdongak seraya menarik ke atas kacamata yang telah melorot ke hidung.

    "Ok aje.  Tapi apa ya? Sebabnya tak semua juga saya tahu doktor.." Ujar Misi Alya dengan jujur  sambil membetulkan duduknya, sesekali matanya terkerling keadaan meja yang agak berserabut.

     "Semasa mula-mula Nea sampai ke pusat ini, bagaimana ya tingkah laku  dia? Adakah Nea selalu bersikap agresif atau defensif?  Hanya akan bertindak apabila dia rasa dirinya terancam?" Soal Dr Nad dari merenung maklumat di dalam fail kini mata dia alihkan ke wajah Misi Alya yang sedang berkerut kening.

     "Nea defensif,  dia akan memberontak apabila dia 'nampak seseorang' dan seseorang itu berkemungkinan dari masa silamnya.." Terang Misi Alya sementelah perkara tersebut seringkali berada dalam pemikirannya.  Siapakah 'dia' yang Nea amat takut sekali itu?

     "Nampak seseorang? Maksud Alya? Halusinasi?"  Soal Dr Nad kedengaran teruja mahu tahu lebih lanjut.  Misi Alya dengan pantas menganggukkan kepalanya.

      "Ada kemungkinan juga menjadi salah-satu penyebab dia mengalami situasi depresi yang berpanjangan.  Penyakit psikiatri ni sebenarnya ada pelbagai punca dan ia bermula dari perasaan tertekan sehingga menjadi depress lalu membawa kemurungan.  Cuma yang perlu kita selidiki  sekarang ini adalah untuk mengetahui sama ada ia adalah neurosis, psikosis ataupun D.I.D.."

       Misi Alya mengangguk mengiyakan segala fakta tersebut.

       "Jadi Dr Nad rasa Nea ni?" Soal Misi Alya ingin tahu.  Misi Alya juga kena mempelajari cara-cara penyelidikan Dr Nad pula memandangkan  Dr Ayda dan Dr Nad berlainan cara.  Dari duduk yang agak santai kini dia tegakkan postur badannya.

       "Menurut psikoanalisis awal saya Nea mengalami... Oklah begini... Biar saya gunapakai teori Sigmund Freud.  Apa yang saya perhatikan,  Nea tiada sedikit pun mahu  menggunakan kaedah  'helah bela diri,'  maksudnya Nea membiarkan sahaja dirinya 'dikuasai' desakan naluri yang akhirnya membuatkan dirinya menjadi seorang yang kejam dan juga pendendam."

       "Helah bela diri? Defense mechanism?" Soal Misi Alya seakan pernah dengar akan teori tersebut melalui pembacaannya.  Mata diperkecilkan secara spontan.

       "Iya, secara total nya setiap dari kita sebagai individu memerlukan perlindungan daripada sifat kemurungan kerana ia merupakan keadaan yang tidak disenangi dan akan membahayakan kendiri seseorang itu jika tidak dikawal dan apatah lagi jika telah berada diluar dari kawalan."

       "Maknanya ia melindungi diri kita dari tekanan? Dan ia reaksi normal dan bersifat universal terhadap tekanan yang dialami, begitu?" Sahut Misi Alya pula dan terus mendapat anggukan dari Dr Nad.

        "Bagaimana pula dengan laporan kesihatan Nea? Ada sebarang tanda dia pernah menjadi mangsa rogol atau dera?" Soal Dr Nad sebelum dia menutupi fail bertulisan marker hitam dengan catatan nama  NEA FELISYA sambil merenung wajah Misi Alya.

        Dr Nad suka akan attitude yang ada pada diri Misi Alya.  Tidak seperti di tempat  kerja lamanya dahulu. 

        "Ada, doktor mahu sekarang?" Dan soalan tersebut mendapat anggukan laju dari Dr Nad.  Misi Alya mengangkat tubuhnya untuk bangun sebelum dia pamit pada Dr Nad untuk ke makmal fail pesakit.

        Sementara menanti Misi Alya datang dengan fail laporan kesihatan,  Dr Nad menarik keluar perakam suara dari dalam laci lalu butang on ditekan.

        Botol air dipulas dan penutup yang telah longgar itu terus dibuka sebelum ditunggangkan ke dalam mulut.  Telinga pula masih lagi mendengar luahan hati Nea Felisya.

       "Kenapa kau lakukannya lagi? Kenapa? Aku benci kau... Aku benci kau... Pergi aku kata.. Pergi!" Nada suara semakin berubah.

       "Aku bunuh?  Aku pembunuh?  Hahaha aku pembunuh.. Aku pem..bunuh!  Pergi!  Pergi jangan dekat dengan aku.  Aku pembunuh... Hahaha... uuu..  Bukan, bukan aku bunuh Is.. Bukan aku!"

        Rakaman suara dihentikan sebentar.  Butang rewind ditekan semula.  Pemain dimainkan semula sehingga pada satu pernyataan ini,  dengan pantas Dr Nad menekan butang pause pula.

Bahagian tersebut dimainkan semula dalam tahap volume yang sedikit kuat.  Dr Nad masih lagi tidak berpuas hati dengar apa yang sedang dia dengar itu. 

      Pemain akan diulangi lagi dan lagi...

     "Aku seakan dapat mendengar suara lain..  Aku yakin..  Tapi betul ke semua ini? Atau sekadar manipulasi Nea, aku harus siasat lebih lanjut .. Nea.. Betul ke awak yang lakukan pembunuhan tersebut?" Soal Dr Nad lalu membuka fail semula.

      "Hospital ini bukankah menempatkan kanak-kanak?" Soal Dr Nad lalu mendongak dari membaca satu lagi  maklumat terbaru yang tadinya tertinggal.

      "Adakah Nea juga kanak-kanak istimewa.  Aku harus temui doktor Ayu." Ujar Dr Nad seorang diri.  Kacamata segera ditanggalkan kerana mata agak letih. Dipejam celikkan sebentar.

DI SEBUAH BILIK SEPI,

WAKTU TIDAK DIKETAHUI.

NEA yang masih lagi dalam ikatan straitjacket mengengsotkan punggungnya untuk ke sekian kalinya.  Memang pergerakan terbatas dan sukar untuk melakukan apa pun jua aktiviti dengan laju pabila tangan terikat sebegitu rupa. 

      Dia masih lagi diperlukan untuk memakai jaket putih bertali banyak tersebut kerana emosi dan juga tingkahlakunya tidak mengizinkan untuk dibuka dan bebas seperti pesakit lain apatah lagi dia dimasukkan ke situ atas kesalahan membunuh!

      Herot-berot mulutnya tetap mahu turun ke bawah setelah dia berjaya menjuntaikan kaki kanan dan sekarang dia mahu menurunkan pula kaki kirinya pula. 

      Namun disebabkan kaki kirinya dalam keadaan terlipat di bawah  punggungnya,  itu yang telah menyebabkan Nea hampir terjatuh.  Nasiblah ada kaki sebelah lagi sebagai penahan dan menyeimbangi semula posisi duduk Nea.

        Nea tetap juga berusaha untuk menarik keluar kaki yang masih lagi terlipat itu dari bawah punggung dengan mengengsotkan sedikit demi sedikit ke depan agar ada ruang kaki itu terkeluar dan terjuntai ke bawah tempat duduk simen panjang yang tinggi itu, tak ubah seperti  para di dapur kampung-kampung.

      "Argh!" Jeritnya pabila terjatuh kerana tidak menyedari bahawa dirinya telah terlajak dari simen tersebut.  Nea mengaduh kesakitan seorang diri dan kini dia sememangnya telah selamat berada di atas lantai namun dalam keadaan sakit kerana terhentak punggung dan kedua belah kakinya pula terlunjur dan sudah tentu makin menyukarkan untuk Nea bergerak.

       "Nea... Nea... Kalau kau dengan aku, terima cinta aku sudah tentu kau tak jadi begini.  Sedih!!"

        Nea yang tak habis-habis mengomel sakit telah dikejutkan oleh suara dan kata-kata berbaur sindiran tersebut.  Dengan pantas kepalanya dipusingkan ke belakang biarpun agak janggal dan rasa tercekik dek lilitan jaket yang menyeliputi tubuhnya itu  mencapai lehernya.

       Mereka saling berbalas pandangan.  Nea mengerutkan dahi dan bibirnya seakan cuba menelah sesuatu.  Manakala lelaki itu pula masih tersandar pada pintu dengan kaki kanan diangkat dan dilipat lalu tapak kasutnya tersandar pada pintu yang sama,  sambil mengulum senyuman penuh makna.

      "Kenapa? Kau tak kenal aku atau kau buat-buat tak kenal aku hah, sayang.." Ujar lelaki berkacamata hitam itu seraya bergerak mendekati Nea yang terduduk terikat sebahagian atas dari tubuhnya itu.  Bibir masih lagi koyak dengan senyuman.

       Nea  mengeluh sambil tubuhnya cuba melakukan pergerakan untuk menjauh apabila lelaki yang sedang menanggalkan kacamatanya itu kian mendekat.  Senyuman yang terukir pada bibir  lelaki itu membuarkan resah pada hati Nea.

      "Kau nak ke mana sayang? Kasihankan kena ikat begini?" Sindir dan soal lelaki itu seraya menunduk dan mendekatkan jarak mukanya dengan Nea yang tidak dapat bergerak lagi apabila jaket yang masih terbelit ditubuhnya itu telah dapat dipegang erat oleh figura misteri yang muncul secara tiba-tiba.

       "Kau nak apa lagi dari aku? Tolonglah lepaskan aku.." Rayu Nea lagi.  Suara yang agak susah penduduk di bangunan itu untuk mendengarnya kini terkeluar juga dan agak nyaring memecah kesunyian ruang kubikel sederhana luas tersebut.

        Warden masih lagi memerhati perilaku pesakit 1583 dari balik petak kecil berpenutup itu.   Warden itu hadir untuk sesi pantauan para pesakit yang telah ditempatkan pada setiap blok.   Dan ketika dia sampai, sememangnya dia telah mendengar akan perbualan Nea dengan seseorang.  Suara Nea agak kuat  dan seakan sedang merayu-rayu.

       "Macam-macam feel pesakit-pesakit kat sini,huh," omel warden itu tergeleng-geleng kerana Nea ternyata bercakap seorang diri.   Warden  menutup kembali penutup pada petak kecil di permukaan pintu  sebelum dia memantau pesakit bilik berjeriji pula.

       Dan bilik ini, merupakan bilik terakhir dan yang paling jauh bangunannya dari blok lain.

Figura itu sedar ada 'mata' yang sedang memerhati perbualan diantara dirinya dengan Nea.  Satu senyuman sinis kini tersungging di bibir.

"Lepaskan!" Rayuan Nea telah didengari.  Figura itu terus melepaskan pegangan pada hujung pakaian berkenaan.  Nea terhenyak kembali ke lantai dan tersedu-sedan.

         Nea mendongak dan mata mereka berdua kembali bertatapan semula.  Ada perubahan yang terjadi pada tampang Nea,  tancapan matanya juga agak berlainan sekali.

        Figura bertubuh seorang lelaki itu pula yang terbaring mengerekot sambil menekan perutnya yang semakin dilelehi darah.

       "Hahahaa... Mampus kau..  Mampus kau aku bunuh!!"  Soraknya girang.  Terhenjut-henjut bahunya pabila sedang berdekah ketawa.

        Tiba-tiba kegirangan tersebut kembali bertukar ke sayu.  Nea mengengsotkan tubuhnya dan berusaha untuk melajukan engsotannya itu sambil tergeleng-geleng.  Airmata pula bagaikan aliran air terjun dan Nea mengongoi pula sambil tergoyang-goyang.

        "Tidak bukan aku.  Aku tak sengaja tolong jangan biarkan mereka bawa aku pergi .."  Ujar Nea seperti orang waras.

         Dr Nad dan Misi Alya saling berpandangan.  Setelah beberapa minit Warden meninggalkan bilik sepi itu.  Dr Nad telah meminta kebenaran Head Warden  atau HW untuk melawat pesakit diluar waktu bekerja.

        Pada mulanya Ketua Warden tidak menggalakkan untuk mengadakan sesi psikoanalisis waktu tersebut, Dr Nad tetap juga berkeras dengan memberikan pelbagai alasan.  Mahu tak mahu Ketua Warden terpaksa membenarkan tetapi hanya dalam tempohmasa yang dia tetapkan.

         Dan kini,  Dr Nad dan Misi Alya telah pun berada dalam bilik sepi yang diberi nama Isolation Room itu.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status