Share

CHAPTER 7

KELAB MALAM SEKITAR METRO CITY,

WAKTU TIDAK DIKETAHUI.

ISKANDAR masih lagi ralit meneguk air berbuih tanpa menghiraukan godaan pelayan atau perempuan seksi di sekitar tempat dia sedang duduk. Sesekali kerusi bar dia sengaja pusing-pusingkan.

Setelah habis dia meneguk rakus minuman itu dia akan tunggang lagi air dari dalam botol bertulis Wine. Tersedu-sedu dia kini namun minuman tersebut dia tetap meneguknya.

"Siapa kau hah? Mustahil kau sudah keluar dari situ? Aku yang hantar kau, kau sakit hahahaha!" omelnya sendirian sambil diperhati oleh seseorang dari meja tepinya.

Hanya dia yang sanggup menjadi pemerhati Iskandar yang sedang dalam keasyikan mabuk arak itu. Tiada berkelip lensamata si pemerhati.

Matanya tajam memerhati dari dalam gelap. Dia masih tidak mahu melakukan sebarang tindakan lagi memandangkan keadaan dan waktu yang dia rasakan terlalu awal lagi.

"Aku tahu tentu kau terkejutkan bila tengok aku," bisiknya sambil tersenyum penuh sinikal. Air minuman soft drink diteguknya sedikit dia tak mahu mabuk kerana dia ada banyak misi lagi pada malam itu.

"Kau akan tahu siapa aku yang sebenarnya tak lama saja lagi," ujarnya lantas bangun dari atas kerusi sebelum lengan kirinya dipegang seseorang. Spontan dia memalingkan wajahnya lalu merenung tajam lelaki mabuk yang tersengih panjang itu.

"Hei apa ni? Lepaskan aku!" tegas wanita berwajah jelita dan berbibir merah itu dengan mimik muka yang garang. Sambil tersedu-sedu lelaki mabuk itu tetap menggelengkan kepalanya.

"I said let me go!" tengking wanita berambut curl itu tetap menarik-narik lengannya dari dipegang. Lelaki itu masih lagi memegangnya malah makin dia genggam dengan kuat.

"Hey beautiful lady come join me this night... You're attitude already seducing me and make me more high.." bisiknya ke telinga wanita yang terpaksa menahan bau masam arak tersebut.

Wanita jelita itu tidak melenting dan dia juga memberikan senyuman yang semanis mungkin sambil menarik lelaki mabuk itu agar mengikutinya.

Ketika pasangan itu mencelah dalam kerumunan orang ramai di lantai tari, wanita jelita itu sempat merenung Iskandar. Dan Iskandar juga pada masa itu sedang merenungnya dengan mata yang sesekali terpejam dek mabuk yang kian teruk.

Setelah tiba di bahagian luar kelab malam tersebut, wanita jelita itu masih lagi rela dipeluk ketat oleh lelaki mabuk berbangsa Inggeris tersebut dan sengaja dia bawakan ke satu lorong yang agak gelap.

"Where were you bring me darling?" soal lelaki mabuk yang semakin tidak sabar mahu mengomol tubuh gebu wanita bergaun merah paras lutut itu. Semakin kuat sedunya kini.

Wanita berambut paras pinggang itu terus menolak dengan kuat tubuh lelaki mat saleh itu sehingga terdengar bunyi hempasan pada dinding konkrit. Wanita itu mulai mengoyakkan senyuman sengetnya.

Baru sahaja lelaki berbangsa inggeris itu mahu merapatkan wajahnya ke leher wanita itu. Dia tergamam seketika dan terus memandang wanita itu. Wanita itu terus menghunjamkan lagi batang besi yang telah dia ambil ketika mahu ke tempat itu tadi.

Perlahan-lahan kepalanya menunduk ke bawah sambil melihat gerakkan demi gerakkan batang besi yang keluar masuk dan perut semakin dipenuhi dengan warna merah!

"What are... you doing..." lirih lelaki malang itu lalu terhoyong-hayang dengan batang besi yang terpasak di perut sebelum dia perlahan-lahan jatuh ke atas aspal jalan yang basah dan kotor.

"Kau yang nak sangat aku kan? Huh rasakanlah!" ujar wanita berbibir merah itu tersenyum puas sebelum dia mulai membuka langkah.

Setengah jam kemudian,

"APA sebenarnya yang telah terjadi? Siapakah si mangsa? Tuan dapatkah pihak tuan menangkap suspek?" soal salah-seorang wartawan dalam kumpulan yang berebut-rebut untuk menemuramah pegawai polis yang hadir ke lokasi kejadian.

"Maaf buat masa ini pihak kami tidak dapat mendedahkannya lagi. Dan saya juga berharap agar tiada sebarang spekulasi mengenai kejadian ini..." terang seorang pegawai berpangkat Asp sebelum menyambung kembali langkahnya.

Tali rentang warna kuning diangkat sebelum dia menunduk masuk ke bawahnya untuk ke lokasi kejadian yang telah di penuhi kad nombor dan beberapa petugas forensik polis.

Kacamata terus diangkat ke atas kepala, tangan yang telah disarungkan dengan sarung tangan bernyahkuman pegawai muda itu terus menyentuh bahagian mata dan leher dahulu sebelum matanya terpusat pada perut yang masih lagi ada pasakkan batang besi dan darah telah membanjiri kawasan tersebut.

"Ada kesan livor mortis" celah satu suara. Pegawai muda itu terus mendongak dan mengangguk.

"Apa yang boleh saya huraikan mangsa berkemungkinan mabuk kerana ditepi tubuh ada botol arak. Punca kematian pula berkemungkinan dari tusukan yang terlalu mendadak dan kuat pada bahagian abdomen.."

"Tapi sayang tiada kesan cap jari pada tubuhnya dan beberapa bahan bukti yang lain..."

"Apakah mangsa bergaduh ataupun diserang? Berdasarkan pada tempat ini saya tidak nampak pun ada kesan pergelutan atau sepahan" ujar pegawai muda itu sambil memerhati keadaan sekeliling.

"Saya rasa tidak, sebab pada tubuh mangsa tiada sebarang kesan luka, lebam mahu pun cakaran" terang ahli forensik itu lagi.

"Tak apa pastikan semua bahan bukti yang dapat diperolehi dibawa ke makmal lakukan ujian segera yang mungkin," arah pegawai muda itu lalu mengangkat tubuhnya untuk bangun.

Iskandar yang masih lagi ada dalam kerumunan orang ramai kini berundur untuk pulang memandangkan waktu kian dinihari.

Namun dia tak menyedari wanita yang memerhati dirinya tadi sewaktu berada di dalam kelab malam juga ada bersama di antara celahan orang ramai. Lama gerakkan matanya memerhati tubuh yang semakin meninggalkan lokasi kejadian itu dalam keadaan yang terhoyong-hayang.

Spontan pinggir bibir digigit dan tangan yang masih lagi ada sisa darah kering ditelapak terus digenggam erat. Apatah lagi saat mindanya telah memutarkan kembali sejarah lama antara dirinya dengan insan tersebut.

"Kau boleh sakiti hati aku, tetapi jangan sesekali kau sakiti hati adik aku!" tekannya semakin dibahangi haba marah.

"Dik.. Walau kita jauh dimata tapi dihati kakak kita dekat.." ujarnya lalu perlahan-lahan bibir yang digigit tadi menyengetkan senyuman.

"Adik jangan risau ya. Akak akan pastikan adik boleh keluar dari tempat berkenaan. Akak tahu adik tak sakit tapi adik dianiayai kekasih adik sendiri!" bisiknya lalu terus berlari untuk menjejaki Iskandar yang dia yakini masih lagi berada di kawasan berdekatan apatah lagi lelaki itu mabuk.

Dia hanya mampu memerhati kereta yang sedang melalui di tepinya itu. Ternyata Iskandar masih lagi mampu memandu biar pun dia berada di bawah pengaruh alkohol yang kuat.

Iskandar juga sempat memberikan sekilas jelingan pada seorang wanita jelita yang tegak berdiri di tepian jalan itu. Ikutkan hati mahu sahaja dia memberhentikan keretanya namun memikirkan dirinya tidak stabil pemanduan terus dia deraskan.

"Iskandar, aku yakin satu hari nanti, kau pasti akan menemui aku.. Dan waktu itu aku akan pastikan kau jilat semula kata-kata kau itu. Aku juga mahu kau kutip semua cacian kau pada adik aku. Aku sayangkan adik aku walau tidak dapat hidup bersama"

Wanita jelita namun beroman penuh tegang itu menyudahi kata-katanya itu dengan sebuah senyuman yang disulami dendam dan amarah. Bagi dia setiap apa yang dia perkatakan itu akan dia pastikan perlaksanaannya.

**********

"NEA..." Sekali lagi suara yang tidak diketahui dari mana arah datangnya kembali menerjah ke corong pendengaran Nea Felisya.

Nea masih lagi sedang menjalani psikoanalisis dan sedikit terapi biasa untuk melihat sejauh mana keberkesanan pada minda Nea. Dan ternyata gadis itu ada memberikan sedikit tindakbalas yang positif.

Gadis psiko itu kini telah bebas untuk bergerak tanpa sebarang jerutan kain pada badannya. Dia menoleh ke belakang namun tangan kanan yang sedang memegang kapur kecil masih lagi terletak pada perkataan Iskandar dan juga Jeff yang elok terukir di dinding tembok.

"Nea.." ujar suara yang sedang muncul dari dalam kegelapan di suatu sudut dalam bilik pengap itu. Nea ternganga sedikit pabila dia tepat merenung munculnya satu wajah dari balik kegelapan.

Nea terus menggelengkan kepalanya dan tangan kanan pula tanpa menerima sebarang arahan terus menulis sesuatu. Aku tak bunuh dia!

"Kau pembunuh!" jerkah muka dari sosok misteri yang secara tiba-tiba muncul dan mendekat ke wajah Nea. Nea yang terperanjat terus menghempaskan belakang tubuhnya ke dinding. Berterbangan dedebu kapur dari bekas tulisan-tulisan berupa luahan perasaan tersebut.

"Kau bunuh aku Nea. Kau juga bunuh Jeff. Kau bunuh mak bapak kau! Kau bunuh suami kau!" jerkah figura misteri itu lagi seakan sengaja mahu melancarkan perang psikologi ke atas pesakit jiwa dalam bilik itu.

Nea menggeleng-gelengkan kepalanya selaju yang mungkin. Apatah lagi saat dia mendengar nama kedua ibubapanya serta arwah suaminya dahulu.

"Tidak aku bukan pembunuh!"

"Kau pembunuh!"

"Tak... Tak, aku tak bunuh mereka!"

"Tidak aku tak bunuh mereka semua. Aku bukan pembunuh. Pergi dari sini. Jangan kacau aku lagi!" pinta Nea bertegas. Laju kepalanya menggeleng dan badan pula mulai mahu mengoyang.

"Kenapa kau tak percaya kau itu pembunuh! Pembunuh! semua mati kau bunuh! Kau bunuh!" tempik figura itu lagi dengan sengaja dia mendekat dan menjauhkan wajahnya gaya mengejek.

Bunuh bunuh bunuh!

"Tidak diam! Diam kau! Aku kata diam!" pekik Nea terus mencekik leher figura tersebut dengan semahu-mahunya. Nea mengcekik leher itu sekuat yang mungkin sambil menderam kegarangan.

"Aku bukan pembunuh!" lirihnya sebelum dia terdiam buat seketika. Dan setelah itu, senyum senget mulai kelihatan.

" Ya aku pembunuh! Kau mati, kau mati!" jerit Nea dengan begitu geram sekali. Tubuh figura itu bergoyangan.

"Lepaskan Dr Nad, Nea. Lepaskan Dr Nad!" arah Ketua Warden dan beberapa orang staf bawahan cuba menarik tangan Nea dari terus mencekik batang leher Dr Nad.

Dr Nad sekali lagi menjadi mangsa cekikan pesakit barunya itu. Nea masih lagi agresif dan sukar mahu mengawalnya apabila amuknya tiba. Mahu menyuntiknya juga sukar dengan tepisan demi tepisan.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status