Share

CHAPTER 4

BANGLO USANG PINGGIR BANDAR,

WAKTU TIDAK DIKETAHUI.

TUCK! TUCK! TUCK!

Begitulah keadaan bunyi yang  kedengaran dari arah koridor tingkat dua banglo yang terlalu usang dan amat seram tersebut.

        Bunyi makin kuat dan bergema memandangkan  di dalam banglo itu tiada berperabot. Hanya sebuah bangku yang mendepani meja tempat figura berbadan kekar itu menakik seekor ayam mentah yang hampir lumat.

       Darah berpercikan bukan sahaja atas meja tanpa pelapik itu malahan terkena juga pada bahagian abdomen serta muka figura yang dilitupi kegelapan tersebut.

Sudah pasti bagi siapa yang tidak mampu melihat keadaan di situ saat itu akan muntah dan mungkin juga pengsan terus. Namun tidak bagi figura itu.

      "Ian.." panggil satu suara yang telah dibawa oleh tiupan angin. Figura itu masih lagi menakik pada bahagian dada ayam mentah tersebut sehingga hati dan jantungnya tiada berupa lagi. Semuanya lumat-selumatnya.

       "Ian.." Suara yang sama masih lagi menyeru dengan memanggil nama  Ian dan nadanya juga kedengaran agak tinggi sedikit dari tadi.

       Sesekali suara itu kedengaran bercampuran dengan derunya angin serta bunyian unggas malam.

      Ian mendengus kegeraman entah kenapa hatinya yang baru menyejuk kini panas kembali.  Pisau pemotong petak terus dia hempaskan ke kepala ayam.  Terus terbelah dua kepala ayam yang kecil itu.

       "Ian.." suara misteri itu  masih lagu menyeru  nama figura tanpa baju itu dengan tiada henti.  Ada ketikanya seruan tersebut kedengaran seakan mahu bercanda dengan Ian.

        "Apa mahu kau?" soal Ian seakan mengenali si empunya suara.  Dari balik dinding Ian seperti sedang berbual dengan seseorang.  Badannya yang tidak berbaju sekadar berseluar sahaja,  kelihatan amat berkilat dek peluh apabila dia  berada betul-betul di bawah pancaran cahaya bulan.

Angin  hadir sekali lagi dan membolosi melalui celahan lubang serta balkoni tanpa pintu gelangsar itu tetap menderu dengan agak perlahan.  Angin yang hadir secara tiba-tiba itu seakan mahu  mengiringi bunyi-bunyian di kawasan sekitar.

        "Kan aku sudah katakan tunggu.." jawab figura bertubuh kekar itu yang masih lagi berada disebalik dinding konkrit.

        "Aku rindukan dia.." jawab suara seakan berbisik itu.  Ian cuba menahan perasaan marahnya kerana figura yang baru tiba itu merupakan abangnya.

       "Sampai bila lagi Ian aku harus menanti dia?" Suara itu tetap mendesak biarpun air muka Ian semakin berubah roman.   Spontan tangan yang diselaputi darah baru dan kering itu tergenggam.

      "Engkau ingat senang? Engkau fikir tempat tu senang untuk aku buat suka-suka hati!" bentak Ian.  Bentakkan kedengaran bergema-gema.

      "Aku rindukan dia... Kau takkan tahu apa yang aku rasa Ian.  Kau tak pernah ditinggalkan!" cantas suara itu lagi.  Kali ini Ian dan suara misteri itu keluar dari dalam kegelapan.

       "Aku akan cuba.  Kau kena sabar.  Dia bukan sebarang gadis lagipula doktor yang sedang merawat dia itu juga bukan sembarangan," jawab Ian juga telah kelihatan wajahnya.

      "Baiklah aku akan cuba.  Tapi Ian kau kenal aku bagaimanakan?  Aku bukan jenis yang suka menunggu terlalu lama," tegas figura yang menyerupai abang kandung Ian sebelum dia bergerak ke dalam sudut gelap semula.

     "Argh!" Sekali lagi pekikan kedengaran dari dalam banglo usang yamg terletak agak terceruk di kawasan  pinggir bandar itu.  Dan kali ini, pekikan itu diiringi suara tangisan pula.

BILIK PENGASINGAN,

WAKTU 2300  PM.

NEA terus terjaga.  Mata yang telah terbuka dan membulat terus memerhati keadaan sekelilingnya dengan tajam sekali.  Dia mahu bergerak tapi  agak  sukar.  Lalu matanya  dia bawakan ke arah bawah.   Dan ternyata dirinya  masih lagi terbelenggu dengan straitjacket.

       "Siapa yang menjerit tadi? Sekarang sudah pukul berapa ya?  Eh, pelik pula...  Kenapa aku boleh berada dalam bilik yang gelap ini dan kenapa aku diikat sebegini? Hello, siapa ada diluar?  Tolong aku, tolong lepaskan aku.  Kenapa kamu semua kurung di sini?  Is, mana Is?" bebelnya.

       "Hei aku kat mana ni? Is! Is, mana kau sayang?  Bukankah sepatutnya hari ini kita raikan hari ulangtahun perkenalan kita yang ke?  Yang ke? Aduh, macamana aku boleh lupa ni hah?  Bodoh! Bodoh!"

        Dr Nad semakin mengecilkan matanya.   Volume speaker dia pusingkan ke angka paling tinggi kerana dia tidak puas mendengarnya.  Butang rewind  ditekan.

       Sekali pandang keadaan Nea seperti manusia normal yang tiada sebarang masalah.  Cara dia berinteraksi biarpun dengan dunia khayalannya tetap kelihatan seperti manusia yang normal.

       Misi Alya juga berkerut dahi melihat tingkah pesakit bernombor 1583 itu. 

       Misi Alya akui memang ada-ada masanya pesakit yang baru masuk itu berkelakuan seperti manusia normal.  Bukan dia sahaja malahan ada beberapa lagi pesakit yang pernah berada dalam situasi begini.

      "Mana kau ni Is?  Sampai hati kau tinggalkan aku Is.. Kau dah tak sayangkan aku lagi ke?  Is... Is.. Is!" pekik Nea lalu teronta-ronta. 

      Akibat dirinya masih lagi terikat dengan straitjacket, Nea yang meronta tidak tentu-hala telah menyebabkan dirinya tidak seimbang lalu terjatuh ke bawah sambil dilihat oleh Dr Nad dan Misi Alya.

       Bukannya Misi Alya tidak mahu masuk ke dalam untuk membantu Nea Felisya namun dia telah dilarang oleh Dr nad atas alasan tertentu.

       Nia semakin kelihatan agresif.  Dia bukan sahaja masih lagi meronta malahan cuba untuk bangun.  Nea menjerit keberangan setelah setiap percubaannya untuk bangun gagal.

     "Kau memang laki tak guna, Iskandar.  Kau jangan ingat aku tak tahu akan setiap perbuatan kau.  Aku tahu Iskandar.  Kau berhubungan dengan perempuan lain," ujar Nea secara tiba-tiba memandang ke arah dinding di mana disebelah dinding itu merupakan cermin pandang sebelah.

     Tancapan matanya kian dipertajamkan sebelum perlahan-lahan bibir mengoyakkan senyuman sinikal.  Misi Alya berderau darah kerana dia seakan terasa gadis psiko itu seperti memandangnya.

       Dr Nad pula masih lagi mencatat setiap gerak dan percakapan Nea.  Dan tanpa gadis psiko itu sedari,  dia telah membocorkan beberapa rahsia yang selama ini dia nafikan setiap kali sesi psikoanalisis dijalankan.

"Doktor!" pekik Misi Alya setelah terkejut dengan serangan Nea pada dinding di mana mereka sedang berada ini.  Nea seolah-olah tahu yang dirinya sedang diperhatikan.  Dia menyeringai garang sambil tersending-sending tubuhnya itu ke dinding.

       Dr Nad juga terkejut dengan kehadiran Nea yang secara tiba-tiba itu.  Sempat juga dia memerhati wajah Nea secara dekat.  Memang gadis itu agak jelita namun tetap ada sisi gelapnya.

      "Iskandar... Aku tahu kau ada di sana.  Iskandar, aku mahu kau keluar.." ujar Nea seakan menyeringai dipermukaan cermin.  Misi Alya mengebam bibir hanya Dr nad sahaja tetap berwajah tenang.

      "Is... Keluarlah sayang tak rindukan Nea ke sayang.. Is, main sorok-sorok ya hikhikhik..." ujar Nea lebih pada sindiran.

      "Tak.. Tidak, benarkah Iskandar dah mati? Siapa pembunuhnya?" Nea masih lagi membebel di hadapan Dr Nad juga yang lain.  Dia lah penyoal dan dialah juga yang memberikan jawapan.

       "Is... Maafkan sayang Is... Sayang tak sengaja.." lirih Nea sebelum dia berubah karakternya kembali.  Nea mengekek sekali lagi dan makin kedengaran agak menyeramkan.

        Tanpa Dr Nad serta yang lain sedari.  Pintu bilik terbuka sedikit seperti telah dibukakan oleh seseorang.   Seorang doktor lelaki sedang mengintip apa yang sedang berlaku dalam bilik tersebut.

        Lelaki berjubah putih itu tidak jadi untuk menarik pintu bagi menutupnya semula apabila matanya terpandang wajah Nea Felisya.

       Ada segarit senyuman senget yang terjuring di hujung bibir.  Seolah-olah dia ada merahsiakan sesuatu ataupun mungkin dia kenal akan Nea...

       Perlahan-lahan dia menarik tombol pintu dari arah luar untuk menutupnya.  Dr Nad seraya berpaling lalu memandang ke arah pintu.  Entah kenapa dia terasa ada yang mengintai dari balik pintu.

       "Doktor.." panggil satu suara.  Dr Nad masih lagi ralit memandang pintu.  Suara yang sama dan sekali lagi memanggil namanya. Namun Dr Nad tetap statik.

      "Doktor Nadya Syakira!"  panggil Misi Alya lantas bahu doktor muda itu ditepuk perlahan.  Dr Nad terperanjat dan tersedar dari mengelamunnya.  Misi Alya dan Warden saling berkomunikasi melalui pandangan mata.

       Dr Nad sekali lagi dikejutkan dengan wajah Nea yang seakan melekat di permukaan cermin itu.  Senyuman Nea memang kelihatan menyeramkan.

       "Doktor, are you okay? You seem not okay since.."

       Dr Nad terus mencelah dipertengahan soalan Misi Alya dengan mengatakan dia tak apa-apa.  Misi Alya sekadar tersenyum.

      "Betul ke tak apa-apa sedangkan tadi punyalah teruk nak panggilnya.  Yang dia pula tegak saja pandang pintu, apa yang ada dekat pintu tu ya?" bisik Misi Alya.  Kali ini dia pula berkerut dahi sambil diperhatikan oleh Warden.

      "Alya.." Dr Nad yang telah pun menutup perakam dan segala fail kini sedang dalam pelukan terus memanggil Misi Alya kerana masa sudah mencukupi.  Mereka tidak dibenarkan  sama sekali berlama-lama dalam bilik dan kawasan bilik pengasingan. 

     "Misi Alya, Dr Nad panggil tu..." sahut si Warden pula.  Dia juga telah bersedia dengan cota di tangan.

     " Ha.. Ya...Ya.. Jom" sahut Misi Alya agak gopoh mengambil semua barang.  Dr Nad pula mengambil sedikit masa yang ada tu dengan memerhati tingkah Nea. 

       Nea telah pun berada di tempat mula-mula dia berada tadi.  Mulut masih lagi bergumam sesuatu yang hanya dia sendiri tahu dan memahami.  Sesekali dia tertawa halus.

      Sebelum Nea menapak ke arah tempat perbaringannya.  Dia menolehkan semula mukanya ke arah dinding sambil mengoyakkan senyum sengetnya.

       "Dr Nad.” 

        Sepantas  kilat Dr Nad berpaling semula ke belakang manakala Misi Alya dan Warden telah pun melangkah keluar dari bilik gelap tersebut.

      "Doktor, kenapa?" soal Misi Alya yang sememangnya dari tadi perasan akan keanehan perilaku Dr Nad.  Dr Nad seraya menggelengkan kepalanya dan melangkah keluar.

       Dari jauh, telah kelihatan jejaring kawat besi menandakan mereka bakal melepasi laluan sempit tersebut semula.  Ketika melangkah,  otak  Dr Nad masih lagi sibuk memikirkan tentang tingkah abnormal Nea.

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status