Share

CHAPTER 18

“ADIK sakit!!!”  Dia terus terbangun dari lena.  Tubuh yang tersandar pada dinding terus ditegakkan posisi.  Dia menggelengkan kepala apabila lelaki sama kini sedang menyeringai di hadapannya.  Dia cuba mengengsot walau sukar dia terpaksa.  Dia sudah tidak sanggup menerima semuanya.  Di penat dia terluka.

           Gedegang!

           Pintu terbuka luas.  Ada seorang lagi lelaki berwajah asing yang masuk ke dalam bilik tersebut.  Siapa lagi yang bapanya bawakan itu.  Segala apa terlepas apabila tubuhnya diraih bawa mendekati tubuh berbadan kekar serta bertatu pada lengan.  “Wah, Amin ah manyak nyantik ah lu punya ah moi.  Wa suka wa suka. Kasi wa pinjam ah ini malam.  Wa pakai lama ini ah moi waa kasi wa punya manyak itu manyak giram...”  ujar lelaki berbangsa Cina itu terus menggomol Nea di hadapan bapa sendiri. 

           Nea terus ditolakkan ke lantai.  Nea jatuh tersungkur belum lagi dia mahu bergerak untuk bangun,  belakang tubuhnya terus ditekan.  Nea juga dapat rasakan ada beberapa lagi tangan sial menjelajahi tubuh kurusnya itu. 

           Tangan kiri mencengkam rambut Nea sambil Nea cuba meronta kala wajah lelaki Cina itu menyentuhi cuping telinga serta leher.  Dia tak mahu  namun apa dayanya.  Ini yang terpaksa dia hadap pada malam-malam kala  bapanya kalah judi serta melunaskan hutang.  Tubuhnya lah pengganti. 

            Pang!  Pang!  Wajah memerah kesan tamparan demi tamparan.  Akibat degil kerana tidak membenarkan bibir birat serta berbau todi itu menyentuh keseluruhan wajahnya.  “Lu diam ah.  Jangan manyak ngerak ah.  Wa mau lu lu mesti mau gua ah.  Lu pikir sidikit ah bapak lu sudah kasi lu sama gua!”  ancam lelaki Cina itu dan kali ini dia rentap baju Nea dari belakang serta Nea juga rasakan kaki dipaksa meluas.  Kepalanya seraya dihenyakkan ke bawah dan sekali lagi airmata berlinang apabila tubuh lelaki itu menekan tubuhnya.

           Bibir digigit.  Bapa Nea juga semakin resah.  Termasuklah beberapa lelaki lain lagi.

“Dia sendiri yang menjatuhkan tubuhnya Dr Nad,” terang salah-seorang Warden yang ternampak akan perlakuan spontan tersebut.  “Doktor, boleh saya cakap sesuatu.  Saya dapat rasakan dia ini mangsa aniaya bapanya. Saya dengar segalanya”  ujar Warden itu bergetaran suara.  Misi Alya masih lagi merenung tingkah Nea.  Dia juga sebenarnya pernah dengar.

         “Alya,  hari itu saya ada minta fail laporan kesihatan Nea.  Awak lupa nak bagi pada saya?”  soal Dr Nad memecah kebisuan yang berlaku secara tiba-tiba itu. 

         “Ada doktor Nad saya sudah letak dalam rak fail belum dibaca dua hari sudah.  Doktor tak jumpa ke?  Mana pula perginya?”  soal Misi Alya pelik. 

       “Ya, tak ada.  Jika ada taklah saya minta semula ini,”  ujar Dr Nad lagi. 

       “Tak apa, tak apa nanti saya cari semula ya,”  sahut Misi Alya lalu memandang ke arah Nea Felisya.  Masih kedengaran lagi esakannya.  Sebenarnya Nea memang pernah berkelakuan sedemikian sebelum ini namun waktu bukan Dr Nad yang memantau tetapi doktor lamanya. 

       “Kau tak mahu bagitahu pada Dr Nad ke, Lya tentang kondisi sebenar Nea.  Kau kan dah tahu terlebih dahulu, menjadi satu kesalahan tau kalau kita menyembunyikan hal-hal sebegini,” terang Warden cara berbisik di tepi telinga Misi Alya elak daripada di dengari Dr Nad.  Dr Nad pada ketika itu sedang membangunkan Nea Felisya. 

        Dr Nad pantas menyeka lelehan airmata di pipi gadis berwajah pucat serta lugu itu.  Sungguh makin lama dia siasat serta selidik akan perihal Nea semakin dia ingin mengetahui lebih lanjut lagi.  Dr Nad berpaling ketika namanya dipanggil.

        “Kenapa Alya?” 

        “Doktor sebelum doktor jaga,  Nea selalu juga jadi begini.  Paling kerap saat dia baru dimasukkan,”  ujar Misi Alya.  Warden menelinga namun dia masih tidak berpuas hati,  Alya masih lagi tidak menceritakan hal yang sebenar-benarnya.  Bukan apa,  dia khuatir seandainya suatu hari nanti perkara akan jadi bertambah buruk sekiranya dah diberitahu secara awal-awal sekurangnya dapatlah mengurangkan sedikit masalah tersebut. 

       Misi Alya seraya berpaling pada Warden dan beri gelengan tanda dia tidak bersedia lagi dan biarlah Dr Nad yang tahu sendiri nanti.  Dan Misi Alya akan cari fail itu dengan kadar segera.

       “Nea...  Saya tahu Nea ada sesuatu yang mahu diluahkan.  Nea luahkan saja pada saya, saya ada di sini pun kerana mahu mendengar luahan hati Nea” Dr Nad mulai berinteraksi setelah sedu-sedan gadis psiko itu makin kurang.  Nea mendongak seraya melawan tancapan Dr Nad.  Dr Nad memandang tepat anak mata hitamnya, ternyata ia tidak seceria sinar mata Alya. 

      Nea menunduk kembali dengan bibir dikebam.  Setitis airmatanya menitis atas permukaan kulit belakang telapak tangan Dr Nad.  Dr Nad membiarkan Nea bertenang terlebih dahulu.  Dr Nad sedar sesi psikoanalisis antaranya dengan Nea masih belum bertemu tanda noktah apatah lagi pihak atas sudah mula bersuara.  Tapi bagaimana?

      “Nea sakit...”  Nea bersuara membuatkan semua berpaling padanya.  Dr Nad tersenyum segaris.  Nea sudah mula tunjuk tanda mahu bekerjasama.  Kerjasama antara doktor dengan pesakitnya amatlah dituntut apatah lagi dalam bidang psikiatrik.  Nea terus menekan butang buka audio pada perakam suara yang dah dia letakkan atas lantai bilik sepi itu.

     “Nea sakit...”  Nea ulangi ayat sama dengan intonasi suara yang berbeza pula dan agak menekan. 

     “Kenapa Nea berasa sakit dan sakit di mana?”  Dr Nad menyoal. 

       “Nea sakit...”  Nea tetap ulangkan ayat yang sama kemudian bibir sengaja dia sengetkan se dikit dan Dr Nad nampak akan kelakuan tersebut.

      “Ya, tapi sakit apa dik?”  soal Dr Nad dari memanggil Nea terus ke ‘adik’.  Nea mulai menggoyangkan tubuhnya kembali atas tempat duduknya itu.  Entah sampai bila gadis itu perlu jalani harinya dalam keadaan berikat begitu.  Dr Nad juga dapat merasakan betapa rimas tubuh tak boleh melakukan sebarang aktiviti dan tangan memeluk tubuh terlalu lama apabila terpaksa dipakaikan pakaian bernama straitjacket.

       “Nea sakit”

       “Nea sakit di mana mari saya tengokkan”

       “Nea sakit...”

       “Sakit mana?” soal Dr Nad kembali tanpa meragui sesuatu.  Nea mendongak dan memandang Dr Nad dengan pandangan tajam lalu dia bawakan pandangannya itu ke wajah Warden.  Warden seraya melawan tunakkan mata tajam itu.  Nea mengalihkan pula pemerhatiannya dari Warden kini dia menancap tajam Misi Alya.  Misi Alya menelan liurnya sekat.

      “Aku sakit hati! Aku mahu bunuh kau, perempuan perampas!!!”  pekik Nea ke telinga Dr Nad sehingga gadis muda itu terpekup telinganya. Hampir mahu terlentang ke belakang nasiblah Warden bergerak tangkas dengan menahan penyandar kerusi dari terjatuh ke belakang.  Misi Alya terus menghulurkan picagari pada Dr Nad walau pakar sakit jiwa tidak memintanya.  Pada waktu seperti sekarang inilah ubat suntikan amat diperlukan. 

      “Aku bunuh kau!  Aku bunuh...”  Tengkingan menjadi surut.  Wajah menyinga Nea pula seakan berkurangan  dahi berkerutan  diiringi  sakit kepala.  Pada penglihatan Nea,  wajah kesemua mereka berbalam dan ruang berpusing dengan laju.  Kudup matanya juga makin berat lalu labuh terus dan Nea tertidur setelah menerima tusukan jarum ubat penenang dari Dr Nad.

       Dr Nad meminta bantuan Misi Alya serta Warden untuk bawa gadis itu ke ruangan rehat dan dia sendiri akan cuba minta pelepasan atas alasan mahu membuat sesi hipnosis.

    

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status