Share

CHAPTER 17

ZCK CLUB,

WAKTU TIDAK DIKETAHUI.

“LEA” Sapaan pertama dari seorang gadis jelita dengan skirt merah sendatnya menyentak pendengaran Ian Hanif.  Dan gadis jelita yang memperkenalkan dirinya sebagai Lea itu tetap menghulurkan tangannya selagi Ian tidak menyambutnya.  Ian meletakkan semula gelas pendek berisi separuh lagi air keruh seakan warna teh pekat atas meja semula sambil di perhatikan oleh bartender.

          Tajam sekali mata Ian menancap renungan Lea yang berkanta lekap kelabu tersebut sebelum dengan rasa yang teragak-agak dia angkat tangannya menyambut huluran tangan Lea.  Lea gariskan senyumannya.  Dan dalam hati,  seperti yang telah dia yakini selama ini tiada seorang lelaki pun yang takkan menyambut huluran perkenalannya itu. 

         “Boleh I sit here?”  soal Lea sekali lagi dengan nada sedikit meninggi kerana belakang mereka berdua bukan sahaja diriuhkan dengan muzik irama Techno malah suara-suara para pengunjung yang terjerit-pekik.  Ian tak menjawab tapi dia hantarkan dengan anggukan pula.  Lea sudah semestinya suka dan terus mengambil tempat duduk di tepi Ian.  Sengaja dia silangkan kaki agk tinggi agar paha gebunya itu merapati paha berseluar milik Ian.  Ian juga merenung gelagat tersebut sambil menjelajahi raut wajah di depannya itu.

        “Sis,  nak minum apa ya?”  soal salah-seorang bartender yang baru saja selesai mengelap gelas-gelas yang telah dibasuh.  Lea berpaling seraya memandang deretan botol tersusun rapi atas para rak belakang dengan tanpa kejipan mata.  Lalu bola mata terjunam ke botol bertulis TEQUILA antara minuman mabuk paling mahal selain campuran long islands

        “That one, please...”  terang Lea sambil tersenyum lebar menampakkan lagi ketebalan bibir atasnya.  Ian Hanif sekadar jungkit kening ketika mata terarah ke jenama tersebut.  Lea sempat kerling aksi berbau sindiran tersebut dengan satu senyuman senget.   Sebelum bibir mulai bergerak untuk bersuara,  Lea sengaja menggelengkan lehernya yang agak terdedah menampakkan leher jinjang putihnya itu seakan mahu menggoda Ian,  seperti mana dia lakukan pada lelaki lain. 

       “Panas pula I malam ni selalu tak pula” ujar Lea memancing.  Ian masih lagi dengan minumannya tanpa mahu bersembang.  Dia memang tiada mood untuk bersembang jauh sekali bersukaria, namun dalam pada masa itu terdetik juga dalam hatinya kenapa dengan perempuan di sebelahnya itu menyendeng semacam pada dirinya.  Dia bukan seperti Iskandar. 

        Iskandar mahu bergerak ke arah tersebut namun nampak gayanya niatnya itu dibiarkan saja kerana pelanggan makin ramai memenuhi meja di sebelah hadapannya.  Iskandar sudah lama merasakan bahawa Lea itu sama sahaja seperti Laila mahu pun perempuan lain sehinggalah mindanya terpetik nama seorang gadis ini.  Gadis yang pada suatu ketika dahulu pernah mengisi satu sudut dalam petak hatinya.  Namun dia yang telah menyebabkan kehancuran dan meluluh sukma gadis tersebut.

       “Ah, apa aku ni?  Aku memang tak cintakan dia pun.  Dia yang terhegeh-hegeh pada aku,  takkanlah aku nak ambil dia menjadi bini?  Bekas orang bekas aku juga.  Huh, perempuan seperti ini memang tak layak jadi bini lah.  Senang sangat bagi ‘harta’ tu pada kaum seperti aku!”  cemuhnya tanpa menyedari ada telinga sedang terpasang kini.  Lea sebenarnya sedar akan kehadiran Iskandar dalam kelab malam itu namun malam ini bukan lah lagi masanya untuk dia jadikan Iskandar sebagai mangsa seterusnya tetapi kini dalam perancangannya adalah Ian Hanif.  Lea tahu siapa Ian atau Dr Ian.  Lea juga tahu apa hubungan abangnya Jeff dengan adiknya.  Dan Lea juga tahu Jeff juga pernah mengecaikan  maruah adiknya selain jantan-jantan lain di luar sana.   

      “Nea, Nea aku sebenarnya berasa lucu dengan sikap kau itu.  Kau ingat aku suka ke berkawan apatah lagi mahu bercinta dengan orang otak miring macam kau, hah?  Ada hati kau ya nak mengahwini aku.  Hei, perempuan senteng  kau tu patut kena sedar diri dululah!” 

       Pang!

Lea terus pandang telapak tangannya yang berdarah.  Botol arak pula berkecai dan bergeletak atas lantai kelab malam.  Ada dua orang pekerja bergegas ke tempat kejadian untuk membersihkannya. 

       Iskandar cuba panjangkan lagi lehernya ternyata lampu kelip-kelap disko menyukarkan penglihatannya itu.  Namun dari suara desahan tersebut seakan-akan dia pernah dengar.  Kerumunan orang ramai mereda tatkala hadirnya tiga orang lelaki berkot hitam dan meleraikan himpunan tersebut.  Iskandar tahu yang dia cari sememangnya tiada. 

     

“ARGH!”  Lea menjerit bukan kerana sakit pada tangannya tetapi hati.  Sungguh sampai begitu sekali teganya hati Iskandar perlakukan adiknya sebegitu rupa.  Yang dia fikirkan Jeffri namun ternyata Iskandar, insan yang selama ini dia ketahui begitu sempurna di mata adiknya namun ternyata dia tak seindah itu.  Hatinya hitam!

         “Apa salah adik aku pada kau orang semua hah? Sampai begitu sekali kamu berdua perlakukan pada dia.”

       Ian terhuyung-hayang keluar dari dalam kubikel tandas untuk kembali ke hadapan semula namun kaki tidak jadi untuk sambung langkah apabila terdengar jeritan seseorang.  Dan jeritan itu datangnya dari arah kubikel perempuan.  Ian terkejip-kejip mata dan menggeleng cuba sirnakan rasa pening dan mabuk yang tetap berdegil mahu menguasai seluruh tubuhnya itu.

      Ian tetap melajukan langkah herotnya itu.  Entah kenapa dalam keadaan mabuk sebegitu pun dia tetap mahu mengambiltahu jeritan daripada siapa dan kenapakah dia menjerit. 

      Lea yang telah tertanggal rambut palsunya itu langsung berpaling apabila dia dengar bunyi orang sedang berlari.  Ian tak mungkin berlari tetapi dia sedang cuba melajukan langkah sehinggalah dia tiba di depan muka pintu tandas perempuan.  Iskandar juga ada namun dia menyembunyikan dirinya di balik dinding.  Wajah lelaki itu seakan pernah dia kenali sebelum ini. 

      Lea berlari keluar dalam keadaan serabai serta dipenuhi darah tanpa sengaja tertolak tubuh Ian yang sememangnya terhuyung-hayang itu sebelum dia terus terduduk sambil mendepani satu mayat berwajah ngeri dan banjir dengan darah.  Lea pandang Iskandar,  Iskandar pandang Lea namun dia tak mengenali bahawa itu Lea kerana Lea telah menanggalkan rambut, mekap serta kanta lekapnya.  Iskandar berderau darah saat mata tertumpu pada pakaiannya yang lencun dengan darah. 

      “Ap.. Apa yang berlaku ni?  Awak siapa hah?  Awak bu...?”  Soalan tergantung apabila Lea merempuh dirinya pula. 

      “Kenapa?  Kenapa ni?” Bertubi-tubi soalan dari mereka yang  lalu serta ada juga antara mereka  mahu memasuki ke dalam tandas namun tidak jadi apabila melihat ada dua orang lelaki terduduk dengan wajah pucat-pasi.  Ada juga yang berani masuk ke dalam namun...

      “Argh... ada mayat!!!”

       

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status