Share

CHAPTER 19

“SORRY! SORRY!”  Nad dengan pantas memohon kemaafan dia tahu dia yang tidak nampak akan kehadiran wanita tersebut kerana asyik meneliti Ipad di tangan.  Nad terngadah tatkala melihat wajah wanita yang terus mendongak ketika mahu bangun.  Lea pandang Nad juga dengan satu renungan semacam.  Cepat-cepat dia meminta maaf kemudian terus membuka langkah yang terencatnya tadi.

            Sedangkan Dr Nad baru sahaja mahu bersuara namun tidak sempat kerana gadis jelita itu lebih pantas melangkah dan ghaib di celahan orang ramai yang juga lalu-lalang di situ.  Nad mengeluh sedikit.  Terus menunduk dan  mengutip kad kecil tersebut lalu diangkat dan diteliti.  Terlukis sedikit kerutan pada dahi. 

            “Seperti yang aku jangkakan...”  ujarnya lalu mendongak.  Nad memang mahu menemui wanita tersebut.  Dia kenal terlalu mengenali akan ‘binti’  wanita itu.  “Patutlah muka saling tak tumpah” ujarnya lagi.  Dan dia juga bernasib baik kerana memiliki maklumat dari pihak pendaftaran serta hospital yang pernah merawat pesakitnya itu. 

            “Aku tahu tempat ini.  Dia bekerja di sini ya,” omel Nad lalu menyisip kad bisnes tersebut ke dalam diari tugasan.  Setelah itu, Nad juga kembali menyambung langkahnya.

             Manakala Lea pula terpaksa menyembunyikan dirinya sebentar,  dia juga pernah nampak akan gadis berkacamata tersebut. Dia doktor yang menjaga adiknya.  “Dia tak boleh tahu tentang diri aku.  Jika dia tahu perkara akan jadi lebih teruk lagi segala apa yang aku telah rancang sudah pasti lari dari plan asal.  Tak boleh,  memang tak boleh” ujarnya lalu terus keluar dari balik dinding namun dia tetap palingkan muka ke tempat pertembungan tadi mahu melihat sama ada wanita itu ada ataupun tidak. 

             Setelah tiada, Lea kembali menyambung jalannya tadi.  Dari jauh,  matanya tertancap pada seseorang yang sedang menantinya di tepi kereta mewahnya.  Makin diperlajukan lagi langkahnya.  Iskandar sehingga kini tidak tahu siapakah Lea sebenarnya.  Apa pula hubungan Lea dengan Nea.  Lea sudah tersenyum mesra ketika kaki panjangnya kian mendekati susuk tubuh tersebut.

            “Lama tunggu I?” soal Lea seraya menaikkan kacamatanya dan tersenyum mesra.  Sengaja dia dekatkan tubuhnya pada lelaki segak itu agar haruman rambut serta tubuhnya itu dihidu oleh Iskandar.  Iskandar tersenyum dan menggelengkan kepalanya sebelum dia bukakan pintu kereta untuk Lea.   Lea pandang belakang tubuh Iskandar dengan senyuman sengetnya.

           “By the way where do we go?”  soal Lea apabila kedua-duanya kini telah berada dalam perut MITSUBISHI LANCER.  Iskandar sekadar memberikan senyuman manisnya sebelum dia hidupkan enjin kereta.  Saat tangan mahu memegang brek sempat lagi mata nakal menilik kegebuan paha Lea yang hanya berseluar pendek ala Hot Pant itu.  Lea perasan dan terus buat-buat mahu mencari telefon dalam tas tangan yang dia letakkan atas paha,  Iskandar pula kembali merenung depan. 

BILIK SEPI,

2100 PM.

SEPERTI biasa akan ada seorang Warden memantau keadaan kawasan bilik paling hujung dalam bangunan yang juga terletaknya agak terceruk dari bangunan pusat atau wad lain.  Namun kali ini yang memantau hanya seorang.  Sambil ditemani lampu suluh kecil serta cota di tangan,  Warden yang asyik mengunyah gula-gula getah berjalan di laluan sepi serta kelam itu seperti rutin biasanya.

             Tiba sahaja di pintu yang menempatkan pesakit 1508,  Warden terus menolak ke tepi penutup kotak kecil atau kotak pengintai pada permukaan pintu besi.  Liar bola matanya bergerak ke setiap arah namun kali ini dahinya berkerut.  Dia jengketkan sedikit kakinya agar lensamata boleh meluaskan lagi jajahan jelajah matanya dan ternyata tiada sesiapa.  Selalunya akan ada Nea terduduk atas para jika tidak pun berdiri tegak pandang dinding yang penuh dengan coretan kapur pesakit dahulu. 

              Kunci berbunyi ‘klak’  tombol dipegang lalu dipusing kemudian ditolak ke dalam.  Agak sukar melihat dalam keadaan yang separuh terang namun dengan pantas dia halakan lampu suluhnya ke setiap arah.  Melangkah penuh berhati-hati.  “Allah jatuh pula lampu suluh aku ni.  Aduh menyusahkan betullah.  Ingat senang ke nak cari dalam bilik ni dengan gelap lagi,”  omel Warden mahu tak mahu tepaksa membongkokkan tubuh badannya dan tangan teraba-raba. 

             Menelan liur dengan payah apabila tangan tersentuh kain dan rambut.  Warden segera melepaskannya dan meneruskan pencarian lampu suluh mini itu.  “Hah, dah dapat!”  ujarnya bersuara sedikit girang.  Baru sahaja dia mahu bangun dari bongkoknya itu, Warden disergah oleh seseorang yang menutupi wajahnya dengan rambut.  Akibat gelap kaki Warden terpijak lampu  suluh yang terlepas lagi dari tangan dan berdentum ke bucu meja.  Gelap pandangannya kini.

           Nea mengekek lucu melihat Warden tersebut terjatuh akibat sergahannya.  Nea yang sengaja bersembunyi terus pandang pintu yang terpelagah luas itu dengan satu senyuman.  Baju straitjacket-nya juga dah lama dia bukakan dengan sendiri walau terpaksa menahan sakit serta alami pelbagai masalah.  Nea buka ikatan tali pinggang pada pakaian tersebut dengan menggunakan pen milik Dr Nad.   Bagaimana caranya dia buka hanya dia seorang saja yang mengetahuinya.

          Nea sudah pun menjejakkan kakinya atas lantai luar kamar kurungannya itu namun dek kerana gelap melatari suasana dan dia juga sudah lama tidak menghadap keadaan di luar sana membuatkan dia tercangak-cangak dengan meliarkan bola mata ke setiap arah.  Nea pandang laluan gelap kemudian beralih pula ke arah sekujur tubuh yang masih terbaring tidak sedarkan diri itu.  Nea pandang semula laluan gelap kemudian Warden yang pengsan itu berulangkali. 

          Nea entah kenapa dan tak tahu mana yang lucunya,  secara tiba-tiba boleh pula dia  mengekek dan terloncat-loncat.  Nea dah bebas,  mungkin itu apa yang ada dalam benaknya ketika itu.  Nea tertunduk lalu mendongak kemudian posisi badan sedikit membongkok jemari terkembang lalu dibengkokkan gaya telapak tangan haiwan karnivor sebelum dia berdesup dalam gelap. 

          Warden buka mata lalu bingkas bangun pandang kiri dan kanan serta pintu.  Dengan pantas dia tarik keluar walkie talkie  dan menghubungi Warden lain agar tutup pintu utama ada pesakit terlepas.  Tidak kurang beberapa minit, siren berlagu riang.  Lampu suluh besar pada setiap bangunan pula dah melarikan pengcahayaannya ke setiap lorong serta padang.  Kedengaran juga bunyi orang sedang berlari. 

           Ketua Warden terpaksa memanggil kembali Dr Nad kerana ada berlakunya kecemasan.  Dr Ian pula menelinga.  Dia yang baru hadir untuk shift tersebut telah dikejutkan dengan pembolosan pesakit 1508.  Pada mulanya dia gak berang memikirkan kesusahan yang akan dia alami namun kemudian dia gariskan senyuman tanpa Ketua Warden sedar.  Jika diikutkan gadis gila itu berada di luar lagi memudahkan pekerjaannya nanti.  Sudah tentu gadis tiada tempat mahu pergi dan jika ada sekalipun Ian tahu di mana.  Bawah jambatan! 

          “Nea, Nea cerdik juga kau ya boleh lepaskan diri dari baju pasung bagaikan mumia itu!”  sindir Ian lagi sambil mata merenung kesibukan yang mendatangi Ketua Warden di ketika itu.  Ketua Warden masih lagi menunggu panggilan semula Dr Nad kerana tidak dapat dihubungi hanya voice mail saja. 

         “Masih tidak ditemui, Encik Karim!”  seorang Warden berlari ke bilik Ketua Warden dalam mengah dia memberi laporan.  Ketua Warden terpaksa menelefon pihak berkuasa kerana dia juga tahu akan kebolehan Nea Felisya.  Dia bukan sebarang gadis walau dia berkeadaan begitu.  Siren masih lagi berlagu. 

            “Aku cuba cari dia di blok belakang sekali lagi”  sahut Dr Ian sebelum dia bangun lampu suluh di capai dari tempat sangkut sebelum dia tegakkan tubuh lalu terus  berdiri.  Ketua Warden mengangguk tanda setuju. 

    

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status