Share

CHAPTER 8

WAD PEREMPUAN,

WAKTU TIDAK DIKETAHUI.

DR NAD terus mengangkat tubuhnya untuk bangun. Lemas dan lemau badannya terasa memandangkan hampir seminggu dia berada dalam wad. Dia tiada sebarang kecederaan hanya lebam dileher akibat cekikan pesakitnya itu pun warna kebiruannya makin pudar.

"Apa sebenarnya yang dah berlaku pada masa silam Nea?" soal Dr Nad sendirian. Mata mulai melilau ke sana dan sini seakan ingin mencari sesuatu. Lalu matanya terjatuh pada kumpulan akhbar yang tersusun dibawah meja bunga.

Dr Nad baru teringat sesuatu lalu dia memandang ke arah. Agar sukar dia mahu melakukan pergerakan selagi wayar tiub IVF belum dibuka. Dr Nad tetap memaksa dirinya kerana bila lagi dia mahu lakukan akan perkara itu.

Berkerut-kerut dahinya semasa dia cuba bergerak agak jauh sedikit dari tiang IVF untuk ke meja yang berada di sebelah kiri katil. Tubuh yang tadinya menegak kini cuba direndahkan sedikit agar tangan dapat membuka pintu meja.

"Come on Nad you can!" ujarnya cuba memberi motivasi pada dirinya sendiri. Semakin berkerut muka menahan rasa sakit dek tarikan jari di kawasan kulit belakang pergelangan tangan. Darah mulai muncul sedikit dan mengotori pita putih.

Nadya terus menarik nafas kelegaan apabila tangan kirinya telah berjaya memegang tombol pintu lalu dibukanya sebelah sebelum tangan itu diletakkan semula atas tilam.

Nadya sekali lagi membawa tangannya yang sama untuk mengarah ke arah pintu yang telah pun terbuka sebelah. Akibat masih lagi tidak sampai untuk mencapai serta menarik keluar beg sandang, Nadya sekali cuba mengengsotkan tubuh depannya supaya dekat sedikit lagi dengan meja.

"Yes!" pekiknya girang kerana telah berjaya menarik keluar beg.

"Auoch!" Nadya sekali lagi memekik namun kali ini bukan pekikan kegembiraan tetapi kesakitan apabila wayar penyambung IVF tercabut sekali dengan jarum sehingga darah juga tersembur lalu mengotori cadar.

" Ya Allah Dr Nad, kenapa tangan berdarah!" pekik Misi Alya terus bergegas mendapatkan tangan Dr Nad. Tisu terus dipedapkan wajah berkerut seribu tanda kerisauan.

Dr Nad sekadar memberi satu tenungan pada sikap ambil berat Misi Alya padanya. Sungguh tidak seperti pembantunya yang dahulu ketika dia masih lagi berada di pusat yang lama.

"Darah masih tidak berhenti ni doktor, saya perlu tekan butang," ujar Misi Alya tanpa mahu menunggu lagi. Butang merah besar yang ada pada dinding atas kepala Dr Nad terus ditekan.

"Boleh pula tersenyum Dr Nad?" soal Misi Alya setelah selesai mengeringkan darah menggunakan kapas nyahkuman yang sentiasa dia bawa itu. Dr Nad terus menggelengkan kepalanya dan berkata tiada apa-apa.

"Saya terkesan pada sikap prihatin yang Alia tunjukkan," terang Dr Nad lalu meletakkan tangan atas paha dan mempersilakan misi berwajah comel itu untuk duduk.

Misi Alya sekadar memberikan senyuman seadanya langsung bangkit pabila doktor kesihatan dan seorang pembantunya datang bagi menukar wayar IVF yang sudah terputus.

"Terima kasih" ucap kedua-duanya sebelum doktor kesihatan itu keluar. Pandai juga Dr Nad memberi alasan jika dia berkata benar tadi sudah tentu dia akan dimarahi atau dibebel seperti Misi Alya yang telah tahu akan puncanya.

Pun begitu, Misi Alya tetap membantu Dr Nad agar memudahkan untuk doktor berwajah jelita itu menyiapkan kerjanya.

"Sebenarnya saya ada sesuatu mahu beri pada doktor," kata Misi Alya lantas membuka beg tangan dan menunduk untuk melihat.

Dr Nadya pula terus menghidupkan Ipad dan terus memasuki ke sebuah laman web. Ada sesuatu yang ingin dia cari dalam laman sesawang milik blogger tempatan itu.

"Doktor, saya jumpa barang ini sewaktu mengemas di bilik stor fail," ujar Misi Alya seraya menghulurkan benda berkenaan pada Dr Nad. Dr Nad yang agak ralit membaca maklumat dalam Ipad kini mendongak dan memandang benda yang telah dia pegang itu.

Makin berkerut dahi doktor muda dalam pakaian pesakit wad itu kini.

"Apa benda ni ya, Alya? Awak jumpa di mana?" soal Dr Nad lagi. Kacamata yang melorot ditolak ke atas semula kerana mengaanggu sedikit perhatiannya pada benda yang tangannya sedang pegang itu.

"Saya juga kurang pasti doktor, tapi.. Apa yang boleh saya bagitahu benda ini kepunyaan Dr Ian berpandukan tayangan semula cctv. Cumanya saya agak musykil doktor, buat apa Dr Ian ke bilik fail lama," terang Misi Alya berterus-terang agar Dr Nad tidak terlalu tertanya-tanya sekurang-kurangnya ada sedikit info buat pengetahuan gadis ayu itu.

"Dr Ian?" soal Dr Nad lalu teringatkan sesuatu. Rasa sangsinya pada doktor berwajah tanpa sebarang riak itu makin menemui jawapan. Dr Nad sekali lagi membelek benda tersebut.

*********

"JANGAN ayah. Jangan buat lagi. Kasihanilah kami berdua ayah.." rintih kakak sulung sambil memeluk si adik yang masih lagi dalam kesakitan dan juga ketakutan.

Sungguh mereka mereka berdua tidak mengerti kenapa ibu dan bapa mereka lakukan sebegini sekali. Ayah merupakan orang yang paling mereka berdua bergantung harap setelah kematian ibu kandung mereka.

Saleha memang bukan ibu kandung mereka tetapi tidak sepatutnya dia mensia-siakan kakak serta adik.

"Argh, aku peduli apa!" tengking si bapa lalu menarik si adik dari rangkulan si kakak secara paksaan tanpa dia mahu mahu mendengar rayuan si kakak serta lalakan tangisan si adik yang enggan diperlakukan seperti itu lagi.

"Kakak!" pekik si adik tergapai-gapai tangannya mahu kembali ke pangkuan si kakak. Kakak sudah tidak terdaya lagi dan dia cukup pasti selepas si adik giliran dia pula.

Mahu lari tapi bagaimana dengan kaki yang telah diikat dengan rantai yang melekap pada dinding. Kerana perkara inilah kakak dan adik cukup takut akan kedatangan waktu malam.

"Maafkan kakak dik.. Maafkan kakak!" pekik si kakak langsung bangun sambil memekup telinganya kerana tidak tahan mendengar raungan si adik yang terkurung dalam bilik bersama si bapa haruan!

"Adik!!" pekiknya lalu terbangun dari tidurnya dengan diiringi peluh yang memercik di sekitar dahi dan wajahnya. Langsung bangun dan badan tersandar ke penyandar kepala katil.

Kedua belah telapak tangan yang menggeletar seakan terbayang diruangan mata warna merah darah pekat dan pisau lapah. Airmata berterusan mengalir tanpa mahu dia seka.

"Lari adik kakak kata lari!" tempik si kakak yang terpaksa bertegas walau dia tahu keadaan adiknya itu apatah lagi dengan perkara yang baru sekejapan tadi semakin menakutkan anak kecil berusia lapan tahun itu.

"Kakak.. Adik takut.. A... a.. a... adik tak tahu nak pergi mana..." jawab si adik tergeleng-geleng kepalanya makin mendekati tubuh si kakak. Si kakak pula makin menjauh dengan membawa pisau yang masih lagi menitis dengan darah ditangan.

"Aku kata pergi dik, mak nak balik dah ni. Biar kakak yang selesaikan perkara ini... Tolong dik dengar cakap kakak, kakak tak marah adik kakak terlalu sayangkan adik.." lirih si kakak.

"Hoi pekak ke abang, bukalah pintu ini!" pekik Saleha sudahlah penat tadi belum habis ditambah pula terpaksa berjegat dan mengetuk-getuk pintu selagi tiada siapa yang membukakannya.

Si kakak telah pun berada di balik daun pintu yang telah pun dia bukakan. Saleha mengomel selagi amarahnya tidak lagi hilang tanpa dia sedari ada seseorang di belakangnya. Saat dia menarik selak, si kakak tiada jalan lain selain...

Dia menyeka aliran airmata dengan laju sekali. "Aku tak boleh menangis, aku kena kuat adik aku perlukan aku. Kuat Lea kau kena kuat!" ujarnya pada diri sendiri.

Selimut dengan serta-merta diselak setelah melihat jam pada dinding. Bagi dirinya waktu masih awal lagi dan dia perlu teruskan misinya selagi tidak menemui perkataan berjaya.

********

"AKU dah kata aku dah sihat dan aku rasa, aku tak perlu nasihat kau lagi," ujar Ian bangkit dari kerusi dengan segera, berwajah amat kelat tanpa mahu memandang insan di hadapan yang diketika itu masih lagi menatap wajahnya tanpa berkelip.

"Aku tak habis lagi, Ian. Kau kena dengar dulu. Ian, Ian!" panggil si rakan juga bangun dan terpaksa memanggil Ian Hanif dengan tona suara yang tinggi. Dia menggelengkan kepalanya dengan laju.

"Kalau kau berdegil Ian aku takut masalah kau itu akan membuatkan diri kau dalam merbahaya selain itu kau juga akan membahayakan orang sekeliling kau, Ian..."

Bukk!

"Hei kau buta ke,hah? Mata kau kau letak kat mana? lutut?" tengking Ian yang sememangnya masih lagi dalam emosi yang tidak menentu. Tiba-tiba berlaku pula perlanggaran kecil maka amarah yang telah terkeluar dari dalam lingkungan sabar akhirnya membuak keluar laksana lahar gunung berapi.

Lea yang terjatuh sambil menahan kesakitan lututnya melecet mengagahkan juga dirinya untuk bangun. Ian tidak sedikit pun merasa simpati apatah lagi mahu hulurkan tangan. Di jelingnya lagi wanita itu penuh rasa benci.

"Auoch!" keluh Lea terjengket-jengket pun begitu rambut yang ke depan terus dia sebak ke belakang lalu memandang wajah Ian dengan lama. Ian juga tidak mahu mengalah dia juga melawan tunakkan mata tersebut.

Lama Lea menatap seraut wajah rahang bersegi itu seakan mahu mengingati sesuatu. Ian terus menaikkan keningnya sebagai isyarat kenapa dirinya itu ditenung sebegitu rupa.

'Bukankah ini Jeffry?' desis hatikecil Lea masih lagi memandang wajah yang semakin masam di hadapannya itu.

"Kau ni dah kenapa? Kalau kau tak puas hati nah," sindir Ian dengan pantas menarik dompetnya dari poket belakang seluarnya lalu dibuka dan ditarik beberapa keping not ungu sebelum tangan yang sama menghulurkan sejumlah wang kepada perempuan yang dia pandang jijik itu.

Lea membentuk senyuman senget sambil menggelengkan kepalanya. Senang sungguh lelaki berwatak super egois di hadapannya itu memberikan duit. Apa dia ingat semua benda dalam dunia ini boleh dibeli dengan duit!

"Awak silap, awak ternyata memang silap. Simpan sahajalah duit awak itu. Saya juga berkemampuan untuk mendapatkannya malahan lebih lagi dari awak, Jeffry!" sindir Lea yang sekalipun tidak pernah lupa pada wajah lelaki yang juga telah menghancurkan masa depan adiknya.

Ian yang mendengar tercengang.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status