Share

CHAPTER 15

BILIK GELAP, PUSAT QASEH.

WAKTU TAK DIKETAHUI.

MISI ALYA merenung jam di tangan dan ternyata masih lagi awal.  Dia datang dahulu kerana ada kerja yang perlu dia bereskan sebelum dia dan Dr Nad sama-sama menemui pesakit 1583. 

           Sedang Misi Alya menunggu dengan mengambil tempat duduk atas kerusi besi tempat yang seringkali para Warden duduk ketika menunggu,  telinganya seakan terdengar sesuatu.  Dia terus berpaling lalu mendekatkan lagi sisi wajahnya ke permukaan pintu tanpa mahu membuka peephole atau petak kecil yang dikhaskan untuk memantau keadaan pesakit sebelah dalamnya. 

           Nea Felisya menggoyangkan tubuhnya makin laju sambil mulut pula mengomel sesuatu yang dia saja fahami.  Badan tetap terpasung dengan baju pasung atau lebih dikenali sebagai straitjacket.  Dia tidak menghadap hadapan tetapi mendepani dinding tembok. 

            Tersentak kala rambut dicekak secara tiba-tiba,  Nea mendongak dengan wajah lugu.  Jefri tersenyum sinis.  Iskandar pula tertawa lucu melihat keadaan Nea sebegitu rupa.  Nea dengar akan suara kekekan Iskandar.

            “Sakit lepaskan.  Tolong sakit!”  pinta Nea terlalu sakit kala tangan Jefri menarik cekakan rambutnya makin tinggi.  Nea terasa bagaikan mahu tercabut kepala.  Iskandar juga ketawa.  Manakala Jefri pula sengaja meletakkan pisau ke wajah Nea lalu dilalu-lalukan sambil tersenyum sinis.  Rambut seraya dilepaskan membuatkan Nea seakan mahu terhenyak.  Nea kembali menggoyangkan tubuhnya.  Dari mendongak terus pandang depan dan tertumpu pada wajah Iskandar pula.

           “Sayang...”  panggil Iskandar pula sambil melambaikan tangan sekali lalu sebelum dia tarik pula pinggang seorang wanita jelita agar tubuhnya dan wanita saling berhimpitan mesra.  Wanita itu juga turut tersenyum mengejek pada Nea sambil meraba dada bidang milik Iskandar sebelum dia labuhkan kepalanya ke bahu Iskandar.  Nea kebam bibir dan mata terasa penuh dengan cecair. 

          “Nea nak balik.  Nea nak balik”  omelnya masih pada perkara yang sama.  Nea seakan tak menghiraukan kewujudan insan-insan di hadapannya itu. 

          “Nak balik mana sayang?  Ini rumah Nea, sayang.  Abang hantar Nea pulang ke rumah Nea lah ni.  Hhahaha!”  sindir Iskandar.  Gadis jelita di sisi juga ketawa dan menjeling meluat pada Nea yang pada pandangannya langsung tak sesuai dengan Iskandar.  Dasar gadis kampung ada hati mahu bercinta dengan Iskandar!

          “Nea kata Nea nak balik.  Nea kata Nea nak balik”  ujar Nea lagi dan lagi.  Tubuh makin laju goyangannya.  “Nea nak balik Is,  Nea nak balik.  Kenapa Is bawa Nea ke sini,hah ?  Nea tak gila.  Sini bukan tempat Nea.  Nea nak balik.  Nea tak balik!!!”  Tutur suara makin lama makin meninggi. 

          “Lea, kenapa tinggalkan adik di sini. Adik nak balik kakak.  Adik nak balik!”  pintanya amat lirih sekali pada seorang perempuan jelita seiras wajahnya.  Namun perempuan jelita itu sekadar tegak berdiri tanpa mahu berbuat apa-apa.  Bibir makin dia koyakkan  dengan senyuman sarkastik.  Sambil tersenyum dia bergerak ke arah Nea yang duduk memaku atas para simen.  Di tangannya pula ada pisau bersinar terang.

         “Pergi.  Jangan ganggu Nea.  Pergi jangan kacau Nea.  Nea nak balik. Nea nak balik.  Nea nak balik!!”  ulangnya dengan goyangan badan.  Perempuan wajah iras Nea itu terus memegang kepala gadis lugu itu sebelum dia hentakkan ke permukaan dinding. 

         “Kau patut mati.  Kau patut mati. Kau patut mati, Nea. Hahahaha!”  Mereka bertiga mendekati Nea Felisya sambil mengulangi ungkapan yang sama.  Dahi merah dengan darah begitu juga pada dinding.  Nea dengar ada bunyi tapak kaki sedang berlari walau mata makin gelap dek darah yang banyak keluar. 

         “Ya Allah Nea. Apa Nea buat ini?”   Jerit Dr Nad bergegas masuk setelah pintu dibukakan oleh Warden. Misi Alya terpaksa menelefon Dr Nad dan menggesanya cepat datang  memandangkan Nea makin agresif apatah lagi seorang diri.  Risiko untuk dia mencederakan dirinya amat besar. 

         Dr Nad terpaksa minta bantuan Warden dengan Misi Alya.  Nea sukar untuk ditenangkan.  Dr Nad mahu menyuntik lengannya juga sukar walaupun terpasung dengan jaket putih bertali banyak itu.  Bahu bergerak tanpa kawalan. 

          “Aku bunuh kamu semua.  Aku bunuh kamu semua.  Hahaha, aku bunuh orang.  Aku bunuh papa, aku bunuh Reza, suami konon.  Aku...  Aku tak sengaja bunuh kau, sayang.  Maafkan Nea, Is.  Nea cintakan  Is sebab tulah Nea bunuh Is, Is curangkan?  Jawab sayang,  Is curangkan?  Jawablah bodoh.  Hhahahahah...”  bebelnya tanpa mengetahui apakah yang dia sedang perkatakan itu. 

          “ Visual hallucination and auditory hallucination”  bisik Dr Nad tetap dapat di dengar oleh Misi Alya.  Terutama halusinasi visual kerana dia juga nampak akan perkara tersebut.  Hanya tadi sahaja dia tak nampak apa-apa. 

          “Kau semua siapa hah?  Hei, kenapa pasung aku.  Lepaskan akulah.  Apa,  kenapa kau panggil aku Nea hah?  Aku Lea lah. Hahahah!”  ujar Nea kini berubah semula.  Suara dan segalanya turut berubah.  Kemudian  Nea menggelengkan kepalanya.  Mata dia bukakan sebelum dia nampak wajah Jeff, Iskandar serta Laila kekasih Iskandar.  Dia mulai menderam pula.  Makin lama dengar makin seram kerana deramannya itu seakan deraman sang harimau. 

           Nea kembali tersenyum senget lalu dia palingkan wajahnya ke arah Misi Alya kemudian Dr Nad pula. 

           “Kau doktor Nad kan?”  soal Nea membuatkan kesemua mereka yang ada tercengang.  Kali pertama.  Nea mengenali  siapakah si perawatnya selama ini. 

           “Argh, aku  bunuh kau.  Aku bunuh kau!”  tengkingnya cuba bangun dan mahu menyerang Dr Nad.  Segala apa yang berlaku dalam bilik itu sedang diperhatikan oleh seseorang juga sedang mengukirkan senyuman sengetnya.  Tangan seraya disilangkan pada dada. 

         “Bila kau nak bunuh dia?  Aku sudah tidak tertahan lagi mahu menanggung rindu”  ujar satu suara dari arah belakang.  Dan suara itu pula terus memunculkan dirinya dengan berfigurakan Jeffri. 

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status