Share

CHAPTER 14

BILIK PATOLOGI,

1000 AM.

KEHADIRAN  ASP Zaif ke bilik yang bersuhu sejuk sememangnya di nantikan oleh Dr Ann.  Ketika ASP Zaif masuk ke kubikel sederhana luas itu,  mata tajam menghala ke katil kiri serta katil  kanan yang kelihatan menghimpit katil tengah.  Dr Ann sedang ditemani oleh tiga mayat dari berlainan kes kematian.  Namun hatinya tiada sedikit pun rasa seriau atau terencat kerana dia sudah terbiasa dikelilingi mayat-mayat.

           ASP Zaif menjatuhkan gerakan bola mata ke ibu jari kaki di mana ada tergantungnya sekeping kad kecil bertanda nama mayat tersebut.  Namun sayangnya hanya bertulis anynomous

           “Hai ASP”  sapa Dr Ann melemparkan senyuman dari balik pelitup separuh muka klinikal.  ASP Zaif juga mengangguk dan dalam masa sama memerhati alatan yang ada di atas meja bersebelahan dengan katil mayat yang menempatkan mayat baru tanpa nama itu.  Seperti biasa kebarangkalian berlakunya Rigor Mortis saat mayat baru.

            Secara biologinya, kematian didefinisikan sebagai berhentinya semua fungsi vital tubuh meliputi detik jantung, aktiviti otak serta pernafasan. Kematian dinyatakan terjadi ketika nafas dan denyut jantung individu telah berhenti selama beberapa waktu yang signifikan atau ketika seluruh aktiviti saraf di otak berhenti bekerja. Kematian juga ditakrifkan sebagai kehilangan fungsi secara tidak berbalik sebagai satu organisma dan secara keseluruhannya.

        Setelah berlakunya sesuatu kematian, terdapat perubahan-perubahan tertentu yang berlaku pada jasad si mati. Perubahan – perubahan ini dibahagikan kepada perubahan awal dan perubahan lanjut. Perubahan-perubahan awal adalah seperti perubahan pada kulit, perubahan pada mata, algor mortis/penurunan suhu badan, rigor mortis/kaku mayat dan livor mortis/lebam mayat. Perubahan lanjut pula melibatkan proses pereputan, pembentukan adipocere dan mummifikasi.

     Perubahan Pada Kulit

Apabila kematian berlaku, perubahan pertama yang boleh dilihat adalah pada kulit si mati dimana kekenyalan kulit beransur hilang dan warna kulit berubah menjadi pucat.

    Perubahan Pada MataPerubahan Awal Kepada Mayat Selepas Kematian

Perubahan pada mata pula boleh dilihat dengan menguji refleks pupil dan kornea. Apabila kematian telah berlaku, tiada lagi refleks pupil terhadap cahaya dan refleks kornea juga hilang.Kornea akan menjadi keruh selepas 2 jam kematian. Tekanan dalam mata mula menurun, bola mata beransur flaksid dan tenggelam ke dalam orbit mata.

Algor Mortis

Apabila kematian berlaku, suhu badan akan mula menurun dan keadaan ini dipanggil sebagai algor mortis. Suhu badan ini menurun secara radiasi, konduksi dan konveksi.Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar penurunan suhu badan si mati seperti umur, keadaan si mati, cara kematian, suhu persekitaran dan juga keadaan persekitaran dimana kematian tersebut berlaku.

Penurunan suhu badan cepat berlaku pada mayat kanak-kanak dan orang tua memandangkan mereka mempunyai permukaan tubuh yang lebih besar berbanding dengan isipadu tubuhnya. Pakaian juga mempengaruhi algor mortis ini.Sekiranya si mati berpakaian tebal, kadar penurunan suhu adalah lebih lambat berbanding si mati yang tidak berbaju atau berbaju nipis.

Selain daripada itu, susuk badan seseorang juga mempengaruhi penurunan suhu si mati. Mereka yang gemuk akan mengalami penurunan suhu yang lebih lambat disebabkan lemak yang terkumpul adalah tinggi berbanding susuk badan yang kurus. Perbezaan yang besar di antara suhu persekitaran dan suhu badan si mati mempercepatkan proses penurunan suhu badan si mati. Bagi mayat yang dijumpai di dalam air, penurunan suhu badan adalah dipengaruhi oleh keadaan air, suhu air dan juga aliran air tersebut. Air yang kotor menyebabkan suhu badan turun lebih lambat memandangkan aktiviti bakteria di dalam air tersebut mampu menaikkan suhu badan si mati.

Rigor Mortis

Selain algor mortis, badan si mati juga akan melalui fasa rigor mortis. Rigor mortis merupakan keadaan dimana seluruh badan beransur-ansur menjadi kaku selepas kematian berlaku. Keadaan ini biasanya mula berlaku dalam masa 1-2 jam selepas kematian dan biasanya kaku mayat ini beransur-ansur hilang dan berakhir selepas 48 jam. Kaku mayat ini berlaku kerana tindakbalas kimia pada otot apabila glikogen semakin berkurang dalam penghasilan Adenosin Tri Phosphate (ATP) menyebabkan penimbunan Adenosin Di Phosphate (ADP) dan seterusnya menyebabkan kontraksi otot.

        Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kaku mayat termasuklah umur si mati, aktiviti yang dilakukan oleh si mati sejurus sebelum kematian, suhu persekitaran sewaktu kematian berlaku dan juga bentuk badan si mati.Tiada kaku mayat berlaku sekiranya si mati berada di dalam suhu bawah 6°C tetapi kaku sejuk pula yang akan berlaku. Semakin tinggi suhu persekitaran, semakin cepat kaku mayat berlaku dan semakin cepat juga kaku mayat ini hilang.

      Sebaliknya, suhu persekitaran yang rendah melambatkan proses kaku mayat terjadi dan beransur hilang. Sekiranya si mati aktif beraktiviti sebelum kematian berlaku, contohnya dalam kes si mati mengalami pergelutan sejurus sebelum kematian, proses kaku mayat lebih cepat berlaku memandangkan kehilangan ATP yang banyak semasa aktiviti pergelutan berlaku.

Kekurangan otot-otot pada jasad si mati juga mempengaruhi kadar perkembangan proses kaku mayat si mati. Orang yang kurus, bayi, dan orang tua biasanya mengalami kaku mayat pada kadar yang cepat berbanding jasad si mati yang berbadan besar.

         Dan ini adalah antara kenyataan-kenyataan yang ASP Zaif fahami selami dia mempelajari bidang Sains  Forensik  Manusia.  ASP Zaif turut memandang ke arah beberapa bahagian yang ada kesan jahitan bermula dari bahagian atas abdomen sambil diperhatikan oleh Dr Ann.  

        “Bagaimana dengan keputusan keseluruhan, Ann?” soal ASP Zaif dari memandang sekujur tubuh kaku dan kian memucat itu ke arah wajah yang dilitupi topeng klinikal separuh muka itu.  Dr Ann tersenyum dari dalam pelitup muka sebelum dia mulakan sesi ujikaji. 

       “Lehernya memang ada kesan kelar dengan kedalaman 2.5 cm dengan daya 12.5N”  terang Dr Ann seraya mendongak lalu tenung ASP Zaif yang tajam merenung akan dirinya itu.  Dahi dan kening bertautan. 

       “Membawa maksud pembunuh menggunakan pisau bermata satu?”  soal ASP Zaif terangguk-angguk.  Dr Ann juga mengiyakan hipotesis tersebut.  “Dan dia mengelar secara mengeliling menyebabkan kepala si mangsa hampir putus.  Manakala kepala satu lagi mayat yang tubuhnya pula ditemui di tempat berasingan pula berkemungkinan besar dilakukan pada bahagian toraks dengan daya 37.5 N bergantung radius sisi tumpul pada hujung pisau si pembunuh?”  teka ASP Zaif lagi. 

         Dr Ann mengangguk laju.  Dari bahagian atas abdomen kini beralih pula ke bahagian abdomen bawah leher menuju ke perut.  Di situ juga kelihatan benang yang masih kelihatan baru dijahit silang pangkah. 

        “Melalui pemeriksaan saya dalam perut si mangsa tiada di temui apa-apa bendasing yang tajam mahu pun agak pelik.  Cuma saya dapat mengesan bendalir kekuningan setelah kami jalankan ujikaji ternyata ia adalah alkohol.  Mangsa sedang mabuk barangkali dan memudahkan proses penyerangan”  terang Dr Ann meneliti laporan bedah siasat yang baru dia kemaskini sekejapan tadi. 

         ASP Zaif mengangguk sambil merenung ke arah bibir pucat serta agak kehitaman si mangsa. 

         “Mungkin juga dia merupakan seorang perokok”  bisik ASP Zaif namun dapat di dengari oleh dr Ann. 

         “Berkemungkinan juga tetapi bendalir alkohol melebihi dari aras yang sepatutnya.  Memang lelaki warga negara Afrika ini betul-betul mabuk.  Dan satu lagi mayat ini mengalami pendarahan teruk di bahagian bawah atas pahanya.  Berkemungkinan ditikam tetapi dengan benda tumpul.  Kesan koyakan bukan takukan dengan kedalaman 25.0cm” 

         ASP Zaif melajukan peralihan gerakan matanya ke bahagian bawah abdomen dan berada diantara abdomen serta paha.  Masih ada lagi aliran darah namun makin mengering  jarakerana  jangkamasa kematian mayat ini menghampiri  tiga jam. 

         “Dan saya ada menemukan sesuatu Zaif,” ujar Dr Ann seraya meletakkan fail di dakapan lalu mengangkat sebungkus plastik jernih dan di dalamnya kelihatan ada satu bendasing.   ASP Zaif mengambil plastik jernih berzip tersebut dari pegangan Dr Ann lalu dia bawakan dekat ke matanya agar benda tersebut kelihatan lebih jelas. 

         “Segala specimen mangsa termasuklah sedikit najis yang ada dalam ususnya telah saya bawakan ke makmal kimia mungkin dalam masa beberapa hari akan diberitahu akan keputusan.  Apakah Zaif mahu keputusan cepat?  Tak silap Ann semalam saja ada beberapa kes kematian.  Cuma Ann tak pastilah apakah mayat ini merupakan mangsa kesekelian pembunuh psikopat itu.”

        “Psikopat?”  ASP Zaif tahu namun dia tidak terfikir pula kerana M.O and cooling of period dalam jarak yang jauh.   Dr Ann tersenyum lagi tentu ASP Zaif berasa pelik pada telahannya itu. 

        “Ada beberapa ciri Zaif”  terangnya dengan tenang. 

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status