Share

CHAPTER 5

1990,  KAMPUNG SERIWANGI,

"LIS!!!" jerit seorang perempuan bersanggul tinggi dan kebaya hitam ketat sambil bercekak pinggang. 

  Daud makin melebarkan senyuman apabila matanya telah terjatuh pada seraut wajah yang amat dia rindui.  Bukan pada hatinya tapi kegebuan tubuhnya.

  "Kau ke mana hah? Aku bukan main jerit kau langsung tak datang, kau ke mana hah sial?" herdik Saleha menunjal-nunjal dahi remaja berusia dua belas tahun itu.

   Lis tidak melawan dan dia hanya redha bukannya dia tidak biasa di kasari sebegitu rupa.  Dimalukan di depan orang juga sudah acapkali sehingga Lis mangli.

  Daud makin geram apabila melihat betis putih Lis apabila dia terjatuh akibat ditolak Saleha.  Saleha tersenyum puas tanpa mahu menolong.

   Saleha perasan akan pandangan Daud seraya dia menyepak kaki Lis. 

"Kau nak tunjuk pada siapa betis kau tu,hah?" sindir Saleha.  Daud dengan pantas membawa pandangannya ke arah lain sambil menelan liur.

   "Kau tunggu apa lagi, kau nak tunggu aku terajang kau lagi ke baru nak kemas tempat ini.  Kau memasak ke apa ni?  Kalau nak masak buatlah cara nak masak..."

   Saleha menarik tinggi cuping telinga Lis walau remaja itu menjerit kesakitan. 

   "Sakit mak cik lepaskan.." rayu Lis.  Saleha dipanggil mak cik kerana wanita berpewatakan sombong itu bukanlah ibu kandungnya tetapi mak tiri.  Ayah pula telah lama pergi menghadap Illahi tanpa remaja itu sedar Saleha punca kematian bapanya.

  "Kau ni memang..." Saleha tidak jadi memarahi Lis apabila hadirnya seorang perempuan baya umur bertudung menegah tindakan Saleha mengherdik Lis. 

   "Kamu ni Leha.  Apa salah budak tu pada kau sampai begitu sekali kau marahkan dia?" tanya wanita itu sambil membantu Lis untuk bangun.  Berkerut-kerut dahi Lis menahan sakit.

   "Kamu jangan sibuklah teha.  Kamu jaga saja anak kamu kat rumah tu.  Ini antara aku dengan anak aku, aku rasa kau tak perlulah nak masuk campur Teha.  Ala, cakap sajalah nak tengok Daud ni ha.."

   Daud merenung Teha dan Saleha silih-berganti.  Namun ia tidak bertahan lama apabila tunakkan mata helangnya terjatuh semula ke wajah Lis. 

   Sempat lagi Daud memberi isyarat lucah menggunakan gerakan bibir pada remaja belasan tahun itu.  Lis yang masih lagi berada di sebelah tubuh besar Teha terus menyorokkan mukanya.

   Memang Lis amat takut pada suami baru mak tirinya itu.  Daud telah banyak kali mahu merogol Lis pabila Saleha tiada di rumah.  Nasib masih lagi berpihak pada Lis.

   "Aku bukan datang sini sebab laki tak guna kamu tu, Leha.  Aku ke mari sebab Lis" terang Teha seraya membelai rambut Lis.  Lis makin erat memeluk pinggang Teha. 

   Bagi kanak-kanak berusia dua belas tahun itu,  Teha sahajalah yang boleh dia percayai dalam kampung itu.  Yang lain kebanyakannya mahu mengambil kesempatan.

   Terutama sekali Saleha dan Daud.  Mereka tahu anak kecil itu berharta kerana arwah suami Saleha telah mewasiatkan keseluruhan hartanya pada Lis walau dia masih belum mencapai umur lapan belas tahun.

  "Apa hak engkau hah?" soal Saleha cuba mempertikaikan.  Dan juga memprovokasi.  Dalam masa yang sama, mata tajamnya sempat menjeling ulah Daud yang nampak gayanya semakin menghampiri Lis.

  "Aku mungkin bukan siapa-siapa pada Lis, Leha.  Tapi kau lupa kau juga siapa?"  kecam Teha balik sambil hujung bibir ternaik sedikit.  Lis makin erat memegang pinggang Teha.

   Apatah lagi Saleha cuba menarik dirinya keluar balik tubuh Teha.  Lis menggeleng-gelengkan kepalanya tanda dia tidal mahu.  Namun rayuan Lis tiada sedikit pun Saleha endahkan malah rambut dicekak.

   " Argh, sakit.  Sakit mak cik!" aduh Lis cuba melepaskan diri.  Teha juga cuba merampas semula anak kecil yang kurus itu dari menjadi mangsa seksaan.  Daud pula sekadar menjadi penonton drama petang itu.

BILIK SEPI,

WAKTU TIDAK DIKETAHUI.

"ARGH sakit!!" pekik Nea terteleng-teleng mahu bergerak masih tidak boleh lagi memandangkan tubuhnya yang berbalut straitjacket.

   Krek...

  Pintu terbuka tetapi dengan gerakan yang perlahan.  Nea masih lagi ralit melayan perasaannya.  Langkah diatur sebaik yang mungkin sambil bolamata terhala tepat ke belakang tubuh seorang insan yang dibaluti straitjacket.

  "Aku sakit.." lirih Nea tanpa mempedulikan si pelawat.   Airmata semakin berlinangan dan meninggalkan kesan tanpa diseka.

   Kerusi ditarik agak kuat sehingga mengeluarkan bunyi geseran yang mengilukan.  Figura berjubah putih juga berkacamata itu bukan Dr Nad tetapi merupakan seorang lelaki.

   Punggung dihenyakkan atas pelapik kerusi dan spontan kaki diangkat untuk menyilangkannya.  Figura itu hadir tanpa sebarang fail dan juga perakam.

   "Nea Felisya.." serunya agak perlahan.  Sengaja dia tidak menguatkan nada suaranya. 

   "Aku datang Nea.  kau tak rindukan aku ke?" soal figura itu sambil menyengetkan senyuman.  Senyuman kian melebar saat gadis yang dalam psikoanalisis itu mendongakkan wajahnya dan lalu memalingkan muka ke arah figura di sebelah.

  Nea mengerutkan dahinya dan mata makin dia perkecilkan.  Lama dia menalakan pandangannya.  Tanpa mahu membazirkan lagi masa, figura yang merupakan seorang lelaki itu terus mengenggam rambut atas Nea.

  "Sakit mak tolong jangan buat Lis begini ... Sakit mak!" rintih Nea meronta apabila tubuh diseret ke bawah seperti mana yang pernah dia rasai sewaktu kecil dahulu.  Dia tahu betapa sakitnya dia waktu itu. 

   Hanya airmata sebagai peneman.  Dan kali ini...

  "Hei perempuan gila, siapa mak kau engkau?  Aku bukan mak engkau, tapi aku malaikat maut engkau!" tekan lelaki yang memakai jubah seorang doktor itu. 

  "Lepaskan aku tolong..  Aku sakit!" rayu Nea lagi.  Lelaki berjubah putih masih lagi berdegil dan tidak mahu melepaskan cengkaman rambut Nea malah dengan sengaja ditarik- tarik.

   Dan dia  berasa puas mendengar rayuan Nea Felisya.  Pun begitu, dendamnya pada Nea Felisya masih lagi utuh dan membara.  Tak mungkin untuknya lupa.

   "Apa lagilah pesakit bilik ini pun.  Hari-hari bisingnya!" omel Warden seraya mengumpil penutup petak kecil yang ada pada setiap pintu sebagai tempat untuk melihat luar dalam tanpa membuka pintu.

   Mata agak membulat dengan pantas dia menunduk.  Tangan kanan membetulkan letak duduk jam dipergelangan. 

   "Aik, ni bukan waktu melawat?"  soalnya kembali mendongak dan memandang petak kecil itu kembali.  Dahi semakin berkerut apabila mengenang doktor yang sedang berdepan dengan pesakit bernama Nea itu bukan Dr Nad.

  "Nak panggil ke tak ni? Kalau aku panggil kang kata aku menyibuk pula, tak panggil betul ke itu doktor atau?" sungutnya berkira-kira sambil tangan telah pun diletakkan atas gugusan kunci.

   Lelaki berjubah yang telah bangun itu terus mengarahkan muka ke pintu.  Rambut Nea telah pun dia lepaskan namun dia ada niat lain tetapi mungkin terbantut apabila dia dapat rasakan ada yang sedang memerhati dari balik pintu.

 

  Nea pula makin menarik kedua belah kaki agar dekat pada dada.  Tangisan Nea masih lagi berlagu.

   "Kenapa ini semua terjadi pada aku? Kenapa Is? Kenapa?  Is, kenapa ia ulang lagi dan lagi?" lirih Nea tanpa menyedari yang setiap kata-katanya itu telah lelaki berjubah putih itu dengari.

   "Iskandar.." ujarnya spontan merenyukkan kertas yang baru dia ingin buka.  Segala apa yang tertulis di dalam kertas berperonyokkan tersebut langsung dia tidak jadi untuk membacanya.

    Semakin merah mata putihnya setelah dia terpaksa menahan telinga untuk menerima sebutan nama tersebut secara berulangan.  Nama itulah punca pada segalanya.

   "Iskandar! Iskandar! Iskandar! Hoi, kau tak boleh diam ke hah?" herdik lelaki itu lalu menanggalkan kacamata dan terus dia lemparkan ke arah Nea. 

   Nea yang sakit kerana balingan tersebut terus mendongak dan memberikan cerlungan matanya.  Pinggir bibir digigit sekuat yang mungkin sehingga ada darah yang telah mengalir.

   "Kau tengok apa? Kau jangan ingat aku takut dengan pandangan kau itu.  Dasar perempuan gila!" sindir lelaki berjubah putih itu seakan mahu menghangatkan lagi hati Nea yang dia tahu semakin membara.

   Nea terus menyeringai dan kelam-kabut ingin bangun dari tempat duduknya.  Dia tetap berusaha untuk mengangkat tubuhnya itu yang masih dibaluti jaket putih bertali tak ubah gaya mumia.

   Pintu terbuka secara hempasan.  Lelaki berjubah itu terlopong dan agak terkejut kerana keberadaannya itu telah pun diketahui.   Berlainan pula dengan Nea,  wajah kelatnya telah berubah ke satu senyuman penuh menyeramkan.

   Misi Alya perasan akan pandangan itu. 

   "Awak siapa?"  soal Dr Nad benar-benar pelik.  Siapa lelaki ini yang berani-berani masuk ke bilik yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan dan hanya yang telah diberi pelepasan sahaja yang dibenarkan untuk masuk.

   "Dr Ian?" soal Ketua Warden sambil direnung oleh Dr Nad.  Misi Alya pula mengangguk mengiyakan.   Dalam masa yang sama,  Misi Alya juga pelik macamana Dr Ian boleh masuk tanpa sekatan dan Nea pula bukanlah pesakitnya.

   "Dr Ian kenapa awak ke sini ya?  Awak minta kebenaran siapa untuk ke sini? Setahu saya Nea Felisya masih lagi dibawah pantauan Dr Nad..." ujar Misi Alya dengan berwaspada khuatir tersalah cakap.

   Dr Nad pula masih lagi tertanya-tanya.  Memang benar apa yang Misi Alya perkatakan itu.  Nea masih lagi dia yang menjalankan proses hipnotis dan psikoanalisis.

   "Kau dah terperangkap jeff. Kau tak boleh lari lagi..   Hahahahaha!" sindir Nea dengan tidak semena-semena dan telah membuatkan semua yang ada dalam bilik kelam itu memandangnya dengan penuh persoalan.

   Dr Ian tahu apa yang gadis psiko itu nyatakan ada kebenarannya walau dia bukan Jeff. 

   Ketua Warden semakin ingin bergerak ke hadapan.  Apa saja yang berlaku dalam kawasan larangan ini adalah di bawah tanggungjawabnya.  Dan dia ada hak untuk melarang Dr Ian agar keluar dari situ, apatah lagi bukan doktor sebenar pada  pesakit dalam bilik gelap ini.

   "Kau tak boleh lari Jeff,  kau lah pembunuh Iskandar..."

    Dr Nad dan Misi Alya saling berpandangan.  Dr Nad mulai membuka langkah,  jika diikutkan ada baiknya juga Dr Ian ada dalam bilik itu.

    "Apakah Nea mengenali Dr Ian, Dr Nad? Saya macam dapat hidu sesuatulah!"

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status