Share

CHAPTER 9

BILIK GELAP, PUSAT QASEH.

1000 AM.

SESI psikoanalisis sekali lagi sedang dijalankan oleh Dr Nad pada pesakitnya yang bernama Nea Felisya. Sambil diperhatikan oleh Misi Alya dan seorang Warden seperti kebiasaan.

Kali ini, Dr Nad meletakkan dua batang pen berlainan warna. Biru dan juga merah beserta sehelai kertas kosong. Nea yang sudah bebas dari ikatan straitjacket sekadar mempamerkan wajah lugunya.

Dr Nad tersenyum setelah beberapa minit gadis itu tidak memberikan sebarang reaksinya. Perakam telah pun dia bukakan namun diletakkan agak jauh sedikit dari sisinya.

Dr Nad terus mengambil pen merah lalu dia mulai menulis sesuatu atas kertas kosong tersebut. Nea masih lagi dengan goyangan badannya. Tangan kiri terpaksa digarikan pada penyandar hanya tangan kanan sahaja yang boleh digunakan untuk melakukan sebarang tugasan.

Misi Alya juga terjengket sedikit kerana mahu tahu apakah yang doktor ayu berkacamata ala korea itu tuliskan pada kertas yang terbentang di depan pesakit psikiatris itu.

Setelah menutup mata pena merah, Dr Nad meletakkan semula pen tersebut atas meja sebelum dia mengambil pula pena bertinta biru pula dengan tindakan yang sama dan kali ini, Dr Nad menulis satu lagi nama pada bawah kertas tersebut.

Yang sebenarnya Dr Nad telah perasan akan perubahan cara tenungan pesakitnya itu apatah lagi tatkala dia menulis ejaan nama yang baharu ini. Mata Nea semakin tajam mencerlung dan rahangnya juga mulai bergerak.

Tanpa mereka sedari ada beberapa mata sedang menyaksikan segala perbuatan mereka melalui rakaman cctv yang berlainan tempat. Dr Ian masih lagi dengan wajah tanpa romannya, dia sekadar berpeluk tubuh sambil memerhati cara kerja Dr Nadya.

Dr Ian agak kurang berkenan dengan cara Dr Nadya yang dia rasakan terlalu lembut bagi pesakit seperti Nea.

"Huh, apa istimewanya engkau sampai pihak atasan tak bagi pertukaran ini?" soal Dr Ian masih lagi dihurungi rasa tidak puas hati kerana permintaannya itu telah ditolak dengan alasan Nea pesakit yang perlu pantauan lebih.

Pun begitu, Dr Ian terlupa sesuatu dan seharusnya dia berterima kasih pada Dr Nad kerana tidak membuat laporan tatakerja ke atas dirinya bersabit peristiwa dia cuba menyerang pesakit Dr Nad iaitu Nea Felisya.

"Huh, aku tak takut kalau dia buat laporan pun. Yang pasti hati aku sedikit puas kerana dapat mengenakan Nea walau pun tidak sepenuhnya," bisiknya lagi sambil-sambil itu liar matanya memerhati keadaan sekeliling khuatir jika dirinya tertangkap lagi seperti tempohari.

Pada satu bilik yang lain pula kelihatan seorang wanita beraut jelita juga sedang melihat sesi psikoanalisis tersebut melalui rakaman cctv. Bagaimana dia boleh masuk ke ruangan itu tiada siapa pun yang tahu mahu pun perasan.

Namun wajah ketatnya berubah ke sayu tatkala lensamata terarah ke wajah pesakit bernama Nea itu. Wanita jelita berbibir merah padma itu seakan mengenali Nea Felisya.

"Kau sepatutnya tulis nama ini dengan pen merah.." ujar Nea secara tiba-tiba dan membuatkan semua yang ada di situ saling berpandangan. Hanya Dr Nad sahaja yang tetap berwajah tenang. Dia yakin caranya itu akan dapat menarik perhatian Nea supaya mahu berbual dengannya.

"Kenapa? Tentu ada sebabkan? Lama saya tunggu suara dari Nea baru sekarang kedengaran," ujar Dr Nad dengan menceriakan wajahnya. Nea sekadar tersenyum sekali lalu. Matanya masih lagi tertumpu pada tulisan pada kertas.

Pada pandangan Nea, nama-nama yang telah tercatat dalam kertas di depan telah mengingatkan Nea pada sesuatu. Nea terus bangun lalu memandang tajam Dr Nad dan juga Misi Alya. Warden pula bersiap-siaga seandainya berlaku apa-apa hal yang memerlukan tenaganya.

"Nea kenapa?"soal Dr Nad tetap tenang.  Selagi gadis yang masih dalam proses psikoanalisis itu tidak cuba berbuat sesuatu yang boleh membahayakan selagi itulah Dr Nad tidak mahu Warden mengambil tindakan apatah lagi berkasar.

  Pesakit seperti mereka-mereka ini tidak elok selalu diprovok kerana provokasi itu bukanlah satu perkara berunsurkan motivasi tetapi lebih kepada asakan meresahkan perasaan seseorang.

  "Nea.. Nea kenapa ni Nea?" soal Dr Nad mulai berasa ada kelainan pada tingkah Nea kini.  Gadis itu masih lagi menggelengkan kepalanya dengan laju sambil tangan tertunjuk-tunjuk pada kertas. 

  "Nea, cuba bawa bertenang.  Mari kita duduk semula.  Tarik nafas tu dulu.." pujuk Dr Nad yang juga telah bangun.  Misi Alya semakin mendekat dengan memegang picagari manakala Warden pula bergerak ke arah belakang Nea.

  "Aku benci dia.  Aku benci dia!" tengking Nea memandang kesemua mereka dengan pandangan yang begitu garang sekali.  Dr Nad membisikkan sesuatu ke telinga Misi Alya. Misi Alya pula terus membuat isyarat pada Warden.

   "Nea... Nea.. Bawa bertenang Nea.." Dr Nad tetap berusaha untuk memujuk.  Nea semakin jauh ke belakang tinggal beberapa langkah sahaja lagi tubuhnya itu akan dipegang oleh Warden. 

   Dr Nad mengangguk.  Walau pun Nea meronta-ronta mahu dilepaskan Warden masih lagi memegang kedua belah bahagian bahunya.  Misi Alya dan Dr Nad semakin mendekati.

   "Kau nak buat apa pada aku Jeff? Lepaskan aku Jeff.  Lepaskan aku!" teriak Nea mata terjegil-jegil penuh kemarahan.  Namun Jeffry tetap juga melangkah dan ditangannya ada bahan suntikan.  Wajah pula tetap tersenyum penuh makna.

   "Jangan Jeff, tolong Jeff jangan kau lakukan lagi.  Aku sakit Jeff, aku sakit.  Aku merayu pada kau Jeff.."  lirih Nea agak perlahan suara dan juga rontaannya.

    Misi Alya membantu Dr Nad untuk memimpin Nea ke tempat pembaringannya semula. 

   "Siapa Jeff? Kenapa dengan lelaki itu? Siapa pula Iskandar? Alya .. Awak rasa wujudkah Iskandar dan Jeffry?  Jika mereka wujud sekali pun, manakah mereka?" soal Dr Nad sebelum dia terdiam apabila teringatkan sesuatu.

   'Apakah Iskandar itu adalah orang yang sama dengan Iskandar yang aku pernah lihat?' Hati masih lagi galak membisikkan beribu persoalan yang Dr Nad sendiri pun tiada berjawapan.

    "Saya juga tak pasti Dr Nad tapi doktor pun ingatkan tentang surat yang saya tunjukkan tempohari," jawab Misi Alya sambil membuang picagari yang telah digunakan ke dalam tong sampah kuning, tong sampah untuk barang-barang merbahaya.

   Dr Nad seraya mengangguk sambil menghela nafas kekecewaan. 

   "Saya rasa saya mahu jalankan proses ketiga.." kata Dr Nad sambil memandang wajah lesu serta pucat Nea Felisya yang telah dibaringkan atas simen pembaringan yang hanya beralaskan tilam nipis.

   "Maksud doktor hipnotis?" soal Misi Alya yang telah memahami prosedur terapi.  Dr Nad mengangguk lalu mengarahkan Warden menutup pintu dan Misi Alya sediakan hipnotip chain.

********

"KAU ni Is sanpai bila nak hidup macam tu dengan Laila?" tegur si rakan yang tidak suka dengan cara hidup Iskandar yang terlalu sosial.

   Iskandar dan Laila boleh dikatakan suami isteri tanpa nikah.  Kondo Laila dah menjadi kondo Is begitulah sebaliknya dengan kondo Iskandar telah menjadi rumah kedua Laila.

   Setiap kali telinga Iskandar terpaksa mendengar ceramah Forum Perdana dia sekadar mengoyakkan senyum sengetnya.  Bagi dia tiada istilah perkahwinan dalam hidupnya  dan ini termasuklah ketika dirinya dan Nea masih lagi ada hubungan.

   Si rakan hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil meneguk air dari straw pun begitu sebagai seorang muslim yang masih kuat pegangan agamanya, Fuad akan tetap berusaha mencuci minda Iskandar agar satu hari nanti dia akan sedar apa yang dia lakukan itu satu kesalahan dan juga dosa.

  "Kenapa kau langsung tak mahu menjenguk Nea? Mentang-mentanglah dia dah berada di pusat orang sakit jiwa kau buang dia begitu sahaja? Kau lupa ke yang kau telah aniayai dia?" soal Fuad tanpa menyedari ada yang sedang memasang telinga.

   Iskandar dari tersenyum terus mendongak lalu memandang Fuad.

  "Kenapa kau pandang aku macam itu, apa tak betul ke apa aku kata ni?" Fuad juga melawan.  Baginya tiada apa yang salah dalam pernyataannya tadi itu.

   "Aku tahu kau memang ada hati pada perempuan gila tu, Fuad.  Kalau kau nak sangat kau ambillah.  Aku pun tak hadap!" tegas Iskandar tersenyum mengejek lalu menarik kacamata Aviator Rayban turun semula ke mata.

   Iskandar terus menarik keluar dompet sebelum not seratus dia letakkan atas pelapik cawan minuman yang tidak dia minum itu sebelum angkat tubuh untuk bangun.

    Fuad tidak mampu berkata apa-apa lagi selain membawa pandangan matanya untuk mengekori langkah lelaki kacak tetapi egois itu melangkah keluar dari cafe tersebut.

 

KAWASAN PARKIR,

WAKTU TIDAK DIKETAHUI.

  LEA melangkah tenang mengikuti tubuh sasa tersebut untuk mencari letak duduk keretanya.  Kereta pula makin banyak dari mula-mula dia sampai sekejapan tadi.

   Iskandar masih tidak menyedari yang dirinya itu sedang diekori sedari dari cafe lagi.  Memang Lea ada dalam kedai makanan ala inggeris tersebut hanya selang beberapa buah meja di belakang meja Iskandar. 

   Suasana yang sepi kerana tidak ramai pengunjung pada waktu itu, memudahkan lagi untuk Lea memasang telinganya.  Apa yang dia andaikan selama ini mengenai kejujuran Iskandar sememangnya betul.

  Lelaki itu tidak berlaku jujur pada adiknya sehingga dia tergamak memerangkap dan  membuatkan adiknya itu seperti insan yang kurang kewarasan dengan menipu kematiannya setelah membuat laporan palsu dengan mengatakan gadis itu telah dan pernah melakukan beberapa pembunuhan bersiri.

   "Dengan adik aku kau boleh memperbodohkannya tetapi tidak dengan aku, Iskandar.  Aku Lea, aku akan pastikan kau juga kena bayar segalanya seperti mana Jeffry!" tekan Lea tersenyum senget.

    "Iskandar jauh dari situ!" pekik satu suara secara tiba-tiba.  Lea juga memandang belakangnya sambil mendengus geram.  Makin kejap tangannya memegang pisau belati.

    Sebenarnya sudah lama Fuad perhatikan tingkah wanita yang ada bersama dengan mereka dalam cafe tadi.  Hanya Fuad yang tidak mahu memberitahu pada Iskandar mahu mengelak dari berlakunya kekecohan.

    Bukannya Fuad tidak mengenali sikap panas baran rakannya pada sesuatu hal. Oleh sebab itulah, Fuad berdiam dahulu.

    Tetapi nampak gayanya wanita jelita itu ada niat yang tidak baik pada sahabatnya itu.

     Iskandar juga tergamam apabila di hadapannya berdirinya satu susuk berjaket dan muka pula bertopeng putih.  Ditangan pula tergenggamnya satu pisau.

   "Ketepi Is!" pekik Fuad sekali lagi sambil berlari dengan laju sekali.  Iskandar dan penyerang yang mengangkat tinggi pisau seakan mahu menikam Iskandar juga sama-sama menjerit.

    "Fuad!"

    "Allah!"

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status