Share

CHAPTER 3

ZOUC CLUB, SEKITAR METRO KL.

2330 PM.

DIA sekadar memberikan satu anggukan pada dua orang bouncer yang mengawal pintu kelab malam eksklusif tersebut.  Tiada segarit senyuman pun yang terukir pada wajah tanpa emosi dan rahang bersegi itu.

       Pintu terus dibuka dan dia melangkah masuk.  Lantai tari kelihatan amat meriah dengan muzik, lampu berwarna yang berputaran sana dan sini mengiringi para penari tak bertauliah tersebut.

       Dj wanita berpakaian seksi terangguk-angguk sambil menggesek cakera padat dan sesekali dia bersuara lantang.  Mata terus terpandang sebuah bangku kosong di meja panjang mendepani bartender yang diketika itu sedang mengemas gelas-gelas berkaki tirus.  Ada tiga kesemuanya namun dia memilih yang tiada berpelanggan itu.

       Seraya menapak ke arahnya.  "Hai" Ucapan pertama dari figura tersebut kepada pelayan wanita lengkap  dengan memakai vase hitam dan kemeja putih. 

      "Eh, hai..  Awak ada nak pesan apa-apa?" soal wanita dengan rambut potongan bob itu sambil tersenyum manis. 

      "Just wanna soft drink," pinta figura yang merupakan seorang lelaki kacak itu dan terus memusingkan bangku berpusing tersebut supaya menghadap lantai tari.

      Bau semerbak kian mendekati.  Lelaki itu tahu gadis berambut curl paras pinggang itu telah mengekorinya dari kawasan parkir kelab tadi.  Sengaja dia berbuat tidak mengendahkan sehinggalah dia terdengar ada bunyi barang jatuh di tepi kakinya.

      "Ala.. Kunci I jatuh.." omelnya dengan bersuara manja.  Wanita bergaun ketat paras paha itu, seakan sengaja menghimpit  tubuh hadapannya ke paha lelaki kacak yang sedang duduk mendepaninya itu.

      "Hai.. Ini air awak.  Ya miss ada nak pesan apa-apa tak?" soal pelayan yang sama ketika dia melihat kehadiran wanita jelita tersebut.

     "Erm.. Kejap ya. Er...  Awak.  Sebelah awak ni available tak?" soalnya masih lagi bersuara manja sambil terkibas-kibas rambut curl panjangnya dengan gaya Ella. 

       Lelaki berwajah beku itu  sekadar  memandangnya dari bawah lalu ke atas sepintas lalu.  Biarpun wanita berbibir mungil dan basah dengan lipgloss tebal itu masih tersenyum sengih tak ubah kerang busuk.

      "Bagi saya air biasalah ya," ujarnya pada pelayan tersebut.  Pelayan yang memahami apakah air itu terus menapak ke arah rak di sebelah belakang.  Botol-botol berbentuk tinggi dan ada juga  yang berukiran mewah kelihatan tersusun kemas.

        Salah-satu botol itu ditarik keluar lalu menapak kembali ke meja panjang di mana ada sebuah rak bertingkat sedang menunggu tangannya untuk mengambil gelas berkaki tirus dari dalamnya.

       Penutup dibuka.  Meletup bunyinya dan buih kelihatan meleleh menuruni botol tersebut saat pelayan wanita itu menunggang air dari dalam botol tersebut ke dalam gelas.  Setelah itu, kepingan nipis lemon ditekan pada sisi gelas.  Dia terus meletakkannya atas meja sambil tersenyum dia mempelawa wanita jelita lagi seksi itu untuk minum.

        Namun sebelum wanita seksi itu minum air kekuningan dan berbuih tersebut.  Dia kembali mengerling ke sebelah sambil tersenyum menggoda.

       "You.. Boleh tolong I tak you.. Kunci kereta I terjatuh laaa.. Nanti I tak boleh balik pula.." ujarnya tanpa segan dan silu terus membelai paha lelaki kacak itu.

       "Er, by the way nama you apa ya? Rasa kurang manis pulakan tak tahu nama.." ujarnya cuba mengumpan.  Manalah tahu kot-kot boleh masuk jerat.  Kereta boleh tahan!

       Ian tersenyum senget.  Nampak gayanya wanita gedik disebelahnya ini mahu merasa penangannya! 

Daring habis!

      "You.. I tak tanya ni? Tak baik tau sombong-sombong ni," goda wanita itu lagi.  Dari duduk di sebelah kini dia bangun dan terus merapati Ian.  Wajah pula menghala ke telinga Ian seakan mahu berbisik sesuatu.

      "Hai.. Miss ni air miss.." Suara pelayan wanita mencelah diantara bisikan pasangan di hadapan setelah dia lihat gelas itu masih lagi tidak disentuh. 

       Wanita seksi berambut curl itu sekadar tersenyum mengejek dengan pantas gelas kaki tirus dia pegang dari sebelah bawahnya gaya ampu.  Sambil dia meletakkan bibirnya ke pinggir gelas sambil itu dia menancap tajam wajah bersegi itu lama.

       Sebelum dia meneguk sengaja bibir gelas dijilat sedikit sambil diperhatikan oleh Ian.  Ian langsung bangun  mendekati wanita yang masih merenung ulahnya itu lalu tangan Ian menarik pinggang wanita tersebut sambil membisikkan sesuatu.

       Minuman barulah wanita seksi itu meneguknya  setelah Ian meminumnya sedikit.  Malah sengaja wanita berambut beralun itu minum pada bekas bibir Ian.

  Setelah Ian meletakkan duit bayaran.  Ian kembali menarik dan memeluk pinggang wanita seksi itu dan keduanya tidak ke lantai tari tetapi menuju ke bilik persendirian.

BILIK DR NAD, PUSAT QASEH.

0900 AM.

"DOKTOR pesakit 1583 mengamuk semula!"

         Dr Nad yang masih lagi  ralit meneliti fail maklumat pesakit dengan pantas mendongak sambil menaikkan semula kacamata yang melorot. 

Warden dan Misi Alya betul-betul kelihatan cuak.  Dr Nad mulai berkerut kening tanda kenapa dan ada apa.

      Dalam masa yang sama,  Dr Nad sempat mengerling ke arah tubuh seseorang yang baru lalu di laluan hadapan pintu bilik.  Dengan pantas dia bangun sambil mencapai satu picagari dari dalam kidney bowl sebelum dia menapak ke arah mereka berdua.

      "Mari cepat!" arah Dr Nad bergerak dahulu dan diikuti Misi Alya dan Omar Warden.  Kedua-dua mereka terangguk-angguk sebelum membuntuti Dr Nad.

Dari jauh, mereka bertiga telah dapat mendengar satu jeritan namun ia tidak kuat dan kedengaran agak tenggelam timbul mungkin kerana keadaan dalaman bangunan setingkat itu yang bersimen tebal.

       "Ya Allah Sue!" pekik Misi Alya  nyaring sekali.  Dia yang kemengahan akibat berlari  begitu terkejut melihat perkara tersebut begitu juga dengan Dr Nad, sudahlah pakaiannya pada hari itu tidak sesuai untuk acara lari.

       "Nea... Kenapa ni?  Nea tolong lepaskan dia," Dr Nad bertolenrasi dahulu dan semakin mendekati Nea.  Mungkin silap dia juga membuka Straitjacket dari tubuh Nea kerana ingatkan Nea sudah boleh bertenang tetapi rupa-rupanya hipotesis itu tersasar.

        Omar Warden telah bersiaga dengan cota serta gari manakala Misi Alya pula picagari dan straitjacket tersedia ditangan.  Hanya menanti arahan sahaja.  Nafasnya masih lagi laju selaju aliran adrenalinnya kini.

        Nea masih lagi memeluk dengan kejap  seorang jururawat bernama Suhaila dari arah belakang dan sedang menghunus picagari  yang telah dia rampas dari tangan jururawat malang itu,  bahagian jarumnya betul-betul terhala pada leher misi pelatih yang bernasib malang itu.

Jururawat itu hadir ke bilik yang menempatkan pesakit bernama  Nea untuk pemeriksaan kesihatan berkala namun entah di mana silapnya,  Misi Suhaila telah  diserang hendap oleh Nea.

        "Nea.. Dia bukan Jeff"  Dr Nad tetap memujuk Nea.  Dr Nad makin lama makin menghampiri bahagian hadapan Misi Suhaila sambil memberi isyarat diam menggunakan jarinya yang diletakkan atas bibir. 

         Misi Suhaila yang kepucatan dek rasa takut yang amat sangat mengangguk dengan pantas.

         "Nea, lepaskan kakak ini.  Dia bukan Jeff sayang, tengok dia kan perempuan macamana dia boleh jadi Jeff pulakan?" soal Dr Nea cuba menjinakkan emosi Nea yang sedang mengganas itu.

         Dan apabila Dr Nad melihat wajah garang Nea makin memudar,  dia memulakan langkah untuk ke arah belakang Nea.  Nea pula tetap tidak mahu melepaskan jururawat itu malah makin dia mengancam mahu menikam Misi Suhaila dengan picagari berisi cecair yang tidak diketahui ubat untuk apa.

        "Diam..  Diam kamu semua.  Kamu semua gila!  Dia memang Jeff,  dia memang Jeff.." tegas Nea dan pada hujung bicaranya pula kedengaran makin  lirih.

         "Dia mahu bunuh aku.  Dia pembunuh Is kekasih aku.  Biarkan aku bunuh dia saja barulah dia tak menganggu aku!" pekik dan ancam Nea makin mempererat pegangannya pada pinggang Misi Suhaila sehingga Misi Suhaila terjerit ketakutan.

         "Nea sayang.." panggil satu suara dari arah belakang.  Nea berpaling ke belakang pun begitu tubuh Suhaila tetap didakap erat.

         "Nea ini Is..  Nea, siapa yang Nea peluk tu? Ini Is sayang.." Pujuk satu figura yang memperkenalkan dirinya sebagai Is.  Nea terpinga-pinga sebentar sambil lensamata tetap terarah pada Is.  Is mengoyakkan senyumannya dan cuba mendekati Nea.

         "Jangan dekat.  Jangan dekat aku, kau.. Kau siapa hah, kau bukan Is. Is.. Dah lama mati.  Is dah lama mati.. Ak.. Aku .. Aku yang tikam dia..  Aku.. Aku tak sengaja... Aku sayang dia.. Is.. Betul kau Is?  Is.. Kenapa buat Nea begini, mana Is pergi.. Kenapa tinggalkan Nea?"

          Tanpa Nea sedari pelukan pada tubuh Misi Suhaila kian longgar.  Dalam masa yang sama,  Dr Nad juga semakin menghampiri Nea.  Dr Nad nampak genangan airmata Nea ketika mereka bersabung mata.

          Di pandangan Nea Felisya, Dr Nad itu adalah Is.  Is yang dianggap olehnya sebagai kekasih.  Oleh kerana itulah,  Misi Alya semakin tertanya-tanya siapa pula Jeff dan adakah kedua mereka ini benar-benar wujud atau ingatan palsu atau mungkin juga halusinasi?

        "Argh!"

         "Dr Nad?" jerit  kesemua mereka termasuk Misi Suhaila yang berjaya melepaskan dirinya namun Dr Nad pula yang menjadi mangsa Nea.

          Hanya kerana tersilap satu langkah Dr Nad kecundang. 

         "Kau bukan Is tapi kau Jeff..  Hahaha... Kau memang nak mampus..Hahahaha..  Kau dah sakiti aku, kali ini aku ak..." Nea tergamam entah kenapa lehernya terasa ditusuk sesuatu yang tajam.

     Seluruh anggota semakin tidak berdaya dan dikesempatan itu Dr Nad  yang telah terlepas  bersama dengan  Misi Alya terus membalut tubuh Nea dengan pakaian straitjacket. 

Nea sekadar mematungkan dirinya dikala Dr Nad dan Misi Alya mengikat tali-tali pengikat berbentuk tali pinggang itu dengan ikatan memusing.

        Kini tugas Omar Warden pula membawa Nea ke bilik pengasingan lagi satu yang berada dalam kawalan ketat dan untuk melepasi ke sana memerlukan pas bagi menempuh lorong kawat berduri.

        Nea  tidak dibenarkan untuk dilawati oleh para pelawat hanya  doktor, misi juga Warden yang telah di arahkan sahaja  yang dibenarkan  masuk ke dalam.  Mereka juga perlu membawa pas kemasukan.

        Dr Nad menggelengkan kepalanya.  Dia yakin kes terbarunya ini rumit.  Dr Nad terus mendapatkan dua jururawatnya sebelum menyoal tentang keadaan Misi Suhaila.

      "Sebentar.. Terima kasih kerana membantu kami tadi, by the way my name is Dr Nad and you?" soal Dr Nad dengan pantas mendapatkan lelaki berjubah putih seperti dirinya itu.

      Senyuman salam Dr Nad tidak diendahkan oleh doktor tersebut.  Pun begitu, Dr Nad tetap ingin beramah mesra kerana dia masih baru di situ.  Jadi sudah tentu ada lagi doktor perawat pusat itu belum dia kenali lagi.

      "Yang ini Dr Ian, Dr Nad.." Misi Alya pula yang bersuara.  Dr Ian sekadar mengulum senyum sengetnya dan terus meninggalkan Dr Nad.  Terkebil-kebil mata Dr Nad dan mengalihkan renungannya itu ke Misi Alya.

       "Doktor jangan ambil hati dengan Dr Ian tu,  dia memang macam tu.  Actually  dia ok cuma dia tu agak pendiam..." ujar Misi Alya bersama senyuman.

       "Dan misteri.." sahut Misi Suhaila pula sambil dipukul tangannya oleh Misi Alya.  Misi Suhaila tersengih sambil menyapu-yapu lengannya yang pijar kesan kena cubit.

        "Misteri?" soal Dr Nad sekali lagi sambil memandang Misi Alya.

        "Takde apa-apa doktor.. Suhaila memang begini sebab tula kena serang tadi hihi.."  sahut Misi Alya sambil terpekup-pekup mulutnya menahan ledakan tawa. 

         "Kak Alya tak baik tau..."

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status