Share

Peluang Diriku Bahagia [Bahasa Malaysia]
Peluang Diriku Bahagia [Bahasa Malaysia]
Auteur: Nuuna Mohd

Part 1

Tak sanggup Hun Aqeel nak menghadap kakaknya yang sungguh memaksa dia untuk menerima gadis itu bekerja dengannya kerana selama 4 tahun bergelar pelakon, sungguh dia tak perlukan assistant. Dia boleh handle semua kerjanya seorang diri.

"Please lah my baby Hun, ambil lah dia bekerja dengan you. Dia bagus tau. Akak yakin dia boleh bekerjasama dengan you sebaik mungkin"

Ya itulah suara sumbang manusia yang bernama Farah Haziyah. Tak habis habis memaksa.

"Masalahnya akak faham tak? Hun dont need this. Hun selama ni elok je urus diri and kerjaya Hun sendiri. Ya, Hun faham dia tu adik kawan baik akak, kak Dina tu tapi sorry kak. Hun tak rasa Hun perlu ambil dia jadi PA Hun."

"But why? Belum cuba belum tahu Hun. Kesian lah dia. Kalau dia still tak dapat kerja untuk masa 2 3 minggu lagi, dia kata dia nak balik Sabah stay dengan parents dia. Sedihlah kak Dina nanti tinggal sorang sorang kat rumah. Hun tak kesian ke dengan kak Dina?"

siap mimik muka kesian. Ingat Hun kisah!  "Hun takut apa? Takut dia demand gaji ke? Ala setakat bayar untuk satu kepala tak luak la payment Hun dapat untuk 1 episod drama. Tu baru 1 episod. Kalau drama tu ada 30 episod, hah lagi 29 episod Hun makan lah sensorang. Akak sure dia tak demand sangat pasal gaji" sambung Farah tidak mahu kalah.

Hun memandang Farah. Amboi pandai pulak Farah bab bab payment Hun terima kan. Itu P&C okay! Hun merengus. Beria sungguh kakak dia ini semata untuk adik kawan baiknya itu. 

"Cun tak budak Erin tu? Sedap mata Hun memandang tak? Kalau Hun terima dia jd PA Hun, hari hari dia kena follow bontot Hun pergi mana je. Hah sanggup tak dia? Bukan ke lebih baik dia cari kerja dekat pejabat. Senang tunggu duk berteleku je atas meja sendiri sambil uruskan bos dia."

"Masalahnya sekarang ni dia dah hantar resume dia kat beberapa syarikat tapi still takde jawapan. That's why dia dah give up. Dia nak balik Sabah stay sana cari kerja kat sana.."

"Hah dahtu biar jela dia kak. Alah kak Dina dah besar panjang lah. Takde lah dia nak takut stay sorang. Nanti bila adik dia dah blah, pandai lah kak Dina cari housemate baru. The end of this story."

Hun bangun untuk turun ke dapur. Basahkan tekak yang kering ni sebab asyik berkeras melawan kata dengan si kakak nya. Tak habis nak memaksa. Kalau dah A tu tiada corner ke B. Tetapi Farah masih tidak berputus asa. Bangun juga dari duduk nya sambil turut membontoti adiknya ke dapur.

"Stop it kakak! No means no kakak ku sayang. Serious talk bukan pasal payment. Tapi Hun tak bersedia nak ada PA"

"But why...Bukan ke lagi senang kerja Hun kalau ada orang lain yang uruskan you. Uruskan schedule Hun, pakaian shooting Hun. Deal dengan producer, you tinggal angguk atau geleng aje." 

Hun mengeluarkan botol air sejuk dari peti ais lalu menuang air tersebut ke dalam cawan.

"Akak nak? Kita share cawan jela. Tak payah membazir tenaga kena basuh 2 cawan." Hun menunjukkan cawan yang dipegang.

"Don't change our topic Hun"

******

"Babe! Adik aku dah setuju untuk proceed adik kau untuk jadi PA dia. Nanti kau send wasap contact number adik kau" teruja Farah memberitahu perkara tersebut kepada Dina.

"Terbaik kau Farah. Mmg best friend aku! Yahooo, takdelah aku mati kesunyian duduk dekat rumah ni sorang sorang lepasni. Sob sob" Eliza Dina nama diberi. Merangkap kawan baik kepada Farah Haziyah.

"Ye babe. Takdelah telinga aku asyik dengar kau merengek tak tentu hala. Fuh selamat selamat."

"Ha ha thanks babe! Nanti aku belanja kau makan okay. Kau redeem je apa-apa kau nak makan. Yang penting tak over bajet aku please." 

"Ye lah Dina wei. Eh jangan lupa send number phone adik kau. Besok adik aku nak interviu dia. Semoga adik aku lembut hati tengok muka lembut adik kau tu. Haih peliklah aku. Mana turun hah muka cantik adik kau. Asal muka kau kontra gila dengan dia?" Mengekek si Farah dapat membahan kawan baiknya itu.

"Haih kau agak agak lah. Kau nak kata aku ke dia anak angkat mak bapak aku ni? Kau jangan macam-macam. Okay nanti aku send kat wasap. Calo bete babe! Nak rest baru balik kerja ni. Thanks again!"

"Ok babe. Bye!"

Tak sampai seminit handphone Farah Haziyah terima 1 wasap.

- 01234565432

Adikku Erina 

"Semoga kau diterima bekerja Erina. Amiin!"

******

"Kakak! Doakan adik. Adik so nervous ni. Harap harap hati dia lembut terima adik bekerja. Kaklong doakan adik tau!"

"Ya salam kaklong cepat. Dah pergi. Lepastu cakap dengan kak Farah, kaklong tunggu dia dalam kereta je"

"Baik kaklong."

Erina Durah langsung teringat Ibu bapa di kampung haruslah dihulur duit untuk perbelanjaan. Cukuplah mereka tanggung kos pembelajaran dia sehingga umur dia sudah menjangkau 25 tahun. Sudah tiba masanya dia membalas semua itu. Mama papa! Doakan adik! Fighting!

Selesai bersalaman Erina Durah keluar dari kereta tersebut lalu menuju ke meja di dalam kedai makan Eat & Eat tersebut. Hun dan Farah sudah menunggu di situ.

"Assalamualaikum. Maaf buat menunggu."

Dua orang tersebut terus mendongak dari memandang handphone masing masing. "Waalaikumsalam Erina. Eh tak...Kami yang awal. Duduk duduk. Kakak you mana?" Farah menjawab.

"Oh ya kaklong kata dia tunggu dalam kereta aje. Tu kat luar" Sambil jari telunjuk menunjuk ke arah kereta Saga bewarna Merah metallic, kereta si Eliza Dina.

"Okay guys. I gerak dulu. Hun, behave!"

"Ya kakak. Dah lah. Shuh shuh. Erina, sit.."

Hun Aqeel pamit Erina Durah duduk kerusi yang kosong di hadapannya itu. Farah segera pergi meninggalkan berdua dan pergi ke kereta Dina kerana sudah berjanji untuk menemani Dina mencari barang di Watson.

Hun Aqeel berdehem. "So Erina Durah. Bawak resume?"

"Ofcourse... Errr encik Hun?"

"Oh my…please no ber-encik encik dengan I. Just call me Hun. I think tak payah lah nak panjang sangat intro pasal kerja ni. I akan simpan resume you, and yes...I setuju untuk ambil you jadi Personal Assistant I"

Bersinar sinar mata Erina setelah ayat itu terlafaz dari Hun Aqeel. Teruja! "Thank you bos Hun! Panggil Bos lah, okay?" Hun menjeling kepada Erina. "Suka hati you lah Erina. Yang penting no encik encik. I rasa macam formal sangat. I tak biasa."

Erina mengangguk faham. "Baik, saya tak akan panggil encik. Tapi bos pun just call me Erin. Hmmm so confirm lah ya saya akan jadi PA bos?"

"Ya confirm. Tak payah lah I nak bagi details apa yang you perlu buat. You dah tahu sangat kan?"

"Yup bos. About your schedule, saya akan uruskan. Tapi saya tak perlu jadi alarm bos bangun tidur kan?"

"Tak payah. Alarm I kat rumah tu cukup untuk buat I terbangun. Bukan I seorang je yang akan auto bangun, dengan kak Farah sekali bangun. Haih mummy mummy.."

"Oh Aunty Farida. Sihat?"

"You kenal my mum?"

"Ya saya kenal. Pernah berjumpa sekali sekala di rumah saya. Sebab kak Farah slumber bawak Aunty melepak dengan kami sekali dan aunty sangat sporting! Boleh juga buat saya lepas rindu dekat mak saya yang nun jauh di Sabah tu."

Aduh, pilu pulak hati ni bila teringat wajah bersih mama ku. Mama! Nak balik!

Related chapter

Latest chapter

DMCA.com Protection Status