Share

Epilog

‘Bila dua hati dah sebati, tak semudah itu untuk dileraikan.’

Petikan Filem Istanbul Aku Datang itu terngiang-ngiang dan Erina senyum.. Senyum bahagia.

Alhamdulillah sudah menjangkau masuk tahun ke 3 perkahwinannya bersama Hun Aqeel. Ya, masih orang yang sama. Mereka berdua sekarang berada di rumah yang dibeli Hun Aqeel. Sudah duduk asing dari keluarga Hun, mahu hidup berdikari, cadangan itu diterima baik oleh Mommy Farida dan Farah. Mereka berdua itu faham kehendak Erina dan Hun.

“Ayang… sedap tak abang masak lauk tadi?” tanya Hun Aqeel seraya memeluk isterinya itu. Dia baru sahaja selepas solat Isyak. Dan turun untuk bersama-sama isterinya yang sedang cuti solat itu menonton tv.

Erina lantas mengangguk. “Sedap abang! Abang masak mana pernah failed. That’s why I love you so much!” Erina mendongak sedikit wajahnya dan menghadiahkan ciuman padu di pipi kiri suaminya.

Hun Aqeel tersengih seraya tangan kirinya melingkari belakang pinggang Erina.

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status