Share

Part 4

Setelah meminta diri sekejap untuk mengangkat panggilan dari Hun kepada Dina, Erina terus laju ke biliknya lalu mengunci pintu.

“Assalamualaikum Erin..” Kedengaran suara Hun Aqeel memberi salam terlebih dahulu..

“Waalaikumsalam ya Hun. Ada apa call malam-malam ni?”

“Errr Erin busy ke? I ada benda nak tanya ni..”

“Tak, kenapa tu?” Pelik Erina apa yang urgent sangat sampai tak boleh tunggu esok untuk bertanya.

“I nak tanya dari dalam kereta tadi tapi terlupa pula. Apa yang you bualkan dengan Ameer sebelum I masuk dalam bilik menunggu tadi?”

Lah, itu je ke Hun ni nak tanya sampai tak boleh tunggu esok. Aduilah. Erina bermonolog didalam hati.

Sambil garu kepala Erina menjawab.. “Takde apa Hun. Kami just borak kosong aje. Dia terperanjat nampak saya. Iyelah, tak pernah datang set, tu dia mintak suai kenal tadi..”

“Lagi lagi?” Hun bertanya terus. Macam tak puas hati dengan jawapan Erina beri.

“Itu aje Hun. Lepastu awak masuk. Dan awak panggil dia sebab Mr.Eric panggil korang dua kan, terus korang keluar tinggalkan saya.”

“Oh iya ke? Hmm Okay. Takde apa I saja tanya. Dia tu pantang sikit nampak perempuan dahi licin bersih macam you ni. Mulalah ulat bulu naik daun. I kenal lama dah dia.” Hun Aqeel kenal sangat perangai budak Ameer Mazlan tu. Siap tadi masa mereka berdua…Ameer beritahu Hun, dia mahu berkenalan dengan Erina lebih rapat. Cun melecun Erina bak kata Ameer. Rosak terus tulang rusuk kiri dia bila nampak Erina, Heh Ameer Ameer. Propa!

Erina gelak. “Hun, terus terang Erin cakap. Buat masa ni saya tak rasa nak layan lelaki lain. Saya masih setia dengan boyfriend saya..”

Gulp! “Oh! You dah ada boyfriend ke Erin?” Hun berdehem.

“Yalah. Alhamdulillah ada orang yang still nakkan saya.” Selamba Erina.

“Oh. Okaylah. Baguslah you dah ada boyfriend. Tak payah melayan Ameer tu. Err… okay Erin, jumpa esok. Bye Assalamualaikum.”

******

Rambut dirapi dan Headband bercorak polkadot berwarna pink dipakai kemas. Hanya solekan nipis dikenakan macam biasa kerana Erina sudah mempunyai kecantikan semulajadi. Setelah berpuas hati dengan penampilan dia, Erina keluar ke ruangan dapur dan terlihat kakaknya sibuk menyediakan breakfast.

“Good morning kaklong!” sapanya lalu mencium pipi kanan Dina.

“Morning. Makan… Nasi goreng biasa. Harini start shoot pukul berapa?” Eliza Dina saja bertanya. Dia sudah selesai masak dan letak makanan itu di atas meja makan.

“Start pukul 10 nanti. Tapi gerak awal sebab harini shoot jauh sikit. Diorang shoot kat KL. Awal kaklong bangun? Kedai buka pukul 10 pagi kan?” Erina menoleh ke arah jam di dinding menunjukkan tepat pukul 7.00 pagi.

“Iya lah. Adik kata nak gerak pukul 8. Akak bangun lah awal nak sediakan adik akak ni breakfast..”

Erina menghulurkan pinggan yang sudah dia isi nasi kepada Dina lalu menghadiahkan flying kiss. “Sayangggg kaklong!!”

“Dah dah cepat makan. Nanti nak gerak ambil Hun lagi..”

******

“Ishhh kenapa yang susah sangat Farhan ni nak pickup call! Kebas dah tangan aku ni duk call dia. Stress nya!” Erina membebel seorang. Mata menghala kepada Hun Aqeel yang sedang melakonkan babaknya bersama heroin drama terbabit.

Mata melihat ke handphone nya balik. Mahu menghantar wasap kepada Farhan Mikael.

Why susah sangat angkat call ni? Are we alright? Sampai bila Bie nak marah Rin ni? - Erina

Jenuh haih! Erina hanya duduk di bawah payung besar khas yang disediakan untuk berteduh. Erina tumpang sekaki aje.

Harini adegan hero heroin agak banyak, jadi Hun awal-awal sudah inform akan balik lewat malam.

Notifikasi wasap berbunyi terus Erina melihat handphone nya.

Sorry banyak kerja harini. Sorry baby I buat perangai. Harini you balik awal ya? Kita dinner sama? - Farhan

Erina tepuk dahi. Dan-dan dia balik lambat lah si Farhan ajak dinner. Adoi! Macam mana ni…Apa nak cakap dengan Hun ni. Pusing kepala Erina.

Errr..Bie. Harini shoot habis lambat. Rin try cakap dengan Hun untuk lepas Rin awal? Okay? - Erina

Ok - Farhan

“Berkerut je. Ada masalah ke?” Hun tiba-tiba datang dan ditangannya ada botol minuman. Take 5 barangkali.

“Err Hun. Boleh harini saya balik awal sikit? Ada hal lah…” Erina meminta izin. Jenuh rasanya kalau biarkan Farhan merajuk lagi. Umur dah 28 tahun lelaki itu tapi perangai macam adik-adik.

“Boleh je. Tapi you nak balik naik apa? Hmm?”

Fuh! Lega hati Erina. Dapat pelepasan awal.

“Tak apa. Saya suruh orang ambil. Thanks Hun!”

“Alright. Takde masalah. Anything inform I. Okay I gerak sana balik.” Hun terus kembali ke arah set setelah pengarah memberikan isyarat supaya Hun bersedia untuk memulakan penggambaran.

******

“Bie! I miss you so much…” Teruja Erina selepas masuk aje dalam kereta Farhan melepaskan kata rindu. Mata bersinar melihat Farhan sangat kacak dengan sepersalinan suit kerjanya. “So handsome my boy”

“Sorry I terlalu busy lately ni. Sampai nak contact you pun tak sempat, nak jumpa apetah lagi. I miss you more baby.” Luah Farhan tersenyum manis ke arah Erina.

“Tak apa. Jom! Cari masjid berdekatan dulu. Maghrib lepastu cari makan ya. Lapar....” Erina merengek muncung mulutnya.

“Jangan nak muncung sangat baby. Jom!” Farhan terus mulakan pemanduan kereta Bmw x7 hybrid nya itu meninggalkan set penggambaran Hun Aqeel.

Farhan membawa Erina makan di Restoran KakLina, sebuah restoran menghidangkan banyak juga pilihan menu yang ada. Erina dan Farhan hanya memesan nasi ayam.

“So baby, macam mana kerja? Everything okay?” Soal Farhan sambil meletakkan kedua-dua siku di atas meja.

“Alhamdulillah semua okay Bie. Rin selesa. Awak doakan urusan saya dipermudahkan ok Bie..” ujar Erina.

Farhan sudah fikir sebaik-baiknya. Biarlah dia percaya Erina. Dia perlu matang dalam soal ini. “You jangan buat hal belakang I ya baby. Setia dengan I okay.”

“Yelah Bie. Jangan risau ok!” Erina meyakinkan Farhan. Dia memang seorang yang setia. Sudah 5 tahun mereka menjalinkan hubungan cinta. Tapi masing-masing tidak pernah bahaskan soal kahwin. Mungkin belum bersedia. Atau sebenarnya Erina menunggu perkara itu keluar dari mulut Farhan dulu sendiri.

“Oh by the way, pasal Sabtu ni, maaf baby. I rasa tak dapatlah keluar dengan you. I kena pergi PD dengan family I, jemput my sister. Dia dah start cuti sem. Then, kitorang bercadang nak melawat pakcik I sekali, tidur sana sampai besoknya.” Panjang lebar Farhan beritahu Erina. Erina mengangguk faham.

“Okay takpe. Bolehlah Rin tidur seharian. Rehat.” Tersengih Erina dan diam apabila pelayan datang meletakkan hidangan yang mereka order di atas meja.

“Yey, jom makan..” Erina seakan budak darjah 5 bila nampak makanan.

“Happy tummy, happy girl. Haha”

******

Malam itu, Hun Aqeel melihat Aunty Farida dan Farah Haziyah menonton tv apabila dia balik dari set.

“Anak mommy, penat ke? Mommy suruh kak Sha panaskan lauk ya.” Aunty Farida mahu bangun pergi ke arah dapur tetapi tangan Hun menghalang mendudukkan Aunty Farida balik.

“Tak payah mum. Tadi dah makan dekat set. Ada kru belanja. Lagipun dah pukul 10. Kesian kak Sha mesti dah masuk tidur..” kak Sha adalah bibik didalam rumah mereka. Hun duduk sebelah Farah yang sedang mengunyah kudap kudap sambil tangan kirinya memegang handphone. “Sikit…” Hun merampas dari tangan Farah makanan ringan itu.

“Amboi! Bukan main ya scene peluk peluk drama Hun dengan Aisyah ni. ” Farah menegur adiknya setelah lihat IG story milik heroin drama yang Hun lakonkan itu. Video itu adalah iklan pendek untuk episod akan datang, sedang menunjukkan scene Hun memujuk Aisyah ketika di dalam hospital, mereka baru sahaja kehilangan anak mereka. Hmmmm drama sangat! Drama tersebut sedang ditayangkan di kaca tv.

“Camera trick aje. Depan-depan takdelah peluk beria pun.” Hun berkata selamba.

“Jangan over sangat peluk anak dara orang Hun. Tak kisahlah berlakon ke apa, jaga batas sikit.” Aunty Farida menasihatkan satu-satunya anak lelaki dia itu.

“Ye mum, Hun tahu. Kadang feel berlakon tu yang over sampai. Salahkan dia mum..”

“Banyaklah you! Huh neraka kirim salam.” Farah menggelegak je dengar jawapan dari mulut Hun Aqeel tu.

“Nanti dah ada wife Hun slow down la berlakon mum, kak Farah..” Hun menjeling Farah. Farah menjelir lidah. “Bagi balik keropok I !” Farah merampas kembali makanan ringan itu dari Hun.

“Dah ada calon ke? Why tak bawak jumpa mommy?” Aunty Farida kelihatan teruja kerana selepas Hun dikecewakan oleh bekas teman wanitanya lebih 3 tahun dahulu, Hun lebih banyak tumpu kepada kerjaya dia sahaja. Tak pernah Hun bahaskan tentang isi hatinya.

“Eh belum lah mommy! Itukan contoh… Ok lah mum..kak Farah… Hun naik atas dulu. Mandi solat and rehat. Night, love you both!” Berdesup Hun naik ke tingkat atas untuk mengelak dari menjawab soalan yang tidak-tidak dari Aunty Farida. Dia hanya pasrah tentang jodohnya. Harap turun daripada langit. Malas mahu beria mencari dah. Takut dikecewakan… sekali lagi.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status