Share

Part 7

Kereta yang dipandu Farhan selamat tiba di rumah banglo corner lot 3 tingkat milik keluarganya tepat jam 10.00 malam. Masing-masing keluar kereta lalu meregang badan kerana duduk di dalam kereta terlalu lama. Farhan yang memandu lagilah terasa sengal seluruh badan. Selepas bersalaman dengan semua, Arisa, kakak Farhan terus memandu keluar untuk balik ke rumahnya sendiri kerana esok hari Isnin, dia harus keluar bekerja.

“Masuk Fatin. Buat je macam rumah sendiri. Jangan segan segan.” Ibu Farhan, Datin Rossa buka pintu utama rumah itu dan mempelawa Fatin sebagai tetamu rumah ini.

“Ya, buat je macam rumah sendiri. Uncle dah anggap kamu macam anak sendiri jugak. Beg biar Farhan tolong angkatkan. Uncle dan Aunty naik dulu ya. Esok uncle kerja ni. ” Datuk Salman bersuara mengajak isterinya naik ke kamar.

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status