Peluang Diriku Bahagia [Bahasa Malaysia]

Peluang Diriku Bahagia [Bahasa Malaysia]

By:  Nuuna Mohd  Ongoing
Language: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
1 rating
33Chapters
3.0Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

Hun Aqeel — Dikelilingi ahli keluarga yang sangat menyokong kerjayanya sudah memadai baginya. Apabila ditikam kawan baik sendiri yang sanggup bermain cinta dengan kekasih hatinya…punah segala benda untuk percaya orang lain selain ahli keluarga tercinta. Erina Durah — Masuk dalam kehidupan seorang artis yang sedang meningkat naik dengan kejayaan lakonan beliau, dia tumpang bahagia walau dia hanya seorang PA kepada Hun Aqeel. “I bagi you kepercayaan untuk handle segala akaun media sosial I. Jangan buat loklak pulak.” - Hun Aqeel. “Haha relax lah boss. Ya baik saya tak buat onar. Saya jaga penuh tatatertib bos punya Instagram Facebook dan segala benda lah. Tu termasuk hati bos tu.” - Erina Durah. “Aip! Hati hati jangan buat main. Karang jatuh hati kat I padan muka you. I malas layan..” - Hun Aqeel. Dan bila kata kata Hun Aqeel itu terkena batang hidung sendiri… “Be my girl, Erina Durah? I think I dah jatuh hati kat you.” - Hun Aqeel. Dugaan datang tatkala kebahagiaan menyembah mereka berdua. “Please, I want you back! Lupakan Erina. Dia takkan dapat bahagiakan you macam mana kita dulu sayang.” Segala kenangan lampau dia bersama Christina menjelma di fikiran Hun Aqeel. Berbelah bahagi rasa hati. Adakah dia tamak? Erina Durah pun dia mahu! “Lelaki semua sama! Ingat hati aku ni apa. Syok hora horei bila dipermainkan. Benci!!” Hati yang terluka baru saja dirawat. Tapi sudah dikecewakan balik. Tetapi, semudah itukah Erina Durah mahu melepaskan Hun Aqeel kepada Christina? Tidak! Dia akan membuka mata Hun bahawa kenangan Hun bersama Christina sudah lama terkubur. Dia yakin Hun Aqeel adalah takdirnya.

View More
Peluang Diriku Bahagia [Bahasa Malaysia] Novels Online Free PDF Download

Latest chapter

Interesting books of the same period

Comments
user avatar
Arena Yidin
Nanti akk sambung baca lagi. Nice......
2021-08-27 08:58:18
1
33 Chapters
Part 1
Tak sanggup Hun Aqeel nak menghadap kakaknya yang sungguh memaksa dia untuk menerima gadis itu bekerja dengannya kerana selama 4 tahun bergelar pelakon, sungguh dia tak perlukan assistant. Dia boleh handle semua kerjanya seorang diri. "Please lah my baby Hun, ambil lah dia bekerja dengan you. Dia bagus tau. Akak yakin dia boleh bekerjasama dengan you sebaik mungkin" Ya itulah suara sumbang manusia yang bernama Farah Haziyah. Tak habis habis memaksa. "Masalahnya akak faham tak? Hun dont need this. Hun selama ni elok je urus diri and kerjaya Hun sendiri. Ya, Hun faham dia tu adik kawan baik akak, kak Dina tu tapi sorry kak. Hun tak rasa Hun perlu ambil dia jadi PA Hun." "But why? Belum cuba belum tahu Hun. Kesian lah dia. Kalau dia still tak dapat kerja untuk masa 2 3 minggu lagi, dia kata dia nak balik Sabah stay dengan parents dia. Sedihlah kak Dina nanti tinggal sorang sorang kat rumah. Hun tak kesian ke dengan kak Dina?"siap mimik muka kesian. I
Read more
Part 2
"Kaklong, adik gerak dulu. Kaklong nanti keluar tutup pagar tau! Pape wasap.." Terpekik Erina didepan pintu rumah sambil memakai sneakers nya.  "Ye ye. Hati hati drive dik! Goodluck for your first day." Selesai bersalaman, Erina meluru masuk ke dalam kereta untuk pergi menjemput Hun Aqeel dirumahnya kerana hari ini Hun start shooting awal pagi juga. "Fuh ada lagi dua jam. Sempat!"Selesai membaca doa perjalanan, Erina mula memandu. Rumah keluarga Hun dari rumah Erin tidaklah jauh mana. Hanya mengambil masa 20 minit.  Apabila sampai didepan rumah Hun, Erina terus membuat panggilan kepada Hun mengatakan keberadaan dia."Hello bos. Saya sudah sampai depan rumah rumah bos. Bos dah siap kan?"  "Kejap saya keluar.." Hun terus keluar rumah mendapatkan Erina. Hun mengetuk cermin kereta Erina. "Erina come join breakfast. Mum tunggu kat dalam. Sempat lagi. Tempat shooting kita tak jauh." "Eh tak apa lah bos. Saya
Read more
Part 3
Farhan call Erina seperti yang dijanjikannya. "Bie! Lepas 3 jam baru awal call Rin? Like seriously? Busy betul.. Hmm" Tanpa mukadimah Erina terus menyembur Farhan. "Sorry baby. Dah sampai tadi terus busy briefing staff and meeting pulak dengan bos. Now dah tak busy sangat tu I dapat call you." Farhan memujuk. "Busy sangat lah Encik Farhan Mikael kita ni sekarang. Tahu tak Rin rindu awak sangat. Lama tak jumpa.." Rajuk Erina. "Faham I please baby. Dulu masa you busy study I okay aje faham you. Now your turn lah pula untuk faham I. Sudah... tukar topik." Dari dalam kereta lagi Farhan tak sabar nak tahu cerita dari Erina tentang kerja yang gadis itu sebut di dalam perbualan wasap mereka berdua pagi tadi. "You kerja apa baby?" Farhan bertanya. "Rin dapat jadi PA Hun Aqeel, Bie.. Sorry Rin taknak cerita thru wasap sebab tu petang semalam Rin suruh awal call Rin tapi awak tak layan pun, bluetick aje.." Erina mengeluh. "Hun Aqeel?
Read more
Part 4
Setelah meminta diri sekejap untuk mengangkat panggilan dari Hun kepada Dina, Erina terus laju ke biliknya lalu mengunci pintu.   “Assalamualaikum Erin..” Kedengaran suara Hun Aqeel memberi salam terlebih dahulu..   “Waalaikumsalam ya Hun. Ada apa call malam-malam ni?”   “Errr Erin busy ke? I ada benda nak tanya ni..”   “Tak, kenapa tu?” Pelik Erina apa yang urgent sangat sampai tak boleh tunggu esok untuk bertanya.   “I nak tanya dari dalam kereta tadi tapi terlupa pula. Apa yang you bualkan dengan Ameer sebelum I masuk dalam bilik menunggu tadi?”   Lah, itu
Read more
Part 5
Farhan dengan gaya kedua pergelangan tangannya berada dalam kocek seluar kiri dan kanan menikmati suasana angin sepoi-sepoi, sungguh indah menatap keindahan pantai yang terbentang di depan matanya. Selepas mengambil adiknya, mereka sekeluarga terus datang ke Pantai Teluk yang berhampiran Kolej adiknya untuk menghiburkan hati dengan melihat alam semulajadi di sini sebelum bergerak ke rumah pakciknya yang terletak di kawasan perkampungan tidak jauh dari pantai ini.   “Abang tak bawak kak Erina?” Kedengaran adiknya, Adila menegur. Farhan memandang sekilas Adila sambil menggeleng kecil. “Dia tak boleh nak ikut. Besok kerja. Lagipun, semua ada kan. Ibu, Ayah, kakak. Mana muat kereta. Ini pun nasib baik naik Alphard ayah, muatlah ramai sikit manusia boleh sumbat. Kau pun bukan nak inform kawan kau join balik rumah.” Panjang lebar Hun berkata sambil mata terarah kepada kawan Adila yang sedang du
Read more
Part 6
"Sorry sangat Erin. Last minute lah baru cancel shoot. Heroin MC." Hun Aqeel kesal kerana baru tengok handphone nya. "Ya salah saya juga. Baru perasan. Mr.Eric dah info saya jugak. Kesian awak dah siap-siap bangun awal, Hun.." Erina letak kembali handphone di dalam beg nya. "Kenapa Hun..Erina? Ada masalah ke?" Aunty Farida menyampuk. Dia keluar rumah kerana mahu mengambil barang di dalam keretanya dan terserempak dengan mereka berdua. "Shooting cancel mum. Kesian Erina dah sampai sini.." Hun mengeluh. "Oh yeke? Ala takpelah. Jom Erina masuk. Kita baking cake harini. Lepak rumah aunty aje lah harini. Ke Erina ada hal lain?" pelawa Aunty Farida. Memand
Read more
Part 7
Kereta yang dipandu Farhan selamat tiba di rumah banglo corner lot 3 tingkat milik keluarganya tepat jam 10.00 malam. Masing-masing keluar kereta lalu meregang badan kerana duduk di dalam kereta terlalu lama. Farhan yang memandu lagilah terasa sengal seluruh badan. Selepas bersalaman dengan semua, Arisa, kakak Farhan terus memandu keluar untuk balik ke rumahnya sendiri kerana esok hari Isnin, dia harus keluar bekerja.   “Masuk Fatin. Buat je macam rumah sendiri. Jangan segan segan.” Ibu Farhan, Datin Rossa buka pintu utama rumah itu dan mempelawa Fatin sebagai tetamu rumah ini.   “Ya, buat je macam rumah sendiri. Uncle dah anggap kamu macam anak sendiri jugak. Beg biar Farhan tolong angkatkan. Uncle dan Aunty naik dulu ya. Esok uncle kerja ni. ” Datuk Salman bersuara mengajak isterinya naik ke kamar.
Read more
Part 8
Farhan menarik kasar brek tangan keretanya. “Tak guna Erina. Kerja sama tak sampai seminggu dah pandai nak backing mamat tu. Sial!” Farhan berkata kasar dan memukul stering keretanya. Lalu dia keluar kereta untuk masuk ke dalam rumah keluarganya. Buka je pintu, terjengul Fatin dari arah dalam. “Eh, nak pergi mana?” Farhan bertanya.   “Tadi ambil handphone Fatin tertinggal. Nak pergi rumah sebelah ni, Adila and Aunty kat sana. Melepak.”   “Taknak lepak dengan abang?” Farhan tersengih.   “Hmm taknaklah. Fatin keluar dulu abang.” Farhan segera menahan tangan Fatin. “Hey, whats wrong? Semalam elok je?” Fatin memandang terus ke Farhan.   “Abang ada gir
Read more
Part 9
Erina mengeluh melihat balasan Wasap dari Farhan. Nak taknak aje reply! Hubungan mereka masih lagi dingin dari kes terserempak dengan Hun Aqeel di shopping mall tu. Dah lebih 2 minggu. Jenuh nak memujuk baby tua ni! Tapi hati dah rindu nak menatap muka kacak encik boyfriend, hailah nasib badan.   Kadang-kadang ada juga tertanya di fikirannya, Farhan serius ke tidak di dalam hubungan cinta mereka. Tidak rasa ingin melangkah ke langkah seterusnya ke? Dia pun ingin merasa hidup berdua sebagai sepasang suami isteri, lebih bagus kerana sudah halal, tapi takkan dia yang nak mulakan bicara soal itu, dia masih segan!   Mengeluh lagi.   Jumpa jom? Bie tak rindu Rin ke? - Erina   Busy - Farhan
Read more
Part 10
“It’s a wrap!” kedengaran kuat suara suara pasukan produksi dan pelakon berkata ayat itu, bermaksud selama 4 bulan mereka berpenat lelah untuk menghabiskan penggambaran drama 45 episod yang diarah oleh Mr.Eric itu akhirnya telah tamat.   Muka masing-masing ceria. Erina merakam situasi itu untuk Hun. Nanti dia akan hantar melalui wasap. Hun selepas ini akan bercuti selama dua bulan. Berehat sebentar dari dunia seni dia.   Erina mesti akan rindukan Hun. Dia pun diberi cuti oleh Hun. Tapi Erina masih bertegas mahu mengikuti Hun dalam apa-apa benda yang Hun mahu lakukan. Contohnya, Hun mahu pergi ke butik, dia akan pergi ke sana juga. Mahu menolong apa yang patut dan Hun bersetuju.   Tersenyum Erina melihat Hun Aqeel sakan bergambar dengan pelakon-pelakon dan
Read more
DMCA.com Protection Status