Share

Part 2

"Kaklong, adik gerak dulu. Kaklong nanti keluar tutup pagar tau! Pape wasap.."

Terpekik Erina didepan pintu rumah sambil memakai sneakers nya. 

"Ye ye. Hati hati drive dik! Goodluck for your first day."

Selesai bersalaman, Erina meluru masuk ke dalam kereta untuk pergi menjemput Hun Aqeel dirumahnya kerana hari ini Hun start shooting awal pagi juga.

"Fuh ada lagi dua jam. Sempat!"

Selesai membaca doa perjalanan, Erina mula memandu. Rumah keluarga Hun dari rumah Erin tidaklah jauh mana. Hanya mengambil masa 20 minit. 

Apabila sampai didepan rumah Hun, Erina terus membuat panggilan kepada Hun mengatakan keberadaan dia.

"Hello bos. Saya sudah sampai depan rumah rumah bos. Bos dah siap kan?" 

"Kejap saya keluar.." Hun terus keluar rumah mendapatkan Erina. Hun mengetuk cermin kereta Erina.

"Erina come join breakfast. Mum tunggu kat dalam. Sempat lagi. Tempat shooting kita tak jauh."

"Eh tak apa lah bos. Saya dah breakfast tadi. Saya ada bawa lebih untuk bos jugak. Tapi bos jamah dulu breakfast yang Aunty buat. Saya bawak sandwich aje.." Erina menolak sopan ajakan Hun Aqeel. 

"Sure. Tunggu sekejap.." Hun terus masuk kedalam rumah balik.

Setelah 10 minit menunggu di dalam kereta, lagi sekali cermin kereta ni diketuk Hun. "Okay Erina come kita gerak naik kereta I...Ambil your things."

"Takpe ke park sini je bos?" Erina menunjukkan kereta dia.

"Ini rumah saya Erina oi. Takde sape nak marah pun. Bukan awak halang laluan orang lain." Hun berkata sambil pergi start enjin keretanya. Erina turut keluar dari keretanya setelah merapatkan cermin keretanya lalu keluar untuk pindah ke kereta Hun sambil memerhati sekeliling rumah Hun. Besar dan ruang parkir sungguh luas. Indahnya mahligai Aunty Farida. 

"Oh ya mum kirim salam. Dia nak keluar jumpa you tadi, tapi tiba-tiba sakit perut pula. So dia kirimkan salam aje." Hun berkata selepas Erina duduk bahagian penumpang didalam keretanya. Erina baru tersedar...

"Eh bos, biar saya drive lah?" 

"Tak apalah...Setakat drive. Takde masalah bagi I. Jom gerak."

"So Erina, dah ready untuk hari ini? Jangan menggigil lutut ya.." Hun mengusik Erina untuk hilangkan rasa canggung. Tapi jujur dia selesa bersama gadis itu padahal baru semalam mereka berjumpa.

"Sudah bos. Saya dah ready untuk kerja ini."

Perjumpaan semalam antara Erin dan Hun berlangsung dengan amannya. Mereka dapat menyesuaikan diri. Lega Farah dan Dina apabila melihat adik-adik mereka rancak berborak setelah mereka balik dari membeli barang dari Watson.

"Harini I taktahu habis shoot pukul berapa. You tunggu dengan penuh kesabaran tau." Hun memberi peringatan. 

"Eh mestilah saya tunggu bos. Tidak saya nak balik naik apa?" Gelak kecil Hun dengar Erina menjawab.

"Oh bukan sebab you PA I, sebab itu you kena tunggu I?" Hun mengusik kembali.

"Ha ha bos ni. Mestilah sebab tu jugak. Oh ya bos, semalam saya stalk bos punya IG. Aduhai helok sangat lah semua gambar bos..." Tak sempat Erina menghabiskan ayatnya, Hun sudah menyampuk.

"Habis depan depan ni tak helok ke Erin?" Hun ketawa kecil. 

"Hishhh depan depan lagilah elok bos. Dan saya nak puji suara bos jugak. Merdu sungguh. Lena tidur saya semalam lepas dengar cover bos kat IG tu.." 

"Amboi Rin. Puji I melambung ni sampai dah naik kembang dah I. I takde cash ni nak bagi you.." Ketawa seronok mereka berdua di dalam kereta berbual sambil menyusuri jalan raya. Hun menyambung.

"I bagi you kepercayaan untuk handle segala akaun sosial media I. Jangan buat loklak pulak."

Erina mengganguk faham. "Selama ni dapat stalk aje. Sekarang siap dapat pecah masuk. I'm so excited bossku!"

"Jangan buat pasal cik Erina. Eish tak tenteram lah aku macam ni..."

"Haha relax lah boss. Ya baik saya tak buat onar. Saya jaga penuh tatatertib bos punya Insta Facebok dan segala benda lah. Tu termasuk hati bos tu." Muncung muncung mulut Erina menunjuk ke arah dada kiri Hun. Dan bergelak lepas. Sungguh selesa dapat bekerja dengan Hun Aqeel.

"Aip! hati hati jangan buat main. Karang jatuh hati kat I padan muka you. I malas layan.." Hun mengenyit sebelah mata kepada Erina menyambut usikan Erina itu. Pandai budak kecik ni main hati dia. Tergelak Hun. 

******

Perjalanan tak sampai 30 minit dan akhirnya Hun Dan Erina selamat sampai ke destinasi mereka.

"Tengok, tak ramai kru lagi.. Diorang ni tak pernah on time.." Hun komplen.

"Eh bukan ke kita yang awal sangat bos. Ada lagi 40 minit lagi ni before start." 

Mata Erina melilau melihat beberapa kru sedang set up tempat shooting. Hun memandang jam di dashboard kereta nya lalu baru sedar mereka yang terlebih awal.

"Rumah siapa ni bos?" Erina bertanya..

Hun Aqeel langsung menjungkit bahu. "Orang yang pengarah kenal kut. Dia tunjuk muka pon masa first day shooting aje. Sempatlah borak sekejap dengan tuan rumah. Kita ada lagi beberapa bulan je ni. Almost 3 bulan dah kami kami ni shooting untuk drama ni. Huarghh tak sabar rasanya nak wrap! Lepastu I akan berehat dalam 2 bulan tau Erin.." Hun Aqeel pun kelihatan leka fokus memandang kru yang sedang membuat kerja.

Erina terpana. Memandang terus ke arah Hun Aqeel. "Serious bos 2 bulan? Alamak saya baru start kerja ni.." Erina berfikir adakah cuti nanti gaji dia akan dibayar.

"No worries Erin. I tak kejam. I akan still bayar gaji you sebab cuti ni atas I kan. Bukan masalah kepada you. Please jangan buat muka risau sangat. Risau I tengok.." Hun memandang Erina. "And please I rasa awkward lah you guna perkataan bos tu. Just call me Hun lah. Ya Erin?"

"Baiklah kalau itu yang bos nak.. Eh Hun. Semoga Hun selesa. Ops lupa, nah bekal saya bawa untuk Hun tadi."

Erina menghulur bekas makanan kepada Hun. Dari tadi dia mahu bagi sebenarnya tetapi memandangkan mahu Hun fokus memandu, bila sudah sampai baru dia bagi kepada Hun.

Hun mengambil sandwich tersebut dan menyumbat dalam mulut.

"Wow sedap! You buat ke kak Dina buat?" Hun memuji. 

"Hehe kak Dina yang buat bos." Meleret Erina tersenyum. Kantoi pulak! Takkan nak menipu. 

Hun tergelak. Dah agak... 

"Thanks for the Sandwich Erina. And kak Dina too."  Hun senyum senget.

"Jom keluar diorang dah start ramai berkumpul tu. You tunggu dalam ruang menunggu kat dalam rumah. Takkan lah you nak duduk dalam kereta aje" Erina mengangguk setuju kata kata Hun. Bolehlah dia cuci mata tengok pelakon lain juga. 

*********

Dan seperti yang Hun Aqeel agak. Semua kru agak pelik melihat dia kerana selama 3 bulan mereka shooting Hun selalu datang solo. Selesai perkenalkan Erina kepada mereka semua, Hun menunjukkan kepada Erina bilik ruang menunggu untuk kru dan beberapa pelakon berehat sementara tunggu scene dan menyuruh Erina tunggu didalam bilik itu sahaja kerana dia mahu berbincang beberapa perkara dengan kru diluar sebentar. Sudah maklum pelakon lain selalu akan melepak di ruang menunggu lagi satu jadi Erina tidak perlu berasa janggal. 

Sementara menunggu Hun, Erina membuka aplikasi Wasap. Untuk menghantar pesanan ke buah hati, Farhan Mikael. Rindunya dia kepada Farhan kerana sudah seminggu tidak berjumpa. Farhan agak busy menguruskan kerja nya. Executive di salah satu Syarikat kereta mewah. 

Hi Bie! I miss you so much... Rin dah start kerja ni. - Erina.

Dan tidak lupa sekeping selfie untuk Farhan. Tidak lama Farhan membalas.

Kerja what baby? Tak inform I pun! - Farhan

Habis semalam awak bluetick je Rin. Rin nak call takut disturb awak. Now boleh call me? - Erina

Sorry baby I'm super busy lately ni. I tengah drive ni. Later I call Rin. - Farhan

Eh drive jangan lah main phone! Okay bye Bie. - Erina

"Eh hi. Siapa awak?" Terdongak kepala Erina memandang susuk tubuh yang menegurnya. Oh mestilah dia kenal muka itu. Pelakon yang sama naik juga seperti Hun. Ameer Mazlan adalah hero kedua untuk drama yang Hun tengah shooting ini.

"Saya PA Hun Aqeel, Erina. Nice to meet you Ameer.."

"Glad to know you Erina. Mana Hun tak nampak pun dia kat depan?" 

"Oh I tak sure lah sebab dia kata ada benda nak discuss dengan kru kat depan."

"Okay lah I check balik. Sorry if buat you tak selesa. Kitorang selalu lepak dekat bilik lagi satu. Ni I masuk untuk amik beg I semalam letak sini." Ameer berlalu ke beg yang dia letak bersebelahan tingkap itu.

"It's okay, Hun ada inform korang selalu lepak situ."

"Bye Erina. Nanti kita lepak sama-sama ya. Pelik tapi benar ni selama I kenal Hun tak pernah dia bawak orang lain. Perempuan pulak tu. Betul ke you PA dia? Ke girlfriend huh?" Ameer ketawa. Betul, selama dia kenal Hun, Hun tak pernah ternampak bersama perempuan walaupun ada juga pelakon perempuan lain seperti mahu lebih rapat dengan dia kerana rupa paras Hun sangat kacak dan berkarisma tetapi Hun macam itu juga. Lebih senang berborak kosong. Untuk join melepak dengan mereka diluar, jangan harap Hun nak ikut. Dalam grup wasap pun, Hun lebih banyak jadi 'cctv' aje. Tetapi berlakon memang A+ dan Hun seorang yang sangat bersih dari gosip murahan.

"Eh tak. Serious saya hanya PA dia sahaja. Semalam baru kami deal. Ini pun kalau awak nak tahu, sebab kakak kami berkawan rapat. Jadi mungkin sebab itu kut dia percaya untuk ambil saya jadi PA dia.." ujar Erina.

"Oh I see..." Tak sempat Ameer menghabiskan ayat kedengaran Hun menyampuk.

"Meer..."

"Wow panjang umur bos you Erina."

Erina dan Ameer menoleh ke arah Hun.

Related chapter

Latest chapter

DMCA.com Protection Status