Share

Part 5

Farhan dengan gaya kedua pergelangan tangannya berada dalam kocek seluar kiri dan kanan menikmati suasana angin sepoi-sepoi, sungguh indah menatap keindahan pantai yang terbentang di depan matanya. Selepas mengambil adiknya, mereka sekeluarga terus datang ke Pantai Teluk yang berhampiran Kolej adiknya untuk menghiburkan hati dengan melihat alam semulajadi di sini sebelum bergerak ke rumah pakciknya yang terletak di kawasan perkampungan tidak jauh dari pantai ini.

“Abang tak bawak kak Erina?” Kedengaran adiknya, Adila menegur. Farhan memandang sekilas Adila sambil menggeleng kecil. “Dia tak boleh nak ikut. Besok kerja. Lagipun, semua ada kan. Ibu, Ayah, kakak. Mana muat kereta. Ini pun nasib baik naik Alphard ayah, muatlah ramai sikit manusia boleh sumbat. Kau pun bukan nak inform kawan kau join balik rumah.” Panjang lebar Hun berkata sambil mata terarah kepada kawan Adila yang sedang duduk bersama keluarganya yang lain di atas tikar tidak jauh dari Farhan dan Adila yang sedang berdiri berdekatan gigi air.

“Last minute plan. Dia sebatang kara lah abang kat dunia ni. So nak biar dia sorang kat rumah sewa macam kesian pula. Tu tanya ibu dulu semalam bagi tumpang duduk rumah kita sementara cuti sem ni. Tak expect pulak ibu tak cerita kat korang. Hah ibu lah yang salah.” Adila berceloteh sambil tergelak. “Nama dia Fatin bang…”

“Ye tahu tadi kau dah kenalkan dah. Dah kau pergilah teman kawan kau tu. Abang nak call kak Erina ni.” Farhan menghalau adiknya dan mengeluarkan handphone nya dari kocek seluar. Adila tak banyak cakap terus meluru ke arah keluarganya yang lain.

Farhan terus mendail no Erina dan beberapa saat Erina sudah menjawab panggilan itu.

“Baby, I dah sampai PD, tapi lepak Pantai dulu baru gerak rumah pakcik I..”

“Oh yeke. Baguslah. Lega saya dengar. So have fun bercuti with your family. Dah kirimkan salam Rin kat diorang?”

“Dah baby. Diorang kirim salam balik.”

“Waalaikumsalam… Bie, saya keluar jumpa Erni ya petang ni. Rindu dah kat dia.”

“Okay baby. Just take care okay. Jangan nakal.” Farhan berpesan.

Dan mereka berbual seketika untuk melepaskan rindu.

*****

Mereka berdua berpelukan girang. Kecoh seketika macam dah 20 tahun tak jumpa.

“Wei! Lamanya tak jumpa, dah 3 bulan tau after habis study kita. Selalu wasap aje.” Erni kawan baik kepada Erina. Setelah melepaskan pelukan mereka berdua berjalan ke dalam pusat membeli belah itu menuju ke kedai menjual pakaian.

“Kan… eee rindu! Tak, asal kau macam bertukar kulit je ni? Melepak!” Erina mencuit pinggang Erin.

“Kau jangan nak sembang eh Nana. Smash kau nanti. Aku duduk rumah jela. Tak bersedia lagi nak cari kerja. Penat otak habis study tak hilang lagi weh…” Kata Erni dengan selamba.

“Anak orang kaya bolehlah. Kau tak payah kerja pun takpe Nini. Duit berkepuk dalam bank account bapak kau transfer tiap bulan. Apedehal. Adoi!” Erina terus ketawa selepas tangannnya kena cubit dengan Erni.

Oleh kerana nama mereka seakan sama, mereka memutuskan mahu memberi nama samaran dengan mengikut nama belakang masing masing.

Mereka jadi kawan baik semasa berjumpa di Universiti, 3 tahun lepas. Ketika itu mereka berdua masih baru dan ketika berkenalan di cafe, mereka teruja seakan takdir berjumpa kerana sama-sama ambil course Sains Kesetiausahaan.

“Hah oleh kerana duit aku berkepuk sangat dalam bank account macam kau cakap tadi, jom aku belanja baju apa kau nak. Ambil je. I pay!” Erni berkata sambil membelek baju didalam kedai tersebut.

“Okay baik. Aku bagi kau bankrupt harini…” Erni tersengih dengar kata Erina itu. Dia tak kisah untuk BFF nya itu.

******

“Thank you Hun belanja kitorang makan. Murah rezeki!” Kata Dina sambil mengusap perutnya.

“Eee tak senonoh lah kau ni. Cover lah sikit perangai depan adik aku…” Farah memukul lengan Dina.

Dina bekerja di butik pakaian berjenama Farah, Aunty Farida dan juga Hun. Mereka berempat bekerjasama membangunkan butik ini sekarang. Sejak butik ini dibuka 10 tahun lepas, Dina lah pekerja pertama yang bekerja disini. Segala jatuh bangun Aunty Farida selepas kematian suaminya, ayah kepada Farah dan Hun, Dina lah sentiasa ada memberi sokongan. Ketika itu, Farah dan Hun masih menuntut pelajaran di luar negara.

“Apahal aku nak kena cover pulak. Bukan pakwe aku pun.” Selamba Dina membahaskan perkara itu. Hun sudah tersengih melihat mereka berdua.

“Most welcome kak Dina. Takdehal. Hmm Erin kat rumah sorang ke kak Dina?”

“Tak. Dia keluar dengan bestfriend dia. Aik takkan dah rindu pulak?” Membuntang mata Hun Aqeel dengar soalan dari mulut Dina. Farah dan Dina dah gelak tengok reaksi Hun.

“Ish takdelah rindu. Saja je tanya pasal dia. Akak ni kan..”

“Kak gurau jela Hun.” Dina masih tak habis gelak menyakat Hun.

“Alah, kalau rindu pun apa salahnya. Kan kan Dina. Aku tak kisah jadi ipar adik kau…” Selamba Farah.

Terangguk kepala Dina mengiyakan kata Farah. Hun terus membaling bantal kecik di atas ribanya kepada Farah. Cakap lepas sungguh.

“Dia dah ada boyfriend, sista sista sekalian.” Hun tergeleng-geleng.

*****

Malam itu, Farhan duduk melepak atas pangkin di depan rumah pakciknya mengambil angin malam. Fatin segera menegur Farhan yang kelihatan berseorangan itu.

“Abang Han, ni air milo ais Aunty suruh bagi. Katanya abang tak suka minum air panas.” Sambil menghulur cawan kaca letak disisi Farhan. “Thanks Fatin. Adila mana?”

“Dila kat dalam bilik. Period pain katanya..”

“Oh pulak… kesian dia. Duduklah Fatin. Come join me.”

Fatin segera mengambil tempat duduk di hadapan Farhan. Handsome nya abang Adila ni. Sempat dia menilik Farhan.

“Kau sebaya Adila ke?” Soal Farhan.

“Haah abang. 20 tahun. Hmm abang ok ke Fatin duduk menumpang rumah keluarga abang cuti 2 bulan ni?”

“Aku duduk rumah sewa. Bukan stay dengan family. Kak Arisa pun sama. Dia dah kahwin. Ni dia join sebab husband dia outstation. Bapak aku dia ada bini lain jugak. So bila sampai turn mak tiri aku, rumah tu ada Adila dengan Aunty jela.” Panjang lebar Farhan bercakap.

Fatin mengangguk kepala nya. Dia tahu serba sedikit tentang ibu bapa Adila kerana Adila ada menceritakan kepadanya.

“Abang selalu ke lepak rumah family abang?”

“Weekend jela kalau free. Agak jauh juga rumah sewa aku tu. Sewa situ sebab dekat dengan tempat kerja aku. Kenapa? Kau nak aku datang hari hari ke rumah situ?” Farhan bertanya mengangkat-angkat keningnya. Fatin sudah tersipu malu dengar soalan yang dilontarkan Farhan.

“Haha takdelah macamtu abang Han. Cuma rasa selesa dapat berborak dengan abang. Maklumlah, saya sebatang kara kat sini, mak bapa saya jauh kat kampung.”

“Jadi kau nak kasih sayang seorang abang ke atau lebih dari aku?” Farhan dalam diam menganalisis rupa Fatin. Sangat memukau kulit muka yang licin dan putih, pipi kemerah-merahannya itu.

“Abang Han… pandai abang bergurau.” Fatin gelak kecil. Farhan masih statik di tempatnya memandang ke arah Fatin sampai tak tentu arah Fatin dibuatnya.

“Er, abang. Fatin masuk dulu ya…”

Farhan angguk. “Masuklah. Thanks bawakkan milo ni.” Kata Farhan sambil menunjukkan cawan berisi air milo tersebut. Fatin hanya senyum manis mengangguk seraya berlalu pergi. Farhan menghala pandangan kepada Fatin sampai sosok itu tidak kelihatan. Macam senang aje nak umpan budak ni. Farhan tersengih.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status