Share

Part 3

Farhan call Erina seperti yang dijanjikannya.

"Bie! Lepas 3 jam baru awal call Rin? Like seriously? Busy betul.. Hmm" Tanpa mukadimah Erina terus menyembur Farhan.

"Sorry baby. Dah sampai tadi terus busy briefing staff and meeting pulak dengan bos. Now dah tak busy sangat tu I dapat call you." Farhan memujuk.

"Busy sangat lah Encik Farhan Mikael kita ni sekarang. Tahu tak Rin rindu awak sangat. Lama tak jumpa.." Rajuk Erina.

"Faham I please baby. Dulu masa you busy study I okay aje faham you. Now your turn lah pula untuk faham I. Sudah... tukar topik."

Dari dalam kereta lagi Farhan tak sabar nak tahu cerita dari Erina tentang kerja yang gadis itu sebut di dalam perbualan wasap mereka berdua pagi tadi. "You kerja apa baby?" Farhan bertanya.

"Rin dapat jadi PA Hun Aqeel, Bie.. Sorry Rin taknak cerita thru wasap sebab tu petang semalam Rin suruh awal call Rin tapi awak tak layan pun, bluetick aje.." Erina mengeluh.

"Hun Aqeel? Pelakon tu baby. How come?"

"Kakak dia kawan baik kak Dina. So dia lah rekomen Rin kat Hun."

"Oh I see. You tahu kan I tak suka tengok you rapat dengan mana-mana lelaki. Then why you setuju baby untuk kerja dengan dia?! Maknanya you akan ikut dia kemana aje lah."

"Habis Rin nak buat macam mana Bie? Memang tugas Rin lah kena follow dia. Pergi shooting apa semua. Memang selalu ada dengan dia.." Kedengaran Farhan merengus setelah itu.

"Jangan risau lah Bie. Rin selalu ingat awak. Tengok scene Hun bila free, baru dapat cuti. This week dia kata free Sabtu Bie, tak ada scene, jom keluar?" Erina tetap cuba untuk memujuk Farhan. 

Kerana Erina sedia maklum Farhan memang kuat  cemburu. Sampai pernah ketika dulu sewaktu Erina belajar di salah satu Kolej Swasta di Shah Alam, dilarang sama sekali dalam phone dia ada number contact student lelaki lain walaupun sekelas. 

Farhan hanya membenarkan Erina berkawan dengan Erni, kawan baiknya itu. Dan Erina hanya mengikut sahaja apa yang Farhan kehendaki. Sayang punya pasal...

Tetapi bab bekerja dengan Hun Aqeel adalah perkara yang Erina tak dapat elakkan, kerana dia sudah buntu mahu mencari kerja. Banyak company dia sudah email resume untuk cuba kelayakan tetapi tiada satu pun yang memanggil untuk dia bekerja. 

Jadi bila dia sudah dapat bekerja dengan Hun Aqeel, dia tak akan menolak rezeki. 

"Suka hati you lah. Okay I busy ni. Bye!" Farhan terus tutup panggilan tanpa mendengar balasan dari Erina.

Fahamlah Erina yang Farhan marah. Mengeluh untuk kesekian kalinya.

Hailah! Boyfriend seorang ni. Lalu Erina cuma menghantar wasap meminta maaf kepada Farhan. Malas mahu call balik.

Bie, dont be like this. Faham Rin please. Rin perlukan kerja sangat. Love you! - Erina

Erina terus meletak handphone nya bila beberapa minit menunggu balasan dari Farhan tetapi tiada apa-apa balasan dari Farhan walau message tersebut telah bluetick. Jadi fahamlah dia Farhan sedang protes.

Tak apalah, bagi Farhan sejuk dulu. Nanti nanti Erina akan cuba memujuk lagi sekali.

"Rasa mengantuk pula. Kalau aku tertidur ni Hun marah tak ye? Haishhh, jangan macam-macam Erina. Dia sibuk shooting kat luar, kau nak curi tulang." Erina membebel seorang diri.

Erina membuka IG Hun. Repost segala mentioned story dari peminat-peminat Hun Aqeel. Comel sangat gambar mahupun video Hun yang disunting oleh peminat dia lalu tag Hun. Memang tak dinafikan Direct Message IG Hun tidak pernah sunyi. 

Teringat perbualan Erina dengan Hun didalam kereta pagi tadi semasa dalam perjalanan ke sini.

"Nanti you bolehlah tolong I reply segala DM dari pencinta I. Ingat ya, jangan pernah missed reply. Atleast emoji love atau you liked. I pun sometime hanya mampu liked aje. Sebab banyak" Hun bercerita sambil tersenyum manis. 

Erina menoleh kepada Hun. Memang patut pun banyak. Dengan muka kacak maut macamni siapa yang tak suka jadikan tatapan. Dan patutlah Hun makin lama makin ramai menyokong dia, dia tak sombong langsung.

Tetap membaca semua DM tersebut untuk menghargai. Lagilah semangat peminatnya untuk menyokong dia.

Dan Erina sedia maklum yang Hun tidak akan mengambil sebarang review. Dia akan menolak secara baik. Kerana sekarang dia hanya mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dia bersama Aunty Farida dengan kakaknya, Farah. 

Melainkan hadiah-hadiah yang diterima. Itupun, Hun hanya beri alamat Mail boxes salah satu cawangan di Shah Alam. Hun ada menyewa loker khas untuk dia jadi peminat hanya perlu menghantar ke alamat disitu. Dan barang-barang yang Hun terima akan di simpan didalam loker tersebut sehingga Hun datang mengambil. 

"Apa pun yang DM I terima, you baca semua. Tak kisahlah puji ke kutuk ke, you reply aje. Even perkataan worst yang I dapat, you reply je say Thanks." Hun menyambung.

"Pernah terima ke makian dari 'pencinta' awak Hun?" Erina bertanya. Hun gelak. 

"Ofcourse lah pernah Erin. Kita tak boleh puaskan hati semua orang kat dunia ni." Hun gelak kecil lalu menggeleng kepala nya seketika bila teringat moment 'berharga' yang dia dapat kadang-kadang itu. 

"Lagi masa first drama saya berlakon 4 tahun lepas. Kau berlakon kayu lah tak sesuai lah watak kau. Adoi macam macam Erin. Tapi time tu hadam jelah setiap pandangan orang lontarkan. Ambil untuk dijadikan semangat supaya jadi lebih baik." Hun mengenyit sebelah matanya kepada Erina.

Erina mengangguk tanda faham. Ya, belajar dari kesilapan dan tengoklah Hun Aqeel sekarang. Muka dia ada dimana-mana.

"Cekal hati Hun." Erina memuji. "Hati kena keras batu konkrit bila masuk alam pekerjaan Erin. Dan macam-macam manusia kita akan hadap bila sudah makin meningkat dewasa ini." Hun Aqeel bersuara. Erina mengiyakan. 

"Hello are you there?"

Terbang segala throwback bila mendengar suara Hun yang sambil melayang layangkan tangannya di depan muka Erina.

"Oh sorry Hun. Berangan pula."

Erina tersenyum. "Free dah ke?" Erina bertanya kepada Hun apabila melihat Hun sedang mengemas beg silangnya.

"Yup, habis dah scene I untuk harini. Let's go home!"

Erina tengok jam yang dipakainya. Baru pukul 2.30pm. 

"I nak ajak you lunch dulu. Kat luar ada makanan, tapi I teringin K.FC lah pulak. Do you mind?" Hun Aqeel bertanya dahulu kepada Erina kot-kot Erina ada benda yang harus dilakukannya selepas ini.

Erina berfikir sejenak. Risau kalau terserempak dengan Farhan. Tapi makan je kot kan? Tak ada masalah rasanya. "Okay boleh je Hun." Erina bersetuju. 

"Yes! Let's say bye to them."

*******

"Thanks for today Erin. Hati-hati drive balik rumah." Hun menarik brek tangan keretanya setelah memarkir. "Baik Hun. And thanks for the treats!" Erina membalas seraya keluar dari kereta bersama Hun.

"No biggie. Jumpa esok. I masuk dulu ya. Penat." Hun berkata sambil membuka pintu memandu kereta Erina. "Alahai tak payah gentle sangat please." Erina berkata sambil meloloskan diri dan start enjin kereta.

"I memang gentle habis. It's natural." Hun Aqeel senyum dan menutup kembali pintu kereta itu. "Ingat. Drive safe!" Hun mengulang amaran itu. "Ya baik bos. Bye.." Lalu Erina meninggalkan pekarangan rumah Hun dan sempat melambai kepada Hun yang setia menunggu untuk Erina pergi.

*****

"Macam mana first day?" Eliza Dina terus bertanya kepada Erina apabila melihat adiknya itu duduk di meja makan yang terletak didapur, dan Dina terus kembali memasak ikan sambal untuk makan malam mereka berdua. 

"Okay sangat kaklong. Cuma Erin still tak pandai bergaul dengan pelakon lain jadi masa Hun shooting Erin duduk terperuk kat ruang menunggu. Tapi masa balik tegur lah semua orang. Sporting sangat diorang kaklong." Erina berceloteh.

"Ameer Mazlan tu handsome teruk tak depan depan?" Start dah gatal si Dina.

"Handsome kaklong. Tapi tak boleh challenge Hun lah." Gelak mereka dua setelah Erina sempat bandingkan Ameer dan Hun.

"Hun okay tak layan adik?"

"Okay kak. Dia tu banyak mulut juga. Bercerita memanjang. Selesa adik...Tak janggal."

Erina bangun untuk menolong Dina apa yang patut tapi lihat semua dah Dina uruskan. Senang kerja Erina tinggal makan aje.

"Iye. Farah ada cakap, adik dia akan macamtu kalau selesa dengan orang. So maknanya dia selesa lah dengan adik. Baguslah" Dina menutup api lalu mencedok masakan nya dari kuali dan letak didalam mangkuk untuk dihidang.

"Wow sedapnya bau! Tak pernah mengecewakan." Erina tersengih memuji masakan kakaknya itu. Dia nak pandai masak macamni? Heh jangan harap.

“Nanti adik belajar lah masak jugak.” Dan mereka berdua makan sambil bertukar cerita.

Selesai makan dan mengemas Erina dan Dina pergi ke ruang tamu untuk melayan Nettflix.

“Kaklong, adik baru teringat nak cerita dekat akak. Tadi gaduh lah dengan Farhan. Dia tak setuju adik kerja dengan Hun. Dia kan memang tak suka adik rapat dengan mana-mana lelaki lain..” Erina mengadu nasib.

“Lah. Dah kenapa pula? Kerja kut. Takkan nak cemburu?” Dina bertanya dengan berkerut keningnya. 

“Dia memang macamtu lah kaklong. Tapi nak buat macam mana? Dia kenalah faham. Dia tu kadang-kadang cancel date dengan adik semata klien dia ajak jumpa, perempuan pulak tu tapi adik okay je faham.” Erina mengeluh mengendurkan bahunya. 

“Tak apalah. Slow-slow pujuk. Nanti lambat-laun dia kena faham jugak. Adik offer mintak dia rekomen untuk adik kat office dia, dia taknak pula. Sekarang nak cemburu tak memasal.” Erina angguk bersetuju kata-kata kakaknya itu. Farhan berkeras tak mahu Erina bekerja satu syarikat dengan dia.

“Tak apalah kak…” Kata Erina tergantung apabila handphone berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Hun Aqeel is calling…

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status