Farhan menarik kasar brek tangan keretanya. “Tak guna Erina. Kerja sama tak sampai seminggu dah pandai nak backing mamat tu. Sial!” Farhan berkata kasar dan memukul stering keretanya. Lalu dia keluar kereta untuk masuk ke dalam rumah keluarganya. Buka je pintu, terjengul Fatin dari arah dalam. “Eh, nak pergi mana?” Farhan bertanya.
“Tadi ambil handphone Fatin tertinggal. Nak pergi rumah sebelah ni, Adila and Aunty kat sana. Melepak.”
“Taknak lepak dengan abang?” Farhan tersengih.
“Hmm taknaklah. Fatin keluar dulu abang.” Farhan segera menahan tangan Fatin. “Hey, whats wrong? Semalam elok je?”
Fatin memandang terus ke Farhan.
“Abang ada gir
Erina mengeluh melihat balasan Wasap dari Farhan. Nak taknak aje reply! Hubungan mereka masih lagi dingin dari kes terserempak dengan Hun Aqeel di shopping mall tu. Dah lebih 2 minggu. Jenuh nak memujuk baby tua ni! Tapi hati dah rindu nak menatap muka kacak encik boyfriend, hailah nasib badan. Kadang-kadang ada juga tertanya di fikirannya, Farhan serius ke tidak di dalam hubungan cinta mereka. Tidak rasa ingin melangkah ke langkah seterusnya ke? Dia pun ingin merasa hidup berdua sebagai sepasang suami isteri, lebih bagus kerana sudah halal, tapi takkan dia yang nak mulakan bicara soal itu, dia masih segan! Mengeluh lagi. Jumpa jom? Bie tak rindu Rin ke? - Erina Busy - Farhan
“It’s a wrap!” kedengaran kuat suara suara pasukan produksi dan pelakon berkata ayat itu, bermaksud selama 4 bulan mereka berpenat lelah untuk menghabiskan penggambaran drama 45 episod yang diarah oleh Mr.Eric itu akhirnya telah tamat. Muka masing-masing ceria. Erina merakam situasi itu untuk Hun. Nanti dia akan hantar melalui wasap. Hun selepas ini akan bercuti selama dua bulan. Berehat sebentar dari dunia seni dia. Erina mesti akan rindukan Hun. Dia pun diberi cuti oleh Hun. Tapi Erina masih bertegas mahu mengikuti Hun dalam apa-apa benda yang Hun mahu lakukan. Contohnya, Hun mahu pergi ke butik, dia akan pergi ke sana juga. Mahu menolong apa yang patut dan Hun bersetuju. Tersenyum Erina melihat Hun Aqeel sakan bergambar dengan pelakon-pelakon dan
Sudah seminggu Hun Aqeel tidak berjumpa Erina. Hanya berbual melalui telefon, itu pun jika ada mahu bercakap soal kerja sahaja. Hati Hun sering merasakan perasaan yang satu itu, rindu! Seminggu ini dia hanya berehat di rumah sahaja. Dia sangat rindu dengan gelagat Erina yang sangat menyenangkan dia. Haih! Hun Aqeel menggeleng perlahan. ‘Hati dia milik orang lain Hun, kau jangan macam-macam.’ desis Hun. Sayup-sayup kedengaran azan zohor dari masjid berdekatan rumahnya. Dia terus mengambil wuduk untuk mendirikan solat. Selesai mengaminkan doanya, Hun Aqeel terpana. Dia baru perasan tadi dia ada menyebut nama Erina juga di dalam doanya, terpejam dia seketika. Perasaan apakah ini!
“Macam mana study kerja Elizad? Ok?” Hun bertanya kepada Erina. Hun baru selesai photoshoot di Butik. Terus dia menukar baju dan pergi ke bilik pejabat khas Butik itu untuk bertemu Erina. Erina mengganguk pantas. “Senang aje kerja dia. Reply wasap customer, lepastu settle order and settle barang dengan abang courier sebab saya settle bahagian order online kan.” Erina kembali fokus kepada PC di atas meja kerja. Kerjanya kali ini banyak menghadap PC juga. Kebanyakkan stok data ada dalam system sahaja. “Ala, borak lah dengan I. Ramai ke customer wasap?” Hun mengetuk perlahan meja itu minta diberi perhatian.“Eeee taknak lah saya curi tulang. Awak pergilah kat luar berborak dengan kak Farah atau Kak Dina.”
Christina berjalan beriringan dengan Hun di sebuah taman. Mereka baru sahaja selesai makan di sebuah Restoran. Sekarang, mereka mahu mengambil angin petang. Lalu mereka duduk di bangku yang tersedia di taman itu. Seperti yang Hun janjikan kepada Christina, hari minggu itu Hun akan bawa Christina keluar bersamanya. “Hun.. actually I ada benda nak minta tolong you ni.” Christina bersuara. Hun terus menoleh ke arah Christina yang duduk bersebelahan dengannya. “Apa tu?” tanya Hun. “You ada kenal mana-mana orang yang nak sewakan rumah or bilik? I rasa nak pindah keluarlah dari rumah Milea. Husband dia macam pandang I lain macam. I takut.” Christina menekur lantai.
Hun Aqeel meletakkan air botol mineral seraya melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Erina. Erina tersenyum memandang Hun. “Thanks.” ujar Erina. “Termenung apa?” Hun bertanya. Sedari dari tadi Erina jauh termenung. Mereka kini sudah 2 jam berada di rumah kebajikan anak yatim itu. Kali ini, Erni pun turut serta. Farah, Dina dan Aunty Farida selalu datang ke sini. “Takde apa. Saya happy datang sini. Tengok wajah ceria budak-budak ni, rasa tenang.” “Daddy meninggal 6 tahun lepas, accident di tempat kerja dia. Duit pampasan yang mummy dapat, mummy serahkan untuk pembinaan rumah ini.” Hun Aqeel bercerita sambil tersenyum memandang sekitar rumah ini.
Hun Aqeel mengangkat beberapa barang milik Christina masuk ke dalam rumah Erina dan Dina. Erina berlalu naik ke atas disertai Hun untuk menunjukkan keberadaan bilik Christina akan duduki selepas ini.“Harap awak selesa duduk sini ya Christina. Buat je macam rumah sendiri. Jangan segan. Eh jemputlah duduk.” Dina menunjuk ke arah sofa. Christina mengangguk faham. “Thanks Dina.” ucap Christina. “Kejap ya. Saya buat air.” Dina berlalu ke dapur mahu menghidangkan air. Selesai meletakkan kesemua barang, Erina dan Hun turun kembali ke arah ruang tamu.Dina datang bersama dulang air dan meletakka
Christina meletakkan bekas makanan untuk diberi kepada Hun kepada Dina dan Erina. Dia sedia maklum yang mereka berdua kerja di Butik. “Nanti tolong pass kepada Hun ye korang.” Christina senyum manis. “Eh, untuk korang makanlah. Tina masak lebih.” Christina menghidang spaghetti carbonara di atas meja makan. Dina terus mengambil pinggan dan sudu. “Rajin Tina masak. Patutlah dari atas dengar ketung ketang. Ingat Erina tadi. Memang kena buat sujud syukur kalau dia bangun awal nak masak punya pasal.” gurau Dina. Christina lantas ketawa. “Makan makan. Erina mana? Nak Tina pergi kejut dia tak?” soal Christina. “Takpe, aw