Silent Letters (Bahasa Malaysia)

Silent Letters (Bahasa Malaysia)

By:  Izzahkhai  Ongoing
Language: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
3 ratings
22Chapters
2.4Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

Dalam waktu singkat semuanya kian berubah. Adakah perasaan gembira hadir saat dia keluar dari duka yang sudah lama dia pendam? Iman Aulia - Hidupnya terasa begitu gelap saat kedua ibu bapa kandungnya sendiri menganggap dirinya adalah punca kematian kakak kembarnya. Begitu pilu sekali hatinya saat dituduh atas tragedi pahit itu. Saat dia menginjak 17 tahun, satu keputusan besar telah dibuat untuk mengubah segalanya. Hanya dengan satu lafaz semuanya telah berubah. Adakah benar keputusannya itu? Arif Raykarl - Sikapnya yang suka membuat masalah itu sering dipandang serong oleh semua orang. Digeruni kerana sikapnya. Ditakuti kerana takut menjadi mangsanya. Apakah benar setiap manusia yang jahat tersimpannya sisi yang baik? Dalam diam dia merindui sahabat kecilnya yang hilang entah ke mana. Dia begitu ingin berjumpa dengan sahabatnya itu. Saban hari dia sentiasa mengingati kenangan di saat mereka menjadi rakan sepermainan itu. "Siapa budak lelaki ini? Kenapa aku langsung tak ingat?" - Iman Aulia "Bila kali terakhir kita jumpa? Aku rasa dah lama sangat kau menghilang" - Arif Raykarl. Antagonis hadir ingin menghancurkan segalanya. Hanya kerana perasaan cemburu, nyawa sanggup dijadikan taruhan. Tragedi hitam berulang kembali. Kini semua kisah manis telah hilang begitu sahaja. "Apa yang aku nak tak ada sesiapa boleh rampas" - Nellysha Umaira

View More
Silent Letters (Bahasa Malaysia) Novels Online Free PDF Download

Latest chapter

Interesting books of the same period

Comments
user avatar
Cahaya Nur
Kena update cepat,
2021-09-10 17:02:29
1
user avatar
Shaziera hamsani
next chapter pleaseee
2021-08-24 12:43:44
1
user avatar
fatyma
best...next chapter pliz
2021-08-09 00:56:44
1
22 Chapters
01
-Watch your thoughts, they become your words. Watch your words, they become your actions. Watch your actions, they become your destiny- ______ Jam loceng berbunyi nyaring menandakan sudah pukul 5.45 pagi. Iman mematikan jam loceng tersebut lalu dia bangun dari pembaringan. Dia mengeliat malas. Lampu biliknya dihidupkan dan dia mengambil tuala mandi yang disangkut berdekatan dengan bilik air. Dia memboloskan diri ke dalam bilik air untuk mandi.  Setelah beberapa minit, dia keluar dari bilik air dan memakai baju biasa sahaja untuk mendirikan solat subuh terlebih dahulu. Usai solat, uniform lengkap sekolah disarungkan ke badannya. "Beautiful" pujinya kepada diri sendiri. Pantulan cermin yang menampakkan dia yang lengkap memakai baju kurung putih dipadankan dengan kain biru muda itu dipujinya. "Kalau aku tahu, dari dulu aku minta duduk Malaysia" katanya kepa
Read more
02
-Actions speak louder than words, so trust actions and not words- _____ Iman memandang seisi kelas dan pandangan matanya terhenti pada seorang gadis. Izatul melambaikan tangannya ke arah Iman dengan senyuman manis. Iman tersenyum. "Okey, Iman. Awak boleh duduk di belakang kelas sana. Dekat situ ada tempat duduk kosong. Tepi tingkap, ya" kata Cikgu Tina kepada Iman. Iman menganggukkan kepalanya tanda faham lalu dia mengatur langkahnya ke belakang kelas. Beg sekolahnya diletakkan di atas kerusi di meja sebelah tingkap itu. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi itu.  Dia memandang ke arah meja disebelahnya yang tidak berpenghuni itu tetapi ada beg sekolah. Ke mana agaknya tuan punya meja ini?  "Okey, semua. Kita mulakan pembelajaran kita pada hari ini. Buka buku teks muka surat 121" ujar Cikgu Tina mematikan lamunan Iman. Iman meng
Read more
03
-All you need is ignorance and confidence and the success is sure to follow- _____ Kring! Loceng yang menandakan waktu pulang telah berbunyi. Masing-masing mula melangkah keluar dari kelas untuk pulang. Begitu juga dengan 4 sekawan itu.  "Apa kata petang ini kita hang out nak tak? Saja nak keluar bersama-sama dengan Iman" cadang Elis dengan senyuman.  "Aku dengan Atul okey saja. Kau pula Iman. Okey tak?" balas Hana. Dia memandang ke arah Iman yang berjalan dibelakangnya bersama Izatul itu. "Okey saja"  "Nak nombor telefon kau. Boleh masukkan kau dalam grup WhatsApp kita orang" ujar Elis dan menghulur telefon miliknya ke arah Iman. Iman memasukkan nombor telefonnya lalu dia menghulur kembali telefon Elis. Elis memandang skrin telefonnya. "Kau bawa telefon, Elis?" tanya Izatul tidak percaya.
Read more
04
-Friendship isn't about how longor how many, it's all about howreal and how faithful weare for one another- ____ "None of your business"  "Kau..." "Sudah Hana" tutur Izatul menghalang Hana dari mencetuskan pergaduhan antara gadis itu dan jejaka dihadapan mereka itu.  Dalam ramai-ramai pelajar di sekolah itu, hanya Hana dan Elis sahaja yang berani melawan Arif serta rakan-rakan Arif. Dua gadis itu langsung tidak gentar dengan panggilan 'gengster sekolah' yang diberikan pelajar sekolah itu untuk 4 jejaka itu. Bagi mereka berdua, semua pelajar ialah sama. Mereka langsung tidak ambil peduli dengan gelaran tersebut. Setiap tindakan Arif dan rakan-rakan lelaki itu perlu dihalang dan bukan sahaja membuta tuli membiarkan. Jika begitu, makin menjadi-jadi perangai mereka nanti. "Jangan ingat semua orang perlu tundu
Read more
05
-No one is perfect. Even the most confident people have insecurities. At some point in of our lives, we may feel we lack something. That is reality. Wemust try to live as per our capability- _____ Beg sekolahnya diletakkan di atas kerusi. Imanmemandang sekeliling kelasnya yang masihkosong. Terlalu awalkah dia tiba di sekolah? Iman terkaku saat matanya bertembung denganArif yang baru saja tiba di kelas. Kelihatan lelaki itu berdiri di ambang pintu. Tidak lama itu, Arifmelangkah masuk ke dalam kelas. Iman tidak betah lagi berada di dalam kelas itu.Lagi-lagi apabila berduaan bersama rakansemejanya itu. Wajah dingin itu membuatkan dia merasakan seram sejuk.  Mereka berdua berselisih di antara satu sama lain. Arif hendak ke mejanya manakala Iman hendakkeluar kelas. Baru sahaja beberapa langkah diaberjalan mel
Read more
05
-No one is perfect. Even the most confident people have insecurities. At some point in of our lives, we may feel we lack something. That is reality. Wemust try to live as per our capability- _____ Beg sekolahnya diletakkan di atas kerusi. Imanmemandang sekeliling kelasnya yang masihkosong. Terlalu awalkah dia tiba di sekolah? Iman terkaku saat matanya bertembung denganArif yang baru saja tiba di kelas. Kelihatan lelaki itu berdiri di ambang pintu. Tidak lama itu, Arifmelangkah masuk ke dalam kelas. Iman tidak betah lagi berada di dalam kelas itu.Lagi-lagi apabila berduaan bersama rakansemejanya itu. Wajah dingin itu membuatkan dia merasakan seram sejuk.  Mereka berdua berselisih di antara satu sama lain. Arif hendak ke mejanya manakala Iman hendakkeluar kelas. Baru sahaja beberapa langkah diaberjalan mel
Read more
06
-Everybody needs just a little love,lots of hope and unshakable faith- _____ Baju yang sudah siap dibasuh dialihkan dari dalam mesin basuh ke dalam bakul baju. Bakul baju tersebut diangkatnya lalu dibawa ke ampaian.  Iman meletakkan bakul baju tersebut di atas lantai lalu dia menyidai baju sekolahnya. Terakhir sekali adalah baju sejuk milik Arif. Matanya merenung baju sejuk milik jejaka itu lalu dibawa rapat ke hidungnya. Bau minyak wangi milik Arif sudah hilang tetapi diganti dengan bau pewangi yang dipakainya untuk membasuh baju. Senyuman dibibirnya ditarik mengingatkan Arif yang meminjamkan baju sejuk tersebut kepadanya. Dia menyidai baju sejuk tersebut. Bakul baju dibawa masuk ke dalam rumahrumah dan diletakkan di tempat asalnya. Saat langkahnya ingin dibawa ke menaiki tangga, matanya menangkap dua sosok tubuh yang begitu dikenalinya berada d
Read more
07
-Happiness comes when you believe in what your doing, know what your doing, and love what you are doing- ____ Pintu bumbung bangunan itu ditutup rapat. Arif mencampak beg sekolahnya ke dinding tembok lalu dia duduk bersandar pada tembok tersebut.  "Lambat kau datang" tegur Aiman. Biasanya antara mereka berempat, Arif yang akan tiba dulu di sekolah. Tidak pula pada hari ini. Kali ini, Arif yang terakhir sekali sampai. "Hm" gumam Arif perlahan sambil memejamkan matanya. Fikirannya begitu serabut mengenangkan perbincangan diantaranya dan ibu bapanya.  "Apa yang menganggu fikiran kau?" soal Afiq perhatian. Dia mampu melihat reaksi wajah Arif yang seperti terganggu dengan sesuatu.  "Kalau ada masalah, bagitahu lah" celah Amsyar pula. 3 pasang mata memandang ke arah Arif menunggu sahabat mereka itu membuka mulut.  Arif
Read more
08
-The only people you need in your life are the ones that prove they need you in theirs- _____ Suasana di antara mereka begitu sunyi sekali. Baru saja sejam yang lalu Iman sudah sah menjadi isteri Arif. Terasa begitu cepat sekali semuanya berlalu. Tahu-tahu saja sudah sebulan dan dia juga sudah bertukar status. Iman mengangkat wajahnya memandang ke arah Hana dan Elis yang kelihatan wajahnya begitu serius sekali. Pandangannya dikalihkan memandang ke arah Izatul pula. Mereka berdua berbalas pandangan.  "Kenapa kau tak bagitahu lelaki yang kau kahwin ini Arif?" soal Hana serius. Dia bukan tidak terima tetapi dia cuma terlalu risau. Lihatlah sewaktu Iman dibuli. Pembuli kahwin dengan mangsa buli? Benar-benar drama.  "Aku tahu kau orang tak suka" balas Iman perlahan. Dia sendiri tahu bagaimana Hana dan Elis begitu tidak suka dengan Arif.
Read more
09
-When one door of happiness closes, another opens, but often we look so long at the closed door that we do not see the one that has been opened for us- _____________ Sepasang mata itu hanya memandang kosong ke luar tingkap. Tepat pada Iman dan kedua orang mentuanya itu. Arif hanya melihat suasana tegang itu. Kelihatan seperti Iman dan kedua ibu bapa gadis itu sedang bergaduh. Dia berpaling lalu memandang sekeliling bilik Iman itu. Dia melihat ke arah selimut tebal yang terlipat kemas di hujung katil. Kelihatan seperti Iman sudah menyediakannya awal-awal. Tiba-tiba dia teringat kembali apa yang dilihatnya tadi. Apa yang membuatkan Iman bertekak mulut dengan kedua ibu bapa gadis itu.  Kepalanya digeleng perlahan. Dia cuba untuk tidak ambil peduli. Itu urusan gadis itu dan dia tidak perlu ambil tahu.  Arif kembali memandang se
Read more
DMCA.com Protection Status