Share

05

-No one is perfect. Even the most confident people have insecurities. At some point in of our lives, we may feel we lack something. That is reality. We

must try to live as per our capability-

_____

Beg sekolahnya diletakkan di atas kerusi. Iman

memandang sekeliling kelasnya yang masih

kosong. Terlalu awalkah dia tiba di sekolah?

Iman terkaku saat matanya bertembung dengan

Arif yang baru saja tiba di kelas. Kelihatan lelaki itu berdiri di ambang pintu. Tidak lama itu, Arif

melangkah masuk ke dalam kelas.

Iman tidak betah lagi berada di dalam kelas itu.

Lagi-lagi apabila berduaan bersama rakan

semejanya itu. Wajah dingin itu membuatkan dia merasakan seram sejuk. 

Mereka berdua berselisih di antara satu sama lain. Arif hendak ke mejanya manakala Iman hendak

keluar kelas. Baru sahaja beberapa langkah dia

berjalan melepasi Arif, langkahnya diberhentikan

serta-merta. 

Iman teringat tentang kata-kata Izatul semalam

sebelum masing-masing pulang ke rumah. Izatul menyuruhnya berterima kasih kepada Arif kerana

lelaki itu yang membantunya membawa dirinya ke bilik kesihatan semalam.

Tangan naik mengusap perlahan tengkuk. Badan

dipalingkan memandang ke arah Arif sambil

menunduk. Dia teragak-agak mahu menegur lelaki itu. Namun, dia memberanikan dirinya jua kerana

Arif telah membantunya.

"A...Arif" panggil Iman perlahan. Arif mengangkat wajahnya memandang Iman yang menunduk.

"Terima kasih sebab tolong semalam" ucap Iman

perlahan. Arif menjongketkan sebelah keningnya

dengan perlakuan Iman itu.

"Cakap dengan aku ke dengan lantai?" sindir Arif

pedas. Iman mengemam bibirnya. Dia

mengangkat wajahnya perlahan-lahan tetapi

matanya langsung tidak memandang ke arah Arif. 

"Ulang balik" 

Iman mengumpul keberanian untuk berbalas

pandangan dengan lelaki itu. Dia menelan air

liurnya melihat wajah dingin itu.

"Terima kasih sebab tolong semalam" ucap Iman

lalu dengan pantas dia berpaling dan menuju ke

pintu kelas itu. Tanpa sedar Arif tersenyum nipis

melihat tingkah gadis itu. 

Iman menundukkan kepalanya apabila dia bertembung dengan Afiq, Aiman dan Amsyar dihadapan

kelas. Terus saja dia melangkah laju meninggalkan kelas itu.

"Apa hal itu?" soal Amsyar hairan. Gaya macam

nampak hantu saja gadis itu. 

"Entah" balas Aiman lalu dia melangkah masuk ke dalam kelas diekori Afiq dan Amsyar. Amsyar

memandang hairan ke arah Arif yang sedang

berdiri itu.

"Kau dah kenapa berdiri macam tugu negara?"

tanya Amsyar. 

"Tak ada apa" balas Arif lalu dia melabuhkan

punggungnya di atas kerusi. Amsyar

memincingkan matanya. 

"Pandai dah sekarang nak berahsia" kata Amsyar

sambil meletakkan begnya di atas kerusinya. 

"Sibuk saja" tutur Arif. Kepalanya diletakkan

beralaskan lengannya menghadap meja Iman. 

"Eleh" 

____

Iman berpaling ke belakang memandang jikalau

sesiapa melihatnya. Gayanya sudah kelihatan

seperti nampak hantu. Berdebar saja dadanya

apabila bertembung dengan 4 lelaki itu tadi. Takut jika dirinya dijadikan bahan buli mereka berempat.

"Bah!" 

Iman memegang dadanya kerana terkejut apabila saat dia berpaling memandang hadapan

seseorang menyergahnya.

Hana, Elis dan Izatul tergelak melihat wajah

terkejut Iman itu. Comel sahaja gadis genit itu

apabila terkejut. 

"Kenapa tak masuk kelas?" soal Elis lalu dia

memeluk leher Iman dan menarik gadis itu supaya berjalan seiring dengan mereka. 

"Ada 4 lelaki itu" balas Iman perlahan dengan

sengihan. 

"Dia orang ada buli kau tak?" tanya Hana ingin

tahu. Kalau benar ada, memang dia akan serang 4 jejaka itu kerana berani membuli sahabatnya itu.

"Tak ada. Tegur pun tak" balas Iman. Hana

tersenyum lalu mengusap kepala Iman. Nasib

tidak ada. Dia risaukan keadaan Iman. 

"Iman" panggil Elis dengan sengihan. Iman

menoleh memandang Elis disebelahnya itu. 

"Tada!" 

Elis mengeluarkan 2 sampul surat dan 2 lipatan

kertas dari belakang badannya. Iman mengerutkan dahinya apabila Elis menarik tangannya dan

meletakkannya di atas telapak tangannya.

"Ada orang bagi" terang Izatul apabila Iman bagai

terpinga-pinga apabila menerima surat-surat

tersebut. 

"Siapa bagi?" tanya Iman ingin tahu. Dia membelek surat-surat tersebut tanpa membukanya. Adakah

ini surat cinta? Pertama kali dia dapat surat cinta

sebegini.

"Budak lelaki mana entah. Popular juga kau ini.

Iman dah ada peminat" usik Hana sambil

mencubit-cubit pipi Iman. Iman

menggosok pipinya perlahan.

"Sakitlah" ngadu Iman perlahan. Tergelak 3 gadis

itu apabila Iman menayang wajah masam. 

"Bacalah, Iman" arah Elis kepada Iman. Dia ingin

tahu isi surat-surat tersebut. Keningnya diangkat

beberapa kali. Iman menggelengkan kepalanya.

"Tak nak" tolak Iman lalu dia membuang surat-

surat tersebut tanpa membacanya. Dia kembali ke arah sahabat-sahabatnya itu. 

"Kenapa buang?" soal Izatul dengan hairan.

Mereka berempat menyambung langkah menuju ke kelas. 

"Sebab tak suka" balas Iman ringkas. Dia tidak mahu memberi sebarang harapan kepada si pemberi. Lagipun dia tidak berminat untuk mengetahui isi surat tersebut.

Hana dan Elis hanya mengganggukan kepala sahaja. Mereka tidak peduli jika Iman mahu atau tidak surat-surat tersebut. Lagi pula itu milik Iman. Kedua-dua gadis itu berjalan mendahului Izatul dan Iman sambil berbual kosong.

"Aku dah cakap terima kasih dekat Arif macam yang kau suruh" ujar Iman perlahan supaya Hana dan Elis tidak mendengar. Dia sendiri tahu Hana dan Elis begitu anti dengan keempat-empat lelaki itu.

"Bagus" puji Izatul lalu mengusap kepala Iman. Iman tersenyum. Rasa seperti dirinya dijaga oleh kakak sendiri. Tingkah ketiga-tiga gadis itu sudah seperti kakak baginya. Dia begitu senang apabila dirinya disayangi seperti itu.

_____

Pili air ditutup lalu tangan yang basah dilap pada seluar sukannya. Iman memandang dirinya sekilas pada cermin untuk melihat penampilannya sebelum melangkah keluar dari tandas. 

Iman kaget apabila melihat Nellysha, Fasha dan Fara dihadapannya sedang berdiri di luar tandas. Dia ingin berjalan melepasi mereka tetapi Nellysha menghalang jalannya. 

Nellysha perlahan-lahan melangkah merapati Iman. Iman terus sahaja mengundur ke belakang sehingga dia kembali masuk ke dalam tandas perempuan itu. 

"Tutup pintu" arah Nellysha. Fasha mengikut sahaja arahan Nellysha itu lalu pintu tandas ditutup dan dikunci dari dalam. Fara pula berjalan ke arah salah satu tandas yang berada di hujung.

"Kau nak apa?" soal Iman takut. Nellysha menyilangkan tangannya ke dada. Dia menayang senyuman selamba.

"Saja nak jumpa kau" balas Nellysha bersama senyuman penuh makna. Nellysha memandang ke arah Fara yang berdiri di belakang Iman. Nellysha memberi isyarat kepada Fara. 

"Aku ada hadiah untuk kau" ujar Nellysha lalu dia menayang senyuman sinis. Dengan selamba dia menolak Iman jatuh terduduk di atas lantai jubin itu.

Splash!

Iman tergamam saat dirinya sudah basah bermandikan air. Dia menoleh ke belakangnya dan terlihat Fara yang berdiri di belakangnya sambil memegang sebuah baldi.

Bibir dikemam saat suara gelak tawa 3 gadis itu menyapa halwa telinganya. Iman mengangkat wajahnya memandang Nellysha dengan pandangan berkaca. 

"Bye, Iman" lambai Nellysha lalu dia bersama-sama rakan-rakannya melangkah keluar dari tandas itu. 

Iman menyeka air matanya mengalir. Mengapa rakan-rakan sekelasnya begitu membencinya. Dia mengeluh perlahan lalu bangkit berdiri.

Dipandang pakaiannya yang sudah basah-kuyup itu. Anak rambutnya diselitkan di belakang telinganya. Iman memeluk tubuhnya lalu berjalan keluar dari tandas. Sudahlah dia tidak ada baju ganti. Nampaknya dia terpaksa juga ke kelas. 

Iman mengangkat kepalanya saat seseorang berdiri dihadapannya menghalang jalannya. Pandangan matanya bersatu dengan Arif. 

Arif memandang keadaan Iman dari atas sehingga bawah. Gadis itu basah-kuyup. Iman menoleh ke arah belakang Arif. Terdapat Afiq, Aiman dan Amsyar yang baru sahaja tiba selepas menaiki tangga.

"Eh Iman" tegur Amsyar dengan senyuman. Selamba sahaja dia menegur bagai tidak ada apa-apa terjadi di antara mereka semalam. Dia mengerutkan dahinya memandang keadaan Iman. Langit dipandang. 

"Hujan ke?" soal Amsyar hairan apabila melihat keadaan Iman yang basah-kuyup itu. 

"Ke cuaca panas sangat sampai kau mandi?" usik Aiman lalu dia dan Amsyar melepaskan tawa mereka. Afiq pula hanya diam sahaja tidak ambil peduli. Dia berjalan terus ke arah kelas. 

"Tunggu sekejap" ujar Arif perlahan lalu berjalan ke arah kelas. Iman memandang langkah Arif itu. Hanya Aiman dan Amsyar yang masih di situ dengan sengihan. 

"Panas sangat ke?" usik Aiman lagi. Iman mengemam bibirnya. Kepalanya digeleng perlahan. Dia menundukkan kepalanya. 

"Eh kau dah siap kerja Cikgu Suraya?" soal Amsyar lalu dia menarik Aiman untuk melangkah ke kelas. Sempat mereka berdua melambai ke arah Iman sebelum melangkah pergi menuju ke kelas. 

"Nanti bagitahu kawan-kawan dia itu suruh bawa baju lebih" ujar Arif apabila dia bertembung dengan Aiman dan Amsyar. Berkerut dahi dua jejaka itu.

"Habis itu function kau balik kelas itu tadi buat apa?" soal Aiman hairan. Tak faham benar dia dengan apa yang difikirkan sahabatnya itu. 

"Aku malas nak bertekak dengan dia orang" balas Arif lalu dia terus melangkah pergi menuju ke arah Iman yang berdiri dihadapan tangga itu. 

"Kawan kau lah itu" kata Amsyar. Aiman menggelengkan kepalanya. Dia memeluk leher Amsyar lalu menarik lelaki itu menuju ke kelas.

"Pakai ini" kata Arif apabila tiba dihadapan Iman. Dia menyarungkan baju sejuk hitam miliknya pada bahu Iman. Terus sahaja dia melangkah pergi kerana tidak mahu dirinya ditegur rakan-rakan gadis itu. 

Iman menunduk memandang baju sejuk yang tersarung dibadannya. Bau minyak wangi jejaka itu menyapa hidungnya. Iman menarik rapat baju sejuk tersebut supaya menutupi tubuhnya yang sudah kesejukan. 

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status