Share

04

-Friendship isn't about how long

or how many, it's all about how

real and how faithful we

are for one another-

____

"None of your business" 

"Kau..."

"Sudah Hana" tutur Izatul menghalang Hana dari mencetuskan pergaduhan antara gadis itu dan jejaka dihadapan mereka itu. 

Dalam ramai-ramai pelajar di sekolah itu, hanya Hana dan Elis sahaja yang berani melawan Arif serta rakan-rakan Arif. Dua gadis itu langsung tidak gentar dengan panggilan 'gengster sekolah' yang diberikan pelajar sekolah itu untuk 4 jejaka itu.

Bagi mereka berdua, semua pelajar ialah sama. Mereka langsung tidak ambil peduli dengan gelaran tersebut. Setiap tindakan Arif dan rakan-rakan lelaki itu perlu dihalang dan bukan sahaja membuta tuli membiarkan. Jika begitu, makin menjadi-jadi perangai mereka nanti.

"Jangan ingat semua orang perlu tunduk dengan kau dan geng tak guna kau itu. Kau kena tahu yang kau bukan sesiapa yang perlu kita orang hormat" tutur Elis pula. Izatul menggenggam lengan Elis. 

"Jangan sibuk hal aku. Jaga tepi kain kau sendiri" 

Usai Arif menghabiskan kata-katanya, dia terus sahaja melangkah pergi. Hana menggenggam penumbuknya dengan perasaan yang geram. Elis pula mendengus geram.

"Sudah kau orang. Jom masuk tengok Iman. Sekejap lagi waktu rehat habis" ujar Izatul kepada Hana dan Elis. Elis mengangguk lalu masuk ke dalam bilik kesihatan.

"Hana" tegur Izatul apabila Hana masih lagi berdiri di situ. Lengan Hana disentuhnya. Hana mengeluh lalu menganggukan kepalanya. Dia mengekori Izatul masuk ke dalam bilik kesihatan itu.

____

Arif melabuhkan punggungnya di atas lantai bumbung bangunan itu. Di sekolah itu, hanya sebahagian bangunan sahaja yang mempunyai bumbung bangunan. 

"Kau dari mana? Asal lambat? Rehat dah nak habis baru kau sampai" tegur Aiman dengan hairan. Dia bermain dengan telefon yang dibawa secara senyap itu ke sekolah. Kalau tahu dek guru, pasti telefonnya dirampas.

"Aku terserempak dengan budak baru itu tadi" balas Arif. Dia menyandarkan badannya di tembok bumbung bangunan itu. Sebelah kakinya dinaikkan merapat ke dadanya. Sebelah lagi pula dibiarkan separa bersila. Tangan kanannya direhatkan di atas lutut kaki yang rapat ke dadanya itu.

"Budak baru itu? Iman Aulia?" tanya Amsyar sambil mengulum lolipop. Dia memandang Arif dengan sebelah keningnya yang diangkat.

"Ya lah. Siapa lagi kalau bukan dia? Ada budak baru yang lain ke yang kita kenal?" sindir Arif dengan menyampah. Soalan pun, bijaklah sikit. Nasib sahaja sahabatnya. Amsyar tersengih mendengarkan sindiran itu.

"Selepas itu apa jadi? Kau buli dia?" tanya Aiman ingin tahu. Afiq pula sejak tadi hanya menadah telinga sambil mengunyah roti. 

Apabila Arif menghulur tangan ke arahnya, dia membahagikan roti itu kepada dua dan satu bahagian diberikan kepada Arif. Satu bahagian lagi dimakan.

"Tak. Dia pengsan" balas Arif tanpa perasaan. Dia mengangkat wajahnya saat suasana menjadi sunyi. Kelihatan 3 pasang mata merenungnya dalam.

"Aku tak buat apa-apa pun. Dia yang pengsan sendiri. Aku bukan jahil sangat sampai nak buat benda tak elok" sambung Arif dengan nada yang serius. 

"Tak cakap apa-apa pun" celah Amsyar lalu terlepas tawa jejaka itu bersama Aiman. Arif menjeling dan Afiq pula hanya diam. Tidak tahu dari mana datang lawaknya.

"Nak masuk kelas tak?" tanya Aiman kepada sahabat-sahabatnya itu. Mereka memang sering ponteng kelas. Jangan ingat ponteng kelas tapi pandai. Salah. Biasanya markah masing-masing cukup-cukup makan sahaja. 

Mereka berempat masuk ke kelas sains tulen pun disebabkan keputusan PT3 mereka yang agak baik. Lagi pula ramai yang tidak mahu masuk ke kelas sains tulen dan lebih memilih sastera. 

Semasa hendak memilih kelas, mereka berempat langsung tidak ambil kisah dan tahu-tahu saja cikgu meletakkan nama mereka di dalam kelas sains tulen. Mahu menyesal pun tiada guna.

"Selepas ini Bahasa Melayu, kan?" tanya Amsyar kepada Aiman. Aiman menganggukan kepalanya mengiyakan.

"Lagi berapa bulan nak SPM?" tanya Amsyar lagi kepada Aiman. Aiman menunjukkan lima jarinya.

"5 hari? Aduh!" 

"Itu makan dia" ujar Aiman usai memukul belakang kepala sahabatnya itu. Bebal tidak boleh dibawa bincang. 

"Lebih kurang 5 bulan lagi" sambung Aiman. Amsyar mencebik sambil menggosok belakang kepalanya. Arif dan Afiq sekadar tersenyum melihat Amsyar dipukul.

"Ada masa lagi nak catch up semua subjek" gumam Amysar perlahan. Kepalanya diangguk-anggukan. Dia menggumam sendirian memikirkan semua subjek yang perlu dipelajarinya.

"Aku rasa sesuatu lah" ujar Arif secara tiba-tiba. 

"Rasa sesuatu?" 

Arif menganggukan kepalanya mendengarkan Afiq yang bersuara. Dia memandang satu-persatu wajah sahabat-sahabatnya itu. Setiap kali dia mempunyai masalah atau ada sesuatu yang difikirkannya, pasti dia akan meluahkan kepada 3 sahabatnya itu.

"Aku rasa macam budak baru itu familiar bagi aku. Macam aku dah pernah jumpa tapi aku tak tahu dekat mana. Setiap kali aku pandang dia, rasa macam deja vu" luah Arif. Dia mengerutkan dahinya sendiri. 

"Kau pernah nampak dia sebelum ini?" tanya Afiq perlahan. Matanya begitu fokus memandang Arif. Dia memberikan sepenuh perhatiannya terhadap luahan hati sahabatnya itu.

"Tak pernah tapi mungkin ada. Cuma aku saja tak ingat. Mungkin" balas Arif lalu keluhan dilepaskan. Dia memandang ke arah langit yang kebiru-biruan itu.

_____

"Morning, Iman" ucap Hana saat melihat Iman yang sudah mencelikkan mata. Senyuman dilemparkan buat si sahabat. Iman mengerutkan dahinya. Dia menukar posisi baringnya kepada duduk.

"Kau dekat infirmary sekolah" ujar Hana laju saat melihat Iman membuka mulut ingin bersuara. Pasti gadis itu ingin bertanya soalan yang begitu cliche sekali, iaitu 'aku dekat mana?' 

"Macam mana kau tahu aku nak tanya aku dekat mana?" tanya Iman dengan hairan. 

"It's too obvious, dear" balas Hana sambil dia menyilangkan tangannya ke dada. Iman tersenyum kecil.

"Iman dah sedar?" tegur Izatul saat dia tiba di bilik kesihatan itu. Kelihatan gadis itu membawa beg sekolah Iman bersamanya. Elis pula membawa beg sekolah Hana. Masing-masing menyandang beg sekolah sendiri.

"Dah waktu balik ke?" tanya Iman dengan keliru. Beg sekolahnya diletakkan di atas riba dan dipeluknya. Elis menarik perlahan pipi Iman.

"Ya, Iman Aulia. Dah waktu balik sekarang ini. Kau tak sedar lama sangat" balas Elis. Sebungkus roti diletakkan di atas telapak tangan gadis itu.

"Makan dulu sebelum balik. Perut kau kosong itu" arah Elis. Iman hanya menurut sahaja arahan Elis itu. 

"Dah" ujar Iman apabila dia sudah menghabiskan rotinya. Elis tergelak melihat mulut Iman yang penuh dengan roti itu.

"Iman kau tahu tak yang kau ini comel?" soal Elis lalu jari telunjuknya mencucuk-cucuk perlahan pipi Iman. Hana dan Izatul yang memerhati hanya tersenyum sahaja.

"Nah minum" arah Hana sambil menghulur air kotak yang sudah siap dicucuk dengan straw. Iman menghabiskan kunyahan rotinya lalu dia menyedut air kotak laici tersebut.

"Jom" ajak Iman lalu dia menyarung kasut sekolahnya ke kakinya. Begnya disandang. Air kotak laici tersebut disedutnya lagi. 

"Comel" puji Elis lagi. Iman hanya mengerutkan dahinya sahaja. Elis tergelak kecil lalu dia memeluk leher Iman mengajaknya keluar dari bilik kesihatan itu.

"Nak?" tanya Hana kepada rakan-rakannya sambil menunjukkan bungkusan gula getah yang berada ditangannya.

"Nak" balas Elis laju lalu mengambil gula getah tersebut di dalam bungkusannya. Dia mengunyah perlahan gula getah tersebut.

"Iman? Atul?" pelawa Hana. Iman dan Izatul menggeleng kepala tanda tidak mahu. Hana menganggukan kepalanya lalu menyimpan bungkusan gula getah tersebut ke dalam poket seluarnya. 

"Woi" tegur seseorang dari belakang sambil menepuk bahu Iman. Terhinjut bahu Iman kerana terkejut. 

Iman berpaling dan bertambah terkejut apabila yang menegurnya itu ialah Nellysha. Air yang berada di dalam mulutnya tersembur. 

"Maaf" ucap Iman serba salah tetapi tidak Hana mahupun Elis. Kedua-duanya melepaskan tawa mereka melihat Nellysha yang menjadi sasaran. Izatul hanya tersenyum sahaja.

"Maaf. Aku tak sengaja" ucap Iman sekali lagi apabila tidak mendapat balasan daripada Nellysha. Wajah itu kelihatan berang sahaja. 

Dia cuba ingin membantu Nellysha mengelap wajah gadis itu menggunakan tisu tetapi Nellysha mengelak.

"Jangan sentuh aku dengan tangan kotor kau" ujar Nellysha memberi amaran. Pandangan tajam dilemparkan buat Iman. Dia menyeka wajahnya dengan hujung lengan bajunya.

Niat Iman terhenti mendengarkan kata-kata kasar daripada Nellysha itu. Dia menjatuhkan tangannya ke sisi. Kepalanya ditundukkan lalu memandang tangannya. 

Hana yang perasan dengan tingkah Iman itu mengangkat wajahnya kembali memandang Nellysha. Pandangan dinginnya ditayang. 

"Perlu ke kau cakap kasar macam itu walaupun Iman dah minta maaf?" soal Hana kasar lalu menolak bahu Nellysha dengan kasar. Dia begitu pantang saat ada yang menyakiti hati sahabatnya.

"Huh" 

Nellysha memandang sinis Hana lalu dia membersihkan baju di bahagian Hana menyentuhnya tadi seperti membersihkan habuk. Hana mengetap giginya kasar melihat tingkah gadis dihadapannya itu.

"Kau pun. Jangan sentuh aku dengan tangan kau. Kotor" tutur Nellysha begitu sinis. Hana mengepal penumbuknya dengan sikap biadab Nellysha itu.

"Kau nak apa? Tiba-tiba datang cari gaduh" tanya Izatul cuba menyelamatkan keadaan. Tangan kanannya memegang pergelangan tangan Hana manakala tangan kirinya memegang pergelangan tangan Elis. 

Dia cuba menahan Hana dan Elis bertindak melebihi batas. Dia sudah kenal lama Hana dan Elis. Kedua-dua sahabatnya itu seorang yang baran dan pantang dicabar. 

"Apa hubungan kau dengan Arif?" soal Nellysha sambil memandang Iman. Iman membalas pandangan Nellysha. Dia bingung apabila ditanya seperti itu.

"Tak ada apa-apa" balas Iman perlahan. Kepalanya digelengkan.

"Penipu. Kalau tak kenapa dia boleh bercakap dengan kau? Sedangkan dengan orang lain dia takkan buka mulut" kata Nellysha dengan tatapan yang begitu tajam.

"Kau datang sini cuma nak tanya pasal ini saja? Desperate sangat ke kau nak Arif itu sampai kau sibuk serang Iman? Kau lupa ke yang kau dah banyak kali kena reject dengan Arif? Lupa? Atau kau rasa kau cuma bermimpi?" sindir Elis pedas. 

"Apa masalah kau?" celah Fasha laju apabila rakannya sendiri diperkatakan seperti itu. Nellysha sudah ingin naik angin tetapi Fara cuba menahan.

"Betul lah kan? Kenapa? Terasa?" provok Elis dengan sinis. Dia tersenyum puas saat matanya berlaga dengan sepasang mata Nellysha. 

"Budak-budak main toleh-toleh, 

Yang ditolehnya kain kafan, 

Kau itu sehari tak perasan memang tak boleh, 

Sila pergi mati dengan kau punya perasan" pantun Hana lalu dia berpura-pura terbatuk.

Nellysha sudah mengangkat tangannya seperti ingin menampar Hana tetapi Hana sempat menggenggam pergelangannya tangan Nellysha.

"Jiran sebelah nama Pa'an, 

Makanan kesukaan ikan siakap,, 

Apa yang aku cakap dekat kau memang kenyataan, 

Kalau kau tak puas hati cakap"

Laju sahaja Nellysha merentap tangannya dari dalam pegangan Hana lalu menolak kasar Hana. Dirinya merasakan tercabar apabila diperlekehkan sebegitu oleh rakan sekelasnya yang paling dibencinya itu.

Hana terdorong beberapa tapak ke belakang tetapi itu tidak membuatkannya merasakan gentar walaupun sedikit. Dia tersenyum sinis.

"Tak boleh terima kenyataan ke?" ejek Hana. Elis pula sudah tergelak kecil. Nellysha memandang tajam 4 orang pelajar perempuan dihadapannya itu dengan perasaan yang membara.

"Kau jangan nak kurang ajar!" tengking Nellysha kuat. Hana menyentuh telinganya perlahan apabila merasakan suara Nellysha begitu bingit.

"Kau bukan sesiapa untuk aku hormat. Kalau kau sendiri kurang ajar dengan kita orang, apa kau rasa aku akan balas baik-baik lepas apa kau buat dekat kawan-kawan aku? Dalam mimpi pun tak akan terjadi" tutur Hana.

"Oh lagi satu. Rasanya boleh lah kau cermin diri kau balik nanti. Arif tak nak kau pun kalau kau sibuk serang orang cop Arif kau punya. Jadi manusia jangan desperate sangat. Malu sikit" sambung Hana sambil jari telunjuknya menunjal-nunjal bahu Nellysha.

"Jom lah Hana. Buat bazir air liur kau saja bercakap dengan manusia macam dia ini" ajak Elis bersama sindiran. Dia langsung tidak mengambil endah dengan pandangan tajam Nellysha, Fasha dan Fara. 

"Jom Hana" ajak Iman perlahan sambil menarik-narik perlahan hujung baju Hana. Hana memandang ke arah Iman. 

Air kotak ditangan Iman dirampasnya lalu dengan selamba dia menggenggam kuat air kotak tersebut sehingga keluar isinya tepat di atas kepala Nellysha. Fasha dan Fara memandang tidak percaya dengan perlakuan selamba Hana itu.

"Kau!"

"Balasan untuk manusia macam kau" tutur Hana lagi. Izatul menarik tangan Hana untuk berlalu pergi sebelum pertengkaran diantara mereka menjadi lebih besar. 

Elis dan Iman mengikuti langkah Hana dan Izatul. Nellysha mengepal penumbuknya. Dia tidak ambil peduli dengan pertanyaan Fasha dan Fara bahawa dia baik-baik sahaja atau tidak. Kini perasaan dendamnya semakin membuak-buak.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status