Share

02

-Actions speak louder than words, so trust actions and not words-

_____

Iman memandang seisi kelas dan pandangan matanya terhenti pada seorang gadis. Izatul melambaikan tangannya ke arah Iman dengan senyuman manis. Iman tersenyum.

"Okey, Iman. Awak boleh duduk di belakang kelas sana. Dekat situ ada tempat duduk kosong. Tepi tingkap, ya" kata Cikgu Tina kepada Iman.

Iman menganggukkan kepalanya tanda faham lalu dia mengatur langkahnya ke belakang kelas. Beg sekolahnya diletakkan di atas kerusi di meja sebelah tingkap itu. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi itu. 

Dia memandang ke arah meja disebelahnya yang tidak berpenghuni itu tetapi ada beg sekolah. Ke mana agaknya tuan punya meja ini? 

"Okey, semua. Kita mulakan pembelajaran kita pada hari ini. Buka buku teks muka surat 121" ujar Cikgu Tina mematikan lamunan Iman.

Iman mengalihkan pandangannya. Buku teks Bahasa Melayu dikeluarkan dari dalam beg sekolahnya lalu dia fokus kepada Cikgu Tina yang sedang mengajar dihadapan kelas.

Usai pembelajaran mata pelajaran pertama habis, loceng berbunyi menandakan pembelajaran untuk subjek yang kedua bakal bermula. Seisi kelas mula berdiri dan mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Tina. 

Semua murid mula membuat kerja masing-masing sementara menunggu cikgu yang seterusnya masuk ke dalam kelas. Dua orang gadis di meja hadapan Iman memusingkan kerusi mereka menghadap Iman. Izatul pula bergerak ke meja Iman. 

"Hai. Aku Hana Safiya. Cuma panggil aku Hana saja" ujar seorang gadis dihadapannya memperkenalkan dirinya dengan senyuman.

"Aku pula Elissa Arianna. Panggil aku Elis tapi aku bukan Alice In The Wonderland tahu" ujar seorang gadis disebelah Hana dengan ramah. 

"Hai, Hana. Hai, Elis" ucap Iman dengan senyuman. Senang hatinya apabila ada yang sudi berkawan dengannya. Hana dan Elis turut sama tersenyum.

"Hai"

"Aku pula kau dah kenal, kan?" tanya Izatul dengan senyuman manis. Kedua belah tangannya diletakkan di belakang badannya. 

"Dah, Izatul" balas Iman. Izatul tersenyum lebar. Kedua belah ibu jarinya diangkat lalu telapak tangannya disua dihadapan Iman. Iman menepuk perlahan. High five! 

"Kau orang dah kenal?" tanya Hana dengan hairan.

"Dah. Tadi aku tunjukkan jalan ke pejabat" balas Izatul. Iman menganggukan kepalanya mengiyakan kata-kata Izatul itu. Hana mengangguk faham.

"Cikgu dah masuk" tegur Elis sambil menunjuk ke arah seorang guru lelaki yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kelas 5A-2 itu. Izatul berjalan kembali ke tempat duduknya. Elis pula sudah memusingkan semula kerusinya memandang hadapan.

"Nanti rehat kita makan bersama-sama tahu" pesan Hana. Iman menganggukan kepalanya dengan senyuman. 

"Hana" tegur guru lelaki itu. Lantas Hana memusingkan kerusinya memandang hadapan semula. Dia tersengih-sengih ke arah guru lelaki itu. Seisi kelas mula bangkit berdiri untuk memberi salam.

"Nak sikit" pinta Elis saat melihat Hana makan sosej yang dibeli gadis itu. Hana melarikan makanannya itu dari dicapai Elis.

"Mana boleh. Kau makan saja lah roti kau itu" balas Hana lalu dia menghabiskan semua sosejnya. Bungkusan plastik tersebut dibuang ke dalam tong sampah apabila mereka melintasi tong sampah.

"Kedekut" kutuk Elis dengan wajah masam. Hana menayang wajah selamba sahaja. Izatul yang berjalan seiring dengan Iman di belakang Hana dan Elis menggelengkan kepala dengan tingkah dua sahabatnya itu.

"Elis nak aku punya?" tanya Iman kepada Elis. Dia menghulur sosej yang berada di dalam plastik kecil berwarna putih itu ke arah Elis. Elis menoleh ke belakang lalu dia tersenyum lebar.

"Terima kasih, Iman!" 

"Sama-sama" balas Iman dengan senyuman. Dia melihat Elis yang mengunyah sosej tersebut dengan senyuman.

"Aku nak pergi tandas sekejap" ujar Iman kepada rakan-rakannya itu. 

"Okey. Kau tahu kan tandas dekat mana?" tanya Hana kepada gadis itu.

"Tahu" balas Iman ringkas.

"Nak aku teman tak?" tanya Izatul disebelah dengan intonasi yang rendah dan lembut. Sememangnya Izatul seorang yang sopan santun. 

"Tak apa" tolak Iman dengan gelengan kepala. Dia tidak mahu menyusahkan Izatul yang perlu berpatah balik bersamanya untuk ke tandas. Saat dia memusingkan tubuhnya, tanpa sengaja dia melanggar seseorang.

"Iman!" panggil Hana, Elis dan Izatul serentak apabila Iman jatuh terduduk di atas lantai bersama gerangan yang dirempuh gadis itu. Hana dan Izatul membantu Iman untuk bangkit berdiri.

"Kau okey tak?" tanya salah seorang rakan pelajar lelaki itu kepada pelajar lelaki yang dilanggar Iman itu. Disisinya terdapat 2 orang pelajar lelaki yang lain.

"Okey" balas lelaki itu ringkas dan bangkit berdiri. Iman menundukkan badannya lalu mengambil buku milik pelajar lelaki itu di atas lantai. Dia berdiri tegak semula.

"Saya minta maaf. Saya tak sengaja langgar awak" ucap Iman sambil menghulur buku pelajar lelaki itu. Saat pandangan matanya dan lelaki itu bersatu, ada satu aura menggerunkan yang dapat dirasai Iman melalui pandangan mata yang tajam itu.

"Lain kali jalan pakai mata. Bukan kepala lutut" sindir pelajar lelaki itu pedas. Bukunya dirampas kasar.

"Ewah bahasa. Iman bukannya sengaja nak langgar kau pun" marah Elis dengan geram. Geram dengan tingkah pelajar lelaki itu.

"Oh. Nama kau Iman?" tanya pelajar lelaki itu tanpa melayan amarah Elis itu. Dia memandang Iman dengan pandangan matanya yang begitu tajam seperti harimau yang ingin menerkam mangsanya.

"Ya" balas Iman perlahan dengan gentar. Pelajar lelaki itu tersenyum sinis. Dia melangkah setapak mendekati Iman.

"You will get your punishment later. Do it or you will regret later" ujar pelajar lelaki itu bersama ugutan. Iman menelan air liurnya perlahan.

"Keep your distance. Lagi satu. Jangan berani kau nak buli kawan aku" celah Hana dan menolak pelajar lelaki itu menjauhi Iman. Dia tidak gentar sama sekali dengan pelajar lelaki itu.

"I don't care. That's my rules. Don't mess with me if you don't want to do what I want you to do" balas pelajar lelaki itu dengan senyuman sinis. Dia memandang Hana lalu pandangan matanya dikalihkan memandang Iman dihadapannya.

"So jangan lupa. Aku akan cari kau, Iman" ujar pelajar lelaki itu sebelum berjalan melintasi 4 gadis itu bersama 3 rakan-rakannya yang lain. Sempat dia melanggar bahu Hana dengan sengaja.

"Rude" marah Hana sambil memerhati langkah 4 jejaka itu. Izatul mengusap perlahan bahu Hana untuk bersabar.

"Kerek betul" kutuk Elis. Iman pula hanya diam memerhati langkah 4 jejaka itu. 

"Jom pergi tandas" ajak Hana lalu menarik pergelangan tangan Iman menuju ke tandas. Waktu rehat hampir saja tamat. Elis dan Izatul mengekori langkah Hana dan Iman itu.

"Aku nak tanya. Siapa lelaki-lelaki tadi itu?" tanya Iman usai dia membuang hajatnya. Pili air dibuka lalu dia mencuci tangannya. Hana sedang bersandar bersama Izatul di dinding tandas pelajar perempuan itu. Elis pula duduk di atas singki.

"Lelaki yang paling tak ada adab itu Arif Raykarl. Muka acah suci paling baik yang tanya demon itu okey ke tidak, Amsyar Mikail. Paling..." 

Laju sahaja Izatul menekup mulut Hana dari meneruskan kata-kata gadis itu. Sudah kelihatan bunga-bunga ingin menyumpah seranah lelaki-lelaki tadi itu. Risau sahaja dia dengan kemarahan Hana itu.

"Lelaki yang tayang muka tak ada perasaan itu nama dia Afiq Nazriel. Terakhir itu pula Aiman Khairil. Dia orang itu satu geng" sambung Elis lalu dia melompat turun dari duduk di atas singki itu. Laju sahaja Hana menolak tangan Izatul.

"Antara geng yang paling tak ada adab yang pernah aku jumpa. Acah gengster" kutuk Hana lagi. Dia benar-benar anti dengan 4 orang pelajar lelaki itu yang dicopnya sebagai tidak ada adab.

"Hana" tegur Izatul lalu menggelengkan kepalanya. Hana ini benar-benar seorang yang panas baran. Hana menayang wajah masamnya lalu melangkah keluar dari tandas. Elis, Izatul dan Iman mengekori langkah gadis itu.

"Dia orang itu siapa?" tanya Iman lagi ingin tahu. 

"Macam aku kata tadi. Acah gengster. Dia orang itu pembuli. Budak bermasalah. Kalau dia orang buli kau, bagitahu aku. Aku tahulah nak buat apa" balas Hana. 

Iman terdiam saat mengingatkan bicara pelajar lelaki bernama Arif Raykarl itu. Adakah bermakna dia merupakan target pelajar lelaki itu untuk dijadikan mangsa buli? Dia meneguk air liurnya dengan kesat.

"Kalau kau nak tahu Iman, budak perempuan sekolah ini gelar dia orang The A.L" ujar Elis secara tiba-tiba. Iman memandang ke arah Elis.

"The A.L? Apa itu?" tanya Iman dengan hairan.

"Nama dia orang bermula dengan huruf A dan berakhir dengan huruf L. Arif Raykarl, Amsyar Mikail, Aiman Zafril dan Afiq Nazriel. Singkatannya The..."

"Demons" potong Hana laju. Elis dan Izatul sudah menggelengkan kepala masing-masing. Iman pula tersenyum lucu kerana terhibur dengan kemarahan Hana itu.

"Ini baru satu geng tak adab. Dalam kelas kita itu, ada lagi geng yang tak ada adab" ujar Hana.

"Siapa?" tanya Iman ingin tahu.

"Dalam kelas nanti aku tunjuk. Manusia acah perfect yang paling kerek pernah aku jumpa" balas Hana.

Setibanya mereka di kelas, Iman menelan air liurnya kesat saat melihat Arif yang duduk di meja sebelahnya. Adakah Arif merupakan penghuni meja tersebut?

"Kau orang tak kata pun dia orang satu kelas dengan kita" ujar Iman perlahan. Sekadar ingin sampai ke halwa telinga 3 orang rakannya itu. Langkah mereka diberhentikan di hadapan kelas.

"Kau tak tanya" 

"Hana"

"Jangan takut. Aku ada" pujuk Hana.

"Tepi lah. Orang nak lalu. Sibuk berdiri tengah jalan macam tugu negara. Kalau lawa tak apa juga" sindir seorang gadis.

Berdesing telinga Hana mendengar suara sumbang itu. Dia memusingkan badannya menghadap 3 orang pelajar yang berdiri di belakang mereka itu. Pandangan tajam terhala ke arah pelajar perempuan yang berdiri di tengah-tengah.

"Kalau ini jalan bapa aku, kau nak kata apa?" tanya Hana tidak mahu kalah. Tiada istilah kalah saat dia bergaduh mulut dengan manusia itu.

"Itu kalau. Sekarang ini takkan? So please, jangan halang laluan aku macam orang tak ada life" balas Nellysha laju dengan senyuman sinisnya. Hana merenung tajam Nellysha.

"Kau apa hal tengok-tengok? Tahulah aku lagi cantik" kata Nellysha. Elis dibelakang sudah membuat gaya ingin muntah. Izatul dan Iman tersenyum melihat tingkah Elis itu.

"Yakin betul" bisik Elis perlahan.

"Dekat kampung ada itik, 

Dekat kedai ada santan, 

Muka kau boleh lah sikit cantik, 

Tapi tak payah lah nak kuat perasan" 

Hana tersenyum sinis usai dia memberikan pantun. Kedua belah keningnya di angkat. Nellysha hanya menjeling menyampah. Dia melanggar bahu Hana saat ingin melintasi 4 gadis itu.

"Disgusting"

"Kau apa hal?" marah Nellysha sambil menggenggam kolar baju kurung putih yang dipakai Hana itu. Hana menolak perlahan tangan Nellysha itu. 

"Nothing, witch" balas Hana dengan senyuman sinis. Dia melangkah ke arah tempat duduknya diikuti Elis. Izatul menarik Iman supaya menuju ke tempat duduk mereka.

"Itulah geng yang Hana maksudkan tadi. Nama perempuan itu Nellysha. Kawan dia lagi dua orang itu pula Fasha dengan Fara" bisik Izatul perlahan semasa dia dan Iman berjalan ke arah tempat duduk mereka.

"Dah duduk sana. Rehat dah habis" ujar Izatul lalu dia mengambil tempat duduknya. Iman terkaku saat pandangan matanya bersatu dengan pandangan mata Arif.

Perlahan-perlahan dia melangkah ke arah tempat duduknya. Dia dapat merasakan pandangan mata Arif yang merenung dirinya setiap kali dia melangkah. Dengan perasaan gugup, dia melabuhkan punggungnya disebelah jejaka itu.

"Iman Aulia" bisik Arif perlahan. Tangannya yang memegang buku tulis Iman itu diletakkan semula di atas meja gadis itu. Dia memusingkan badannya memandang gadis itu. 

"It's not hard to find you like I think. We are in the same class anyway. Welcome to our school, new student" bisik Arif lalu dia memandang hadapan semula saat seorang guru melangkah masuk ke dalam kelas. Terkaku Iman dibuatnya.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status