Share

03

-All you need is ignorance and confidence and the success is 

sure to follow-

_____

Kring!

Loceng yang menandakan waktu pulang telah berbunyi. Masing-masing mula melangkah keluar dari kelas untuk pulang. Begitu juga dengan 4 sekawan itu. 

"Apa kata petang ini kita hang out nak tak? Saja nak keluar bersama-sama dengan Iman" cadang Elis dengan senyuman. 

"Aku dengan Atul okey saja. Kau pula Iman. Okey tak?" balas Hana. Dia memandang ke arah Iman yang berjalan dibelakangnya bersama Izatul itu.

"Okey saja" 

"Nak nombor telefon kau. Boleh masukkan kau dalam grup W******p kita orang" ujar Elis dan menghulur telefon miliknya ke arah Iman. Iman memasukkan nombor telefonnya lalu dia menghulur kembali telefon Elis. Elis memandang skrin telefonnya.

"Kau bawa telefon, Elis?" tanya Izatul tidak percaya. Nasib sahaja sudah waktu pulang. Kalau tidak, pasti telefon gadis itu sudah dirampas oleh mana-mana guru di sekolah itu.

"Shh diam-diam saja" balas Elis dengan sengihan di bibirnya.

"Dah siap" ujar Elis lalu menunjukkan skrin telefonnya yang menambah kenalan Iman ke dalam grup W******p mereka. Iman tersenyum.

"Petang ini dekat KLCC"

"Okey"

Seseorang menarik beg Iman secara mengejut sehingga membuatkan gadis itu terdorong ke belakang beberapa tapak. Iman tergamam melihat Arif yang rupa-rupanya menarik begnya.

"Aku nak nombor telefon kau. Senang kalau nak apa-apa dari kau" kata Arif dengan muka tanpa riaknya. Hana yang melihat mula naik angin.

"Jangan kacau Iman lah, Arif. Jangan nak jadikan dia mangsa buli kau pula" marah Hana lalu dia ingin menarik Iman tetapi terlebih dahulu Arif menarik Iman ke belakangnya.

"None of your business, girl" ujar Arif lalu dia memusingkan badannya memandang Iman.

"Dia kawan aku! Kau ingat kau siapa semua orang nak kena tunduk dekat kau! Arif!" marah Hana saat Afiq menghalangnya dari mendekati Arif.

"Back off" arah Hana dan pandangan tajamnya dilemparkan buat lelaki yang berwajah dingin itu. Elis dan Izatul cuba menghalang Hana dari mencari masalah tetapi Hana hiraukan.

"Bagi nombor telefon kau atau kau akan menyesal" arah Arif. Iman menelan air liurnya dengan kesat. Pen dikeluarkan dari dalam begnya.

"Err saya tak ada kertas kosong" ujar Iman perlahan. Dia memandang Arif dengan wajah yang takut-takut. Arif mengeluh kasar lalu menghulurkan telapak tangannya. Iman menulis nombor telefonnya di atas telapak tangan jejaka itu.

Arif memberi isyarat kepada sahabat-sahabatnya untuk berlalu pergi. Arif hanya tersenyum sinis ke arah Hana dan melangkah pergi. Kelihatan wajah amarah Hana itu.

"Kenapa kau tak tolak, Iman? Kau tahu tak dia itu pembuli? Selepas ini, mesti dia buli kau" marah Hana dengan geram. Iman hanya memandang Hana dengan wajah sayu. Hana mengeluh perlahan. Dia mengusap kepala Iman bagaikan seorang adik.

"Apa-apa bagitahu aku. Ayah aku dah sampai itu. Jom, Atul" ujar Hana lalu dia melangkah pergi bersama Izatul. Izatul memang sering menumpangnya. Lagi pula rumah mereka berdua sejalan. 

"Aku balik dulu, Elis" pamit Iman saat dia melihat Pak Mat yang sudah menunggunya diluar kereta. Elis menganggukan kepalanya.

"Kalau Arif buli kau, bagitahu kita orang tahu" pesan Elis dengan wajah risau. Kasihan apabila Iman menjadi target budak bermasalah itu. Iman menganggukan kepalanya. Dia melambai ke arah Elis sebelum melangkah pergi.

"Macam mana sekolah hari ini? Okey tak?" tanya Pak Mat usai mereka berdua memboloskan diri ke dalam kereta. Pak Mat memulakan pemanduannya.

"Okey saja. Iman dah dapat kawan baru. Petang nanti Iman nak keluar dengan dia orang" balas Iman dengan senyuman. Walaupun baru sahaja satu hari dia bersekolah di situ, dia sudah dapat melihat bagaimana seorang Hana apabila marah.

"Okey. Nanti bagitahu saja pukul berapa. Pak Mat hantarkan" ujar Pak Mat dengan senyuman. Iman menganggukan kepalanya.

"Okey"

_____

Seawal jam 6.30 pagi, Iman sudah pun berada di sekolah untuk hari kedua persekolahannya di negara itu. Semuanya gara-gara atas arahan Arif. Dia juga sudah memberitahu rakan-rakannya tentang hal itu.

Sementara menunggu 4 jejaka itu tiba, dia mengambil tempat duduk di atas kerusinya. Pandangan dihalakan ke arah luar tingkap. Langit yang masih gelap sudah menunjukkan tanda-tanda bahawa matahari bakal menunculkan diri.

"Belikan kita orang sarapan. Kalalu lambat siap kau" arah Arif dan meletakkan duit di atas meja Iman. Iman mendongak memandang lelaki itu terkejut. Dia langsung tidak perasan dengan kehadiran lelaki itu.

"Okey" balas Iman perlahan. Duit tersebut dimasukkan ke dalam poket seluar tracksuit yang dipakainya. Nasib hari ini mereka ada waktu PJK. Iman terus sahaja melangkah pergi menuju ke kantin. Nasib sahaja kantin sudah buka seawal pagi itu.

Usai membeli makanan, dia kembali semula ke dalam kelas. Plastik yang terisi dengan roti-roti yang dibelikan untuk 4 jejaka itu diletakkan di atas meja Arif. Arif mendongak memandang Iman yang kelihatan takut itu.

"Aku tak suka menunggu. Kau ambil masa dekat 10 minit nak beli sarapan saja" ujar Arif bersama pandangan tajam yang dilemparkan buat gadis yang berdiri dihadapannya itu. Amsyar, Aiman dan Afiq pula hanya diam memerhati saja.

"Hari ini aku bertugas kemas kelas. Jadi aku nak kau gantikan aku" ujar Arif. Dia menyilangkan tangannya ke dada.

"Kau tunggu apa lagi? Pergilah buat sekarang. Diri dekat sini lagi itu buat apa?" marah Arif. Terus sahaja Iman melangkah ke belakang kelas untuk mengambil penyapu. Amsyar dan Aiman tergelak saat Arif menyindir Iman tadi. Afiq pula hanya diam sahaja. 

Sepanjang Iman mengemas kelas, pasti 4 jejaka itu akan mengacau. Apabila Iman sudah menyusun meja, pasti mereka menolak meja itu supaya tidak teratur semula. Apabila dia menyusun meja itu semula, pasti sampah disepahkan semula. 

Iman menyusun semula meja agar teratur. Afiq bergerak ke belakang kelas dan menyepahkan sampah itu ke lantai. Iman mengemam bibirnya. Dimanakah rakan-rakannya? Dia mengharapkan mereka akan sampai dengan segera. Dia sudah tidak tahan dibuli seperti itu. 

"Kau memang tak ada kerja lain ke? Yang kau buli ini kawan aku tahu tak!" marah Hana sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kelas mereka itu. Dia menggenggam kolar baju sukan yang dipakai Afiq.

"Jangan sentuh aku" ujar Afiq lalu dia menolak tangan Hana dari memegang kolar baju sukannya. Dia melangkah ke arah sahabat-sahabatnya yang lain.

"Kau memang cari nahas, Arif Raykarl" tutur Hana dengan perasaan marah yang menggelegak. Dia memandang Arif yang bagaikan ketua pembuli itu. 

"Jadi?" tanya Arif dengan senyuman mengejek. Dia melangkah pergi bersama sahabat-sahabatnya itu.

"Arif Raykarl! Aku tak habis cakap dengan kau lagi!" marah Hana dengan geram. Dia mendengus geram lalu mendekati Iman. Iman menyeka air matanya laju.

_____

Elis dan Izatul tiba serentak ke sekolah itu. Mereka berdua berjalan seiring menuju ke kelas mereka. Saat di tangga, mereka berdua terserempak dengan 4 jejaka itu.

"Kau buat apa dekat Iman?" tanya Elis dengan pandangan tajam. Langkah kaki Arif yang sudah melepasi mereka berdua itu terhenti. Dia memusingkan badannya memandang Elis.

"Nothing much" balas Arif ringkas dengan senyuman sinis yang ditarik. Dia meneruskan langkahnya berlalu pergi bersama Amsyar, Aiman dan Afiq.

"Kau..."

"Dah, Elis. Jom" ajak Izatul lalu menarik tangan Elis untuk menuju ke kelas mereka. Saat tiba di kelas, kelihatan Iman yang sedang duduk di tempat duduknya sendiri. Hana pula berada di sisi.

"Iman. Kau okey?" tanya Izatul dengan risau. Dia menekup tangannya di sisi wajah Iman. Iman tersenyum kecil lalu menganggukan kepalanya.

"Okey" balas Iman perlahan. Dia menarik senyuman. Nasibnya tidak baik untuk dua hari ini. Baru saja hari kedua persekolahannya, dia sudah dibuli oleh 4 jejaka itu. Dia mengeluh perlahan.

Iman memandang wajahnya di pantulan cermin itu. Wajahnya sedikit pucat. Iman menyentuh perutnya yang berkeroncong. Dia lapar gara-gara tidak sarapan pagi tadi. Keluhan dilepaskan. 

Dia melangkah keluar dari tandas dan ketika itu tepat-tepat loceng waktu rehat berbunyi. Saat dia ingin melintasi kelas 5A-1, serentak dengan itu Cikgu Tina melangkah keluar dari kelas tersebut. Iman menundukkan badannya sedikit dan memberi salam kepada guru wanita itu.

"Iman" 

"Ya, cikgu" sahut Iman perlahan. Dia memberi ruang kepada pelajar-pelajar yang keluar dari kelas kerana ingin pergi rehat.

"Boleh tolong saya tak? Saya nak awak tolong ambilkan kotak dekat dalam kereta saya tapi awak boleh pergi makan dulu. Selepas makan, awak baru ambil pun tak apa" kata Cikgu Tina bersama senyuman dibibirnya.

"Eh tak apa, cikgu. Saya pergi ambil sekarang lah" balas Iman dengan senyuman kecil. Cikgu Tina menghulur kunci keretanya.

"Saya tunggu awak dekat bilik guru" tutur Cikgu Tina dan dia mendapat balasan anggukan daripada Iman. Dia memerhati langkah anak muridnya itu. Hatinya terasa senang dengan tingkah pelajar baru itu yang sopan santun.

Iman menggaru keningnya saat dia terlupa untuk bertanya mana satu kepunyaan kereta guru kelasnya itu. 

Dia berjalan di parking kereta itu lalu punat membuka kunci ditekan. Iman tersenyum saat melihat kereta Myvi berwarna hitam menyala lampunya. Dia berjalan ke arah kereta tersebut.

Kotak dikeluarkan lalu punat kunci ditekan. Dia melangkah menuju ke bilik guru. Nasib sahaja semalam 3 rakannya itu telah membawanya melihat-lihat sekeliling sekolah. Dengan itu, dia tahu keberadaan bilik guru.

Usai dia menghantar kotak tersebut kepada Cikgu Tina, Iman melangkah keluar dari bilik guru tersebut. Perutnya yang tiba-tiba terasa sakit disentuhnya. Langkahnya dibawa menuju ke kelas.

"Iman!" panggil Arif dari belakang. Namun, Iman tidak peduli. Dia memegang dinding supaya menyokong badannya. Kepalanya terasa pening semacam. 

"Iman Aulia!" 

Saat namanya dipanggil, serentak itu Arif menarik lengan Iman dari belakang agar menghadapnya. Namun, tak disangka Arif apabila gadis itu hampir saja jatuh tidak sedarkan diri. Nasib sahaja dia sempat memegang lengan gadis itu.

"Kau dah kenapa?" tanya Arif saat melihat wajah gadis itu yang begitu pucat. Iman memejamkan matanya apabila pandangannya terasa berbalam. Dia mencelikkan matanya tetapi perlahan-lahan matanya tertutup semula.

"Iman!" panggil Arif saat gadis itu tiba-tiba sahaja tidak sedarkan diri. Hampir sahaja gadis itu ingin menyembah ke bumi tetapi sempat disambutnya.

"Hish! Boleh pula kau nak pengsan dekat sini!" marah Arif. Dia memandang sekeliling untuk mencari jikalau ada mana-mana pelajar perempuan yang lalu. 

"Darurat" gumamnya perlahan. Dia terus sahaja mengangkat Iman yang tidak sedarkan diri itu bridal-style. Terpaksalah dia membawa sendiri gadis itu ke bilik kesihatan.

_____

Plastik yang berisi roti dan air mineral itu diletakkan di tepi meja kecil bersebelahan dengan katil yang dihuni Iman itu. 

"Kenapa aku baik sangat ini?" tanya Arif perlahan kepada diri sendiri. Iman yang terbaring itu dipandang sekilas sebelum melangkah pergi. 

Dia terserempak dengan Hana, Elis dan Izatul. Sebelah tangannya diseluk ke dalam poket seluar sukannya. Dia ada menyuruh salah seorang pelajar untuk memberitahu keadaan Iman kepada 3 gadis itu.

"Kalau bukan sebab kau yang suruh Iman datang pagi-pagi buta macam itu, mesti gastrik dia tak datang" ujar Hana dengan amarah yang ditahan. Arif mengeluh kasar saat dirinya dipersalahkan.

"Bukan masalah aku kalau dia sendiri tak sarapan. Ada otak, fikirlah" balas Arif dengan kasar. Dia ingin melangkah pergi tetapi Hana menggenggam kasar kolar baju sukan yang tersarung dibadannya. Dia berbalas pandangan dengan gadis tinggi lampai itu.

"Berhenti buli dia. Aku kawan dia. Jadi jangan kacau kawan aku" tutur Hana dengan pandangan tajam. Arif menepis tangan Hana.

"None of your business" 

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status