The Stupidos (Bahasa Malaysia)

The Stupidos (Bahasa Malaysia)

By:  Izzahkhai  Completed
Language: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
12 ratings
77Chapters
8.4Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

Hazelizz Zachary - Saat mendengar sebaris nama ini, pasti sinonim dengan gelaran si sombong. Tidak mempunyai kawan malah tidak mahu berkawan. Disebabkan kisah lama yang menghantuinya, dia lebih memilih untuk tidak mendekati sesiapa. Berkawan juga tidak. Hidupnya kelam kerana dilema. Apakah yang terjadi saat dia si gadis yang digelar si sombong bertemu dengan 4 jejaka yang boleh dikatakan masuk air? Setiap tingkah mereka membuatkan dia tidak kering gusi. Lucas Harvey. Your badboy. Theo Zander. Your drama king. Ethan Einsteirn. Your genius boy. Jayden Smith. Your ice boy. "Kita akan jadi best friends sampai bila-bila" 'The Friendship Will Never Ends' - THE STUPIDOS

View More
The Stupidos (Bahasa Malaysia) Novels Online Free PDF Download

Latest chapter

Interesting books of the same period

Comments
user avatar
~HANI~
wow....best giler cerite ni....
2021-12-31 22:24:09
0
user avatar
Ainol Yaqin M
Teruskan berkarya....
2021-11-01 00:06:49
0
user avatar
Coc Ke20 Ha Ha
Aduh... dah mcm f4 lak..
2021-09-06 22:15:34
1
user avatar
Ainol Yaqin
..........
2021-08-24 23:25:56
1
user avatar
Ainol Yaqin
Menarik....
2021-08-24 23:25:00
1
user avatar
Ana_Rai
Jalan ceritanya best sangat. terbaik
2021-08-05 11:02:09
2
user avatar
Alkana Sixna
coba baca dlu ,salam hangat dari Indonesia Jakarta
2021-08-03 21:06:45
1
user avatar
Kebo Rawis
Best sangat ni cerita. Recommended la.
2021-08-03 00:32:33
1
user avatar
Zhi
Nice story. Zhi.
2021-07-13 21:05:10
1
user avatar
Matt Dee
Nice story...
2021-07-10 22:10:32
2
user avatar
lovely
Cerita awak best. 👍🏻👍🏻Teruskan menulis. By the way, kalau ada kawan yang dah menulis novel bahasa melayu(malaysia) di good novel, tolong beritahu dorang untuk letak bahasa Malaysia di tajuk buku supaya pembaca malaysia senang nak cari. Pembaca Singapore boleh baca sekali.
2021-07-07 19:40:06
8
user avatar
Hi you
hallo, boleh tau daftar lewat mana ?
2021-06-27 14:12:36
1
77 Chapters
01
-I don't care what they have done to me because I never disturb them-______Seorang gadis yang sedang berjalan berhenti melangkah apabila kakinya terpijak sehelai kertas. Dia menundukkan badan lalu kertas itu dibaca sekilas. Ianya borang daripasebuah kelab perminat. "Apa kejadah benda ini? Bersepah-sepah atas lantai. Ingat ini apa? Hari kertas sedunia ke apa?" bebel gadis itu. Kertas di tangannya dicampak ke atas lantai semula.Kakinya meneruskan langkah ke kelasnya. Wajahnya langsung tidak menunjukkan riak. Dia melangkah masuk ke dalam kelasnya.Kelas yang gelap bertukar terang-benderang apabila gadis itu menekan hidup suis lampu. Dia berjalan ke tempat duduknya.Kertas yang berada di atas mejanya di ambil dan dibaca. Dia mendengus geram. Kertas tersebut direnyukkan lalu dicampak ke dalam tong sampah.
Read more
02
Seperti hari-hari biasa, seawal jam 6.30 pagi dia sudah keluar dari rumah. Ibu bapanya sudah keluar seawal jam 6.20 pagi tadi. Itu adalah kebiasaan bagi mereka kerana risau jikalau jalan sesak. Lagi pula tempat kerja mereka agak jauh.  Pintu rumah di tutup rapat lalu dia menuju ke lift. Hazel berjalan menuju ke sekolahnya. Langit sudah mula kelihatan cerah. Matahari sudah ingin menunjukkan diri.  Kakinya melangkah bersahaja ke sekolah. Dia suka datang awal ke sekolah dan menghabiskan waktu untuk menunggu mulanya pembelajaran dengan melelapkan matanya.  Langkahnya diatur menuju ke kelasnya seperti biasa. Matanya melilau memandang sekeliling. Papan kenyataan di sepanjang koridor di penuhi dengan borang dan poster bersaiz A4.  JEJAKA-JEJAKA KACAK FC Marilah sertai kelab peminat ini. Masih banyak kekosongan lagi. Hazel men
Read more
03
'Thank you to Sabrina because of her she will go to the detention room' omel Hazel di dalam hati. Hazel berjalan perlahan mengikuti langkah Madam Caren. Tak pernah-pernah dia masuk ke bilik tahanan selama dia sekolah di situ dan hari ini dia akan di denda untuk duduk di situ. Bukan itu sahaja. Namanya juga akan masuk ke dalam rekod disiplin. 'The best thing ever!' jeritnya di dalam hati. Dia masih ingat senyuman sinis Sabrina. Bibirnya diketap kuat. Bukan dia tidak tahu gadis itu telah menipunya. Pasti sengaja ingin membalas dendam kerana hal Milo awal pagi tadi. Nasiblah dia sejenis yang bersabar. Kalau tidak habis Sabrina dia kerjakan. Dia cuma pegang dua baris ayat dalam hidupnya. 'I don't care what they have done to me because I never disturb them''Sabar selagi boleh sabar'Disebabkan 2 ayat itu, dia masih sabar dengan kerenah raka
Read more
04
"Mommy! Oh mommy!" Theo berjalan menuju ke bilik tidur ibu bapanya itu. Theo menggaru kepalanya yang terasa gatal tiba-tiba. Masa ini lah nak gatal semacam! "Mana si Maznah ini? Aduh! Maznah! Maznah!" Dahinya ditepuk perlahan. "Siapa pula Maznah? Nama mak aku Carmella lah" monolognya sendirian. Theo mengibas-ngibas angin seperti menghalau lalat. "Merepek apa aku ini?" katanya lagi kepada dirinya sendiri. Dia meneruskan langkahnya menuju ke bilik tidur ibu bapanya. Pintu yang berwarna emas itu dikuak setelah diketuk. "Cak! Mommy!" Pandangannya melilau ke sekeliling bilik itu mencari kelibat ibunya. "Mana pula ini? Bukan tadi baru balik ke?" Dia berpatah balik apabila melepasi meja solek ibunya itu. Dia memandang cermin. Theo tersenyum memandang pantulan cermin itu. Rambutnya yang dibiarkan jatuh ke dahi itu dirapikan sedikit. 
Read more
05
"I want nobody, nobody but you!" Theo menepuk-nepuk tangannya. Lirik yang sama dinyanyikan lagi lalu tangannya ditepuk lagi mengikut rentak. "Bisinglah kau ini" marah Ethan. Matanya memandang ke arah skrin telefonnya semula. Nak belajar pun tak senang! "Kalau tak nak dengar, tutuplah telinga" balas Theo dengan muka yang tidak bersalah. "Masalahnya aku dah pakai airpod ini tapi still dengar suara katak kau itu" ujar Ethan lagi. Theo mencebik. "Whatever" kata Theo dengan reaksi yang sengaja ingin mencari pasal. Sengaja hendak buat Ethan naik darah dengan perangainya. Dia menyanyi lagi tetapi dengan nada yang lebih kuat. Ethan hanya bersabar sahaja. Dia menyambung ulangkajinya. Jayden disebelah hanya bermain game. Ethan mengeluh lagi. "Jayden, please" Jayden memandang Ethan. Bahunya diangkat. Kakinya yang berada di atas meja digoyang-goyangkan.&n
Read more
06
"Diri tegak-tegak!" Mereka berlima berdiri tegak di tengah padang itu seperti yang diarahkan Mr Nolan. Mr. Nolan memandang tajam anak-anak muridnya itu. Dia memerhati seorang demi seorang. Pelajar yang sama melanggar peraturan sekolah. Cuma bezanya hari ini ada seorang pelajar perempuan sahaja. Hazel berdiri di tengah-tengah. Ethan di sebelah kirinya diikuti Jayden di sebelah Ethan. Theo di sebelah kanannya diikuti Lucas di sebelah Theo. "Siapa benarkan awak pakai baju sukan? Tahukan peraturan sekolah hanya pakai baju sukan masa waktu PE sahaja. Selepas itu, kena tukar balik kepada uniform" marah Mr. Nolan. Lucas menggaru kepalanya yang tidak gatal. Theo pula menahan senyuman di bibirnya. Hazel menelan air liur payah. Tidak pernah dia dimarahi Mr. Nolan. Ethan dan Jayden hanya diam memandang Mr. Nolan. "Aduh! Macam mana nak explain eh? Macam ini mister. Tadi Hazel ini j
Read more
07
"Hazel!" Semua mata di dalam kelas itu memandang ke pintu belakang kelas. Pelajar perempuan sudah mula bersorak riang melihat jejaka idaman mereka itu.'Malunya aku' gumam Hazel di dalam hati. Dia bangkit berdiri lalu berjalan ke arah 4 jejaka itu. "Kau orang ini. Janganlah datang-datang terus jerit nama aku. Ketuklah pintu dulu. Selepas itu kata nak jumpa aku. Ha selepas itu lalu pintu depan. Bukan pintu belakang. Dah macam penyangak pun ada" marah Hazel. "Bla bla bla bla" Lucas malas hendak mendengar gadis itu memarahi mereka berempat. Lagi pula dia yang panggil Hazel tadi. Bukan Lucas Harvey kalau jadi baik. Kalau badboy mesti perangai ala ala penyangak sikit. Itulah yang dia fikirkan."Nak apa?" tanya Hazel malas. Dia memandang kiri dan kanan. Takut pelajar perempuan nampak. Lagipun sepanjang 2 minggu dia sudah berkawan dengan mereka berem
Read more
08
"Awal kau orang datang" tegur Hazel apabila 4 kawannya itu sudah berdiri di hadapannya. Dia perasan apabila rakan sekelasnya memandangnya daripada kaca lut sinar kecil yang berada di pintu. Kaca lut sinar itu boleh menampakkan luar dan dalam kelas. Hazel hanya diam sahaja. Dia perasan mereka menjelingnya. Theo, Lucas, Ethan dan Jayden perasan tentang itu turut memandang ke pintu kelas. Mereka berempat membuat isyarat mata antara satu sama lain. Tiba-tiba Lucas tergelak. "Bodoh! Aku tak faham!" bisiknya perlahan. Masing-masing membuat muka toya. "Saja datang awal. Aku lapar. Jom" Jayden mencapai beg sekolah Hazel lalu dia menyandangnya dan berlalu pergi. Kalau hendak tunggu Lucas faham isyarat dia orang memang lambat. "Eh!" "Dah jom!" Ethan memeluk leher Hazel lalu mereka berjalan mengikuti langkah Jayden. Theo menepuk be
Read more
09
"Mama!" Hazel memeluk leher Puan Rozy daripada belakang. Puan Rozy menepuk perlahan tangan anaknya itu. "Nakal! Terkejut mama tahu!" marah Puan Rozy. Tidaklah segarang mana. Hazel tergelak kecil. Dia mencium sekilas pipi ibunya itu lalu mengambil tempat di sebelah ibunya yang sedang membuat kerja. "Banyak kerja ke mama?" tanya Hazel. Dia memerhati di atas meja makan rumah itu. Penuh dengan kertas-kertas. Puan Rozy pula menghadap komputer ribanya. "Haah. Mama dapat kes baru" Hazel mengangguk faham. Tangannya diletakkan di atas meja lalu dagunya direhatkan di atas tangannya. Dia tersenyum. "Papa mana?" tanya Hazel ingin tahu. Jam sudah menginjak ke angka 9 malam tetapi kelibat ayahnya itu masih lagi tidak kelihatan. Makan malam sebentar tadi juga hanya dia dan mamanya sahaja. "Papa balik lambat sayang. Katanya ada projek baru dapat" Hazel mengangguk faham. 
Read more
10
Mereka berlima berdiri sebaris di hadapan pintu pagar. Hazel merungut dalam hati. Dia tadi hendak melangkah masuk ke dalam sekolah tetapi di tahan oleh Lucas. Katanya hendak dapat berkat. Jadi mereka akan melangkah serentak ke dalam sekolah. Motor pula di parking di luar sekolah. Katanya tak pernah lagi parking dekat luar lagi. Selalunya di dalam sekolah sahaja. Hazel hanya layankan sahaja. Macam-macam kerenah."Okey guys! 1! 2! 3!" jerit Lucas. Mereka melangkah serentak ke dalam sekolah. Nampaklah di situ muka tak ikhlas Hazel, Ethan dan Jayden. Theo pula yang terlebih teruja. Siap dirakam lagi. Katanya nak post dekat instagram. Dia kata dia baru download tiktok dengan funimate. Nak buat slowmo bagai. Entahlah. "Dah? Habis?" sindir Ethan dengan muka menyampahnya. Lucas sudah memuncung. Susah kalau berkawan dengan orang yang tak reti faham maksud apa itu 'fun' di dalam hidup. 
Read more
DMCA.com Protection Status