Share

09

"Mama!" Hazel memeluk leher Puan Rozy daripada belakang. Puan Rozy menepuk perlahan tangan anaknya itu. 

"Nakal! Terkejut mama tahu!" marah Puan Rozy. Tidaklah segarang mana. Hazel tergelak kecil. Dia mencium sekilas pipi ibunya itu lalu mengambil tempat di sebelah ibunya yang sedang membuat kerja. 

"Banyak kerja ke mama?" tanya Hazel. Dia memerhati di atas meja makan rumah itu. Penuh dengan kertas-kertas. Puan Rozy pula menghadap komputer ribanya. 

"Haah. Mama dapat kes baru" Hazel mengangguk faham. Tangannya diletakkan di atas meja lalu dagunya direhatkan di atas tangannya. Dia tersenyum. 

"Papa mana?" tanya Hazel ingin tahu. Jam sudah menginjak ke angka 9 malam tetapi kelibat ayahnya itu masih lagi tidak kelihatan. Makan malam sebentar tadi juga hanya dia dan mamanya sahaja. 

"Papa balik lambat sayang. Katanya ada projek baru dapat" Hazel mengangguk faham. 

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status