Share

04

"Mommy! Oh mommy!" Theo berjalan menuju ke bilik tidur ibu bapanya itu. Theo menggaru kepalanya yang terasa gatal tiba-tiba. Masa ini lah nak gatal semacam! 

"Mana si Maznah ini? Aduh! Maznah! Maznah!" Dahinya ditepuk perlahan. 

"Siapa pula Maznah? Nama mak aku Carmella lah" monolognya sendirian. Theo mengibas-ngibas angin seperti menghalau lalat. 

"Merepek apa aku ini?" katanya lagi kepada dirinya sendiri. Dia meneruskan langkahnya menuju ke bilik tidur ibu bapanya. Pintu yang berwarna emas itu dikuak setelah diketuk. 

"Cak! Mommy!" Pandangannya melilau ke sekeliling bilik itu mencari kelibat ibunya. 

"Mana pula ini? Bukan tadi baru balik ke?" Dia berpatah balik apabila melepasi meja solek ibunya itu. Dia memandang cermin. 

Theo tersenyum memandang pantulan cermin itu. Rambutnya yang dibiarkan jatuh ke dahi itu dirapikan sedikit. 

"Bila nak bertambah hensem ini?" monolognya sendirian. 

Dia tertawa kecil dengan kata-katanya yang boleh dikira masuk bakul angkat sendiri itu. Matanya tertancap ke arah beberapa barang solek ibunya yang berada di atas meja itu. 

Theo mendekati meja solek itu. Dia membelek-belek barang solek itu. Di pusing-pusing dan diteliti satu-persatu.

"Ini gincu kan? Yang pakai dekat bibir itu. Eh memanglah pakai dekat bibir. Takkan pakai dekat tapak kaki pula" gumamnya sendirian. Penutup gincu itu dibuka. Gincu tersebut disentuh dengan hujung jari. 

"Keras benda ini" Dipegang gincu tersebut. 

Tap! 

"Alamak!"

________

"Bik! Oh bik!"

"Ya! Tuan muda!" Pembantu rumah yang berumur dalam lingkungan 40-an itu mendekati Theo yang sudah bersiap dengan pakaian sekolahnya. 

Wanita itu memandang Theo dengan pandangan yang pelik. Jam di dinding dipandang. Jarum jam baru sahaja menunjukkan pukul 6.00 pagi. Mengapa terlalu awal bersiap?

"Awalnya tuan muda siap. Baru pukul 6" ujar wanita tersebut. Theo merapikan rambutnya. 

"Whatever. Mommy saya dah bangun?" tanya Theo. Malas hendak membalas kata-kata pembantu rumahnya itu. 

"Biasanya dah. Mungkin tengah bersiap. Lagipun hari ini puan kena keluar awal sebab outstation" balas pembantu rumah itu. Theo membulatkan matanya.

Oh no! 

"Saya kena pergi. Kalau mommy tanya mana saya cakap saja tak tahu. Okey?" ujar Theo kalut. 

Meremang bulu romanya. Takut dimarahi ibunya yang garang itu. Sudahlah dia buat hal malam tadi. 

"Okey tapi kenapa? Tuan muda buat hal lagi ya?" Theo memetikkan jarinya di hadapan pembantu rumahnya itu. 

"Exactly" Fahamlah wanita itu bahawa Theo sudah membuat masalah lagi.

Theo memandang jam Rolex dipergelangan tangannya itu. Hampir 10 minit dia membazir masa bercakap dengan pembantu rumahnya itu. 

"Saya kena per..."

"Theo Zander!" Terdengar jeritan Puan Carmella dari tingkat atas rumah agam dua tingkat itu. 

"Alamak!" Theo terus berlari menuju ke pintu utama rumah itu. Terus sahaja dia berlari keluar dari rumah itu. 

"Bik! Ada nampak Theo tak?" Bercekak pinggang Puan Carmella di tangga. Mencari keberadaan anak terunanya yang seorang itu.

Pembantu rumah itu menelan air liur dengan kesat. Majikannya ini memang agak garang tetapi tetap sahaja Theo membuat masalah walaupun tahu ibunya itu garang. 

"Tak...tak tahu puan" balas pembantu rumah itu sedikit gagap. Reaksi dikawal agar tidak ketahuan.

Puan Carmella tanpa banya soal terus sahaja naik ke tingkat atas semula. Geram dengan anak keduanya itu. Selalu sahaja membuat darahnya naik. Pembantu rumah itu menarik nafas lega. 

________

"Awal kau sampai" tegur Ethan. Ethan menumbuk bahu Theo yang duduk di atas motorsikal entah milik siapa sambil membetulkan rambutnya yang sedikit serabai. 

"Biasalah. Aku kan rajin" balas Theo dengan bangga. Ethan menggulingkan biji matanya ke atas. Menyampah! 

"Tak lain tak bukan mesti kau buat hal lagi" Ethan mula serkap jarang. Bukan dia baru kenal Theo. Sejak mereka berumur 6 tahun lagi mereka sudah menjadi kawan rapat. 

Mereka terlalu rapat sampaikan Theo beli spender warna apa pun dia tahu! Gurau saja. Tak adalah sampai macam itu sekali. 

Theo hanya tersengih. Ethan tak pernah tak betul. Semuanya betul. Dia menipu pun lelaki itu tahu. 

"Hidup kau memang takkan lari dari masalah sebab kau yang suka cari masalah" kutuk Ethan. Cermin matanya dibetulkan sedikit agar selesa terletak di pangkal hidungnya. 

"Whatever lah brother! Yang penting aku nak masuk kelas sekarang. I need an aircond!" Theo melompat turun dari motorsikal tersebut. Dia tertendang helmet yang diletakkannya tadi di atas jalan tar. 

"Alamak! Tertendang pula!" Helmet yang bergolek diambil semula dan diletakkan semula di atas motorsikal. 

"Jom! Jom! Mampus aku kalau tuan dia nampak!" Theo berlari meninggalkan parking motor pelajar itu. Ethan hanya berjalan santai mengikuti langkah sahabatnya daripada belakang.

_______

"Weyh macam mana ini?" Theo sudah menggigit ibu jarinya. Tabiat dia yang satu itu apabila dia berasa risau atau gementar. 

"Apa hal?" tanya Ethan. Matanya yang memandang telefon dikalihkan memandang Theo yang nampak risau. 

"Aku kan ada cerita yang aku tak sengaja patahkan gincu mak aku. Mati aku. Aku tak nak balik rumah lah macam ini. Ethan aku tidur rumah kau lah ya 

"Ah! Kau jangan nak mengada! Jadi tokang pecah rumah aku nanti!" Theo mencebik. 

"Lucas?" Lucas menggangguk laju. Theo tersenyum tetapi laju sahaja Lucas menggelengkan kepalanya pula. Theo membuat muka sedih. 

"Cousin aku nak datang. Jadi tak boleh" kata Lucas. Belakang badan Theo ditepuk-tepuk.

"Jayden?" Jayden menggelengkan kepalanya. 

"Parents aku nak tidur rumah aku" kata Jayden. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya. 

"Aku tak nak mati pekak kena membebel dengan mak aku!" 

"Beli saja lah baru" Lucas mengusul cadangan. Sebelah keningnya diangkat beberapa kali. 

"Masalahnya aku tak tahu. Aku tak tahu nak cari makeup bagai ini" ujar Theo. Dia mengeluh perlahan. 

"Eh sekejap!" Lucas berkata sedikit kuat sambil memberhentikan langkahnya. Theo, Jayden dan Ethan turun memberhentikan langkah mereka. 

"Benda kau ini? Aku tengah stres fikir pasal makeup mak aku ini" rungut Theo kepada Lucas. 

Boleh pula hendak main berhenti-berhenti di tengah jalan. Sudah lah sejak tadi ramai pelajar perempuan memandang ke arah mereka. 

Another cliche part!

"Itu Hazel kan?" Lucas menunjuk ke suatu arah. Terlihat seorang pelajar perempuan sedang bermain dengan seekor kucing sambil menyandang beg sekolahnya. 

"Kau orang fikir tak apa aku fikir? Theo?" ujar Lucas kepada sahabat-sahabatnya. Theo mengerutkan dahinya sebelum dia tersenyum. 

"Hazel!" Theo berlari ke arah Hazel lalu memeluk Hazel. 

Hazel menolak kuat Theo. Tiba-tiba saja peluk orang dah kenapa? Sudah lah ramai pelajar perempuan memandang tajam ke arahnya. 

"Kau penyelamat aku! Kau kena tolong aku! Jom!" Theo menarik tangan Hazel agar mengikuti langkahnya. 

"Eh! Kau nak bawa aku pergi mana ini?" Hazel ditarik oleh Theo menuju ke arah Lucas, Jayden dan Ethan. 

"Eh! Lepaslah!" 

"Tak nak! Kau kena tolong aku sekarang ini! Ini antara hidup dan mati tahu!" balas Theo lagi. Ditarik Hazel supaya berjalan sekali dengan mereka berempat. 

"Kau serious lah?" tanya Ethan kepada Theo. Theo mengangguk laju. Lucas hanya ketawa apabila melihat muka ragu-ragu Ethan. Jayden seperti biasa hanya diam sahaja. 

"Nak pergi mana ini? Aku nak balik!" Hazel ingin berlalu pergi tetapi ada tangan yang menarik beg sekolahnya sehingga dia terundur ke belakang beberapa langkah. 

"Argh! Tak ada! Kau kena ikut kita orang!" 

"Tak..." Hazel terdiam apabila ada tangan menutup mulutnya. Dia mendongak memandang wajah dingin itu. 

"Diam dan ikut" 3 patah perkataan itu sahaja membuatkan Hazel gerun.

Dengan pasrah dia mengikuti langkah mereka berempat. Sudah lah tidak kenal rapat dengan 4 jejaka. Selepas itu, dipaksa pula mengikuti mereka.

________

'Mall?' detik hatinya. Dia melangkah keluar dari kereta Alphard hitam itu bersama 4 jejaka itu. 

"Nak buat apa dekat sini?" tanya Hazel pelik. 

Dia nak balik! 

"Kita berak ramai-ramai nak?" balas Lucas dengan sengihan. Hazel membuat reaksi geli. 

"Aduh!" 

Lucas mengusap belakang kepalanya yang dipukul oleh Jayden. Lama-kelamaan boleh biul dia nanti. Asyik-asyik Jayden mengetuk kepalanya. 

"Okey now! Misi kita nak cari makeup!" ujar Theo bersemangat. Dia tersenyum senang di situ. Hazel membuat wajah pelik. 

"Kau nak pakai makeup ke?" tanya Hazel dengan muka blur. 

Serious lah?

Hazel mengaduh sakit apabila Theo menarik rambutnya yang diikat gaya ponytail itu. Rambutnya dipegang.

"Kau jangan bengap sangat. Lain kali tanya dulu. Aku nak ganti makeup mak aku" Hazel mengangguk faham. Itulah tujuan sebenar dia diheret oleh 4 jejaka itu. 

"Okey jom!" 

Theo memeluk leher Hazel lalu melangkah masuk ke dalam bangunan setinggi 7 tingkat itu. Hendak cari makeup saja. Itupun diheretnya sampai ke Harrods dah kenapa? 

"Now kau tolong aku pilih. Aku tak tahu yang mana satu" ujar Theo dengan sengihan di bibir. Mereka berlima sekarang sedang berada di dalam kedai yang menjual pelbagai barang solek. 

"Tapi aku tak tahu mak kau pakai jenis yang macam mana. Jenama apa semua itu" balas Hazel. Theo berfikir sejenak. 

"Kau ingat tak ciri-ciri makeup mak kau itu, Theo?" tanya Ethan dengan kening yang diangkat sebelah. 

"You are the smarter!" Theo memetik jarinya. Ethan menggelengkan kepalanya. Buat masalah tahu tapi nak selesaikan masalah tak tahu. 

Theo mula menerangkan ciri-ciri gincu maknya yang dipatahkan. Hazel mula mencari-cari. 

"Ini?"

"No"

"Ini?"

"No"

"Ini?"

"No" Theo menggelengkan kepalanya lagi. Hazel mengeluh. Mak dia pakai lipstick apa ini? Apa ke susahnya nak mencari. 

"Lama lagi ke weyh?" rungut Lucas. Sudah hampir satu mereka di Harrods. Ini kedai yang kedua mereka pergi untuk mencari lipstick yang sama jenisnya. 

"Lain kali kau jangan buat hal lah Theo. Menyusahkan betul" marah Ethan. Banyak benda lagi boleh dibuat main tapi sibuk sahaja hendak bermain dengan makeup Puan Carmella. 

"Aku dah bosan tunggu" ujar Jayden pula. Riak kosong itu tetap sahaja dipaparkan. 

"Biarlah! Kau, kau, kau diam! Jangan nak bising!" marah Theo balik. Dia masih mengikuti Hazel mencari gincu maknya. 

"Ini?"

"Sebiji!" Terus dicapai semua gincu itu. Dibawa ke kaunter dan dibayar dengan kad kredit. Hazel buat muka tidak percaya.

'Dia ambil semua?' monolognya di dalam hati.

"Okey now kita pergi makan" Hazel ditarik oleh Lucas. Hazel hanya mengikuti sahaja. 

"Woi! Tunggu!" Theo mengejar langkah mereka. Kurang asam betul tinggalkan dia!

Mereka berlima melangkah masuk ke dalam sebuah restoran. Tidak usah tanya mewah atau tidak kerana Harrods ini merupakan sebuah pusat untuk membeli-belah yang mewah.

Mereka berlima membuat pesanan. Setelah membuat pesanan, Theo berlalu pergi. Katanya hendak membeli barang. Tepat sahaja pesanan mereka sampai, Theo juga tiba semula. 

Mereka berlima mula makan. Usai makan, mereka berlima kembali semula ke dalam kereta Alphard yang dipandu oleh pemandu keluarga Theo itu. Mereka akan menghantar Hazel dahulu.

Kereta Alphard itu berhenti di hadapan bangunan yang menempatkan rumah kondo. Hazel membuka pintu kereta. Baru sahaja dia ingin keluar, ada tangan yang menahan. 

"Thanks tolong kita orang. Kita orang happy sangat sebab dapat keluar dengan kau hari ini" ujar Theo dengan senyuman manis di bibirnya.

"Eh kau seorang saja happy! Kita orang tak pun! Dah lah kena tunggu kau beli makeup!" celah Lucas yang duduk di bahagian penumpang belakang sekali.

"Diamlah kau kambing!" Hazel tersenyum dengan keletah mereka. Theo menghulur satu beg kertas ke arah Hazel. 

"Present sebab kau tolong aku" Hazel menyambut dan mengucapkan terima kasih. Dia melangkah keluar dari kereta itu. 

"Bye pretty!" Theo melambai dari tingkap. Hazel tersenyum. 

Apabila kereta Alphard itu hilang daripada pandangan, Hazel melangkah masuk ke dalam bangunan kondo setelah mengakses kad . 

Dia naik ke tingkat 6 iaitu tingkat terletaknya rumahnya. Setelah kod dimasukkan di pintu, dia melangkah masuk dan menuju ke biliknya. Beg sekolahnya diletakkan di atas meja belajar. 

Beg kertas tadi dibuka. Dia mengeluarkan kotak yang tertulis DW di atasnya. Kotak tersebut dibuka. Dia tersenyum melihat jam DW berwarna gold rose itu. Di dalam kotak itu juga ada bracelet yang sama warna dengan jam itu. 

Cantik! 

Dia berasa seronok apabila bersama mereka. Sudah lama dia tidak mempunyai kawan dan hari ini dia dapat merasainya kembali. 

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status