Share

06

"Diri tegak-tegak!" Mereka berlima berdiri tegak di tengah padang itu seperti yang diarahkan Mr Nolan. Mr. Nolan memandang tajam anak-anak muridnya itu. 

Dia memerhati seorang demi seorang. Pelajar yang sama melanggar peraturan sekolah. Cuma bezanya hari ini ada seorang pelajar perempuan sahaja. 

Hazel berdiri di tengah-tengah. Ethan di sebelah kirinya diikuti Jayden di sebelah Ethan. Theo di sebelah kanannya diikuti Lucas di sebelah Theo. 

"Siapa benarkan awak pakai baju sukan? Tahukan peraturan sekolah hanya pakai baju sukan masa waktu PE sahaja. Selepas itu, kena tukar balik kepada uniform" marah Mr. Nolan. 

Lucas menggaru kepalanya yang tidak gatal. Theo pula menahan senyuman di bibirnya. Hazel menelan air liur payah. Tidak pernah dia dimarahi Mr. Nolan. Ethan dan Jayden hanya diam memandang Mr. Nolan. 

"Aduh! Macam mana nak explain eh? Macam ini mister. Tadi Hazel ini jatuh longkang. Yang lain ini nak selamatkan. Saya yang nampak dia orang dalam longkang ini macam seronok saja, saya join lah sekali. Jadi takkan kita orang nak pakai uniform yang dah bau longkang. Kalau mister mesti tak nak pakai lagi kan?" jawab Lucas panjang lebar. 

Hazel membulatkan matanya apabila Lucas dengan sengaja memalukannya. Walau cerita itu tak betul tapi benda itu memalukan! 

Dia perasan Theo sudah tergelak. Ethan dan Jayden memandang Lucas sekilas. Sudah agak Lucas akan membuat cerita. 

"Menjawab! Ha yang itu kenapa gelak? Nampak saya buat lawak mega dekat depan ini ke?" Theo terdiam semula apabila dimarahi. Mr. Nolan memandang Lucas semula. 

"Tangan!"

"Lah saya dah explain pun kena sebat ke mister?" rungut Lucas. Dia cuba mengelak untuk dirotan. 

"Menjawab! 2 kali!" Lucas menghulur tangannya dengan pasrah.

Pap! Pap! 

"Sakitlah mister. Kenapa kuat sangat?" 

"Nak kena lagi ke?" Lucas menggeleng laju. Kau gila?! Berbilai woi telapak tangan! 

"Yang lain!"

Pap! Pap! Pap! Pap! 

Hazel mengaduh sakit perlahan. Sumpah sakit! Ini lagi sakit dari kena rotan dengan Madam Caren. 

"Diri sampai balik!" Mr. Nolan berlalu pergi. 

"Asal lah meeting boleh habis awal pula?" keluh Lucas. Tidak pasal-pasal mereka di denda. Sudah lah panas.

Hazel mengesat peluh yang mengalir di dahinya. Jaket sukan yang dipakainya dicampak ke atas rumput padang itu meninggalkan t-shirt sukan lengan pendek berwarna putih biru yang berlogo sekolah itu. Panas! 

"Kau tengok itu. Pakwe-pakwe kita kena denda"

"Perempuan itu bukan ke si sombong itu"

"Haah lah weyh"

"Sebelum ini bukan main sombong"

"Aku pernah tegur dia weyh tapi dia buat bodoh saja. Geram aku"

Hazel mengikat rambutnya gaya ponytail. Serius panas! Dah lah kena denda. Panas pula itu. Cuaca tak membantu langsung! 

Dapat ganjaran ada orang mengumpat dia pula itu. Gaya macam nak bisik tapi cakap macam tertelan mikrofon! Sakit pula hati dia. Dua orang pelajar perempuan itu dipandang tajam. 

Masing-masing melihat tingkah Hazel kecuali Jayden yang memandang langit. Hazel menggaru keningnya yang tidak gatal. Awkward gila! 

Terus sahaja dia berdiri tegak dan memandang hadapan. Terasa nyaman sikit apabila angin bertiup. Dua orang pelajar perempuan tadi sudah berlalu pergi. 

"Kau tak ada kawan ke?" Hazel memandang Ethan yang menanyakan soalan kepadanya. Sebelah keningnya diangkat.

"Aku tak pernah nampak kau dengan sesiapapun. Selalu seorang" sambung Ethan. Hazel memandang hadapan. 

"Entahlah" balas Hazel ringkas. Dia malas hendak menjawab. Lagipun dia tidak rasa kawan mendatangkan manfaat untuknya. 

Lagipun susah nak cari kawan yang betul-betul ikhlas untuk berkawan. Kalau sekadar kawan yang suka mengutuk di belakang dan ada ketika senang sahaja, lebih baik tak payah ada terus. 

"Bila kau ada kawan dia yang akan support kau. Ada dengan kau, no matter what happens. It's call as a bestfriend" balas Ethan dengan tenang. 

Theo dan Lucas tersenyum mendengar kata-kata Ethan. Jayden tersenyum nipis. Friendship mereka berempat sangat kuat. Mungkin mereka selalu bergaduh tetapi itu cara mereka mengeratkan lagi hubungan mereka sebagai sahabat. 

"Sejak bila kau jadi macam ini Ethan?" usik Theo dengan sengihan di bibir. Theo dan Lucas tertawa. Ethan sekadar tersenyum. 

"Tapi aku tak perlukan kawan" balas Hazel. Dia memandang langit yang kerbiru-biruan itu. Dia teringat sesuatu. Memori. Ya, sebuah memori yang takkan pernah dia lupakan. 

"Lagipun selama ini elok saja aku seorang-seorang" sambung Hazel. Masing-masing terdiam mendengar bicara gadis itu.

"Kalau kita orang nak jadi kawan kau?" celah Theo. Dia suka dengan Hazel. Gadis itu ada daya tarikan yang tersendiri. 

"Kenapa?" balas Hazel ingin tahu. Hazel memandang Theo. 

"Kau baik"

"Macam mana kau tahu aku baik?"

"Muka kau nampak baik"

"Tapi aku jahat" provok Hazel.

"Lucas lagi jahat daripada kau. Tengok muka dia pun orang dah tahu dia jahat" balas Theo lagi. Hazel hampir tertawa tetapi dia tahan. 

"Tak guna kau. Balik balik aku yang kena" marah Lucas.

Theo, Ethan dan Jayden tertawa. Pertama kali melihat Jayden tertawa. Lucas sudah buat gaya ingin mencekik tetapi Theo tidak kisah. Dia menjelirkan lidahnya mengejek. 

"Boleh kan?" tanya Theo kepada Hazel setelah tawanya terhenti. Hazel perasan empat pasang mata tertumpu ke arahnya. 

"Mana tahu ada yang tak suka aku antara kau orang ini. Tak nak aku" Hazel cuba beralasan. 

"Siapa kata?" ujar mereka berempat serentak. Wow! Hazel tersenyum. Dia berdiam diri. 

Mungkin dia orang betul-betul ikhlas hendak berkawan dengannya. Tengok saja lah macam mana. Satu-persatu wajah mereka dilihatnya. Dia menarik senyuman manis.

"Okey"

Mereka tersenyum. Lucas terus menarik pergelangan tangan Hazel untuk berlalu pergi. Hazel mengikut sahaja.

"Lucas!"

"Jom!"

"Aku dah agak" ujar Ethan. Dia mengeluh perlahan. 

"Jom saja lah" Theo menolak bahu Ethan. 

Mereka bertiga mengikuti langkah Lucas dan Hazel. Jayden sempat mencapai jaket sukan Hazel. Mereka berlari menuju ke pagar belakang sekolah itu. 

"Nak pergi mana?" Hazel menanyakan soalan setelah mereka berhenti di hadapan pagar itu. Dia mula berasa hairan. Kenapa mereka ke sini?

"Fly!" jerit Lucas riang. 

Dia lah yang paling suka apabila berkaitan ponteng ini. Masa balik ada lebih kurang 1 jam dan dia takkan menghabiskan tenaga untuk berdiri di tengah padang itu. 

Seriuslah? Baru jadi kawan dah ajak ponteng sekolah. Mungkin betul yang dikatakan Theo bahawa Lucas itu jahat atau ayat yang berlapik sikit, he is a badboy. 

"Tapi beg..."

"Itu kau jangan risau. Dah cepat panjat" arah Lucas. Dia memanjat pagar yang tinggi itu lalu melompat turun. Jayden melakukan perkara yang sama. Hazel membulatkan matanya. 

"Tinggi lah. Aku tak sampai" Pagar itu tingginya lebih daripada kepalanya. Sudahlah tingginya hanya 159 cm sahaja. 

"Kau itu yang pendek sangat" kutuk Lucas. Hazel menjeling. Ethan pula memanjat pagar. Dia duduk di atas pagar itu lalu menghulur tangannya ke arah Hazel. 

"Cepat aku tolong" 

"Still tak sampai" balas Hazel. Susah jadi pendek ini. Rungutnya sendirian.

"Itu lah. Lain kali minum susu banyak-banyak" kutuk Theo pula. Hazel mencebik. Lucas sudah tergelak. 

"Biar aku tolong" Theo memberi pandangan ke arah Ethan. Ethan mengangguk. 

Theo memegang pinggang Hazel lalu mengangkatnya. Ethan terus mencapai tangan Hazel dan membantu gadis itu naik. 

"Kau ini! Bagilah signal dulu!" marah Hazel. Terkejut dia apabila Theo mengangkatnya. Sakit pinggang dia dibuatnya. Theo hanya ketawa sahaja. 

"Bebel pula kau. Dah turun" arah Ethan. Hazel menggeleng. Gayat dia. Tinggi sangat. 

"Tinggi weyh" Hazel terjerit kecil. Hampir sahaja dia terjatuh. Nasib Ethan sempat menahan badannya daripada jatuh ke belakang. Semuanya kerana Theo Zander.

"Theo!" jeritnya geram. Theo yang sudah selamat mendarat di atas jalan tar itu sekadar tertawa sahaja diikuti Lucas. Dia orang memang kaki gelakkan orang. 

"Cepatlah weyh"

"Kalau aku mati macam mana?" Ethan sudah menepuk dahinya. 

"Tak matilah. Cepat turun. Takkan kita nak berkhemah atas pagar ini pula" bebel Ethan. Lucas turut menggamitnya turun. 

"Takut weyh"

"Susahlah kau ini. Sini aku senangkan" Terus Lucas menarik kaki Hazel kuat. Hampir sahaja dia jatuh ke atas jalan tar tetapi nasib Jayden yang berdekatan menyambutnya daripada jatuh. 

"Thanks" ucap Hazel malu. Tak guna punya Lucas! Saja nak malukan dia! Jayden mengangguk kepala. 

"Senangkan nak turun?" usik Theo lalu tergelak. Ethan pula melompat turun. Hazel membuat muka masam. Masing-masing saja nak kenakan dia. 

"Nah jaket kau" hulur Jayden. Hazel menyambutnya dan mengucapkan terima kasih. 

"Jom!" Lucas menuju ke arah satu kereta berjenama BMW berwarna hitam. Lucas dengan selamba masuk ke dalam bahagian pemandu dan menghidupkan enjin. 

"Dah cepat masuk!" arah Lucas. Karang kantoi dengan Mr. Nolan, habis mereka berlima nanti. 

Theo menolak Hazel masuk ke dalam tempat duduk belakang. Awal-awal lagi Jayden sudah mengambil tempat duduk di bahagian penumpang hadapan. 

"Apa benda ini kena duduk dengan dia orang dekat belakang ini" rungut Hazel perlahan apabila dia terpaksa duduk di antara Theo dan Ethan. Cuba bagi dia duduk depan. Tetapi malangnya Theo mendengar kata-kata Hazel. 

"Shh diam. Bersyukur sikit aku tak suruh kau duduk atas bumbung" kata Theo. Hazel mencebik. Lucas memulakan pemanduannya. 

"Kau dah ada lesen ke Lucas sampai dah boleh drive kereta pergi sekolah ini?" tanya Hazel ingin tahu. 

Kebanyakan pelajar sekolah itu sekadar membawa motor sahaja kerana masing-masing tiada lesen kereta lagi. 

"Kan aku dah kata dia jahat. Confirm dia tak ada lesen. Ini pun dia bawa senyap-senyap rembat kereta bapa dia ini" celah Theo tanpa sempat Lucas menjawab. 

"Ada karang yang kena tinggal dekat tengah jalan ini" ugut Lucas. Geram saja dia lagi tadi dengan Theo. 

"Tak mati kan kalau naik kau?"

"Woi!" Hazel tersengih. Serentak pula itu kena marah. Doa-doa saja lah dia selamat sampai. 

_______

"Woi! Nah ambil!" Tersentak Hazel dibuatnya apabila ada orang mencampak beg sekolah mereka berlima di atas meja. 

Nasib makanan yang mereka pesan belum sampai lagi. Jikalau tidak, tidak tentu pasal jadi pesta makan di atas lantai nanti. 

"Tak ikhlas lah kau ini. Kesian beg aku. Mahal tahu aku beli dekat Turki" 

Lelaki yang mencampak beg mereka itu menggulingkan biji mata ke atas. Menyampah mendengar kata-kata Theo.

"Kisah pula aku. Janji aku dah tolong" balasnya. Tidak ambil kisah dengan rungutan Theo itu.

Lelaki itu memandang ke arah Hazel. Dia menarik senyuman manis. Pertama kali dia bertemu dengan gadis itu. Sebelum ini tidak pula dia lihat gadis itu melepak dengan 4 jejaka itu. 

"Hai pretty. Nama I Brandon Hollan. You can call me Brandon" Lelaki yang bernama Brandon itu mengenyitkan mata ke arah Hazel. Hazel berasa janggal. 

"What is your name? Or I should call you honey?" tanya Brandon. Tanpa sempat Hazel membalas ada yang mencelah. 

"Jangan sibuklah. Kau tak payah kacau dia" celah Theo. 

"Kau tak payah tunjuk perangai playboy kau dekat sini" ujar Ethan kepada Brandon. Brandon menjeling menyampah. 

"Nak ngurat perempuan lain. Dia tak boleh" ujar Jayden pula. 

"Kau dah tak diperlukan lagi. So boleh blah" halau Lucas selamba. Brandon membuat muka. 

"Biadab dia orang ini you" ngadu Brandon kepada Hazel. Hazel sekadar tersenyum. 

"Dah blah!" Lucas menolak Brandon menggunakan kakinya. Elok sungguh! 

"Dah lah tak cakap terima kasih. Aku nak kenal dengan honey ini pun tak boleh. Protective sangat lah kau orang ini" rungut Brandon. 

"Sama-sama. Dah blah" Brandon berlalu pergi juga setelah tiga kali di halau. Sempat dia melambai ke arah Hazel.

"Siapa itu?" tanya Hazel ingin tahu. 

"Brandon. Cousin aku belah mak aku. Dia itu playboy. Kau jangan rapat dengan dia. Bahaya. Nanti dia ngurat kau" terang Lucas. Hazel mengangguk faham. 

Baru dia faham kenapa mereka menghalang Brandon daripada mengenalinya. Takut dia menjadi mangsa playboy itu pula. 

Aww! So sweet! 

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status