HAZELIZZ ZACHARY POV
Aku melangkah masuk ke dalam sebuah kereta berjenama Mercedes berwarna hitam di bahagian penumpang belakang.
"Sorry I'm late" ucapku dengan senyuman. Aku sudah terlambat 5 minit.
"Buat apa saja lama-lama dalam bilik itu?" tanya Hailey. Geram betul apabila adiknya itu lambat. Aku tersengih. Aku menjengul kepala di antara tempat duduk penumpang hadapan dan pemandu.
"Aku tak jumpa airpod aku" balasku tanpa rasa bersalah. Nak buat macam mana? Aku terlupa yang aku bawa airpod aku masuk bilik air masa aku nak ambil pencuci muka yang Hailey minta.
"Alasan" Cora menyampuk. Sudah masak dengan sikapku yang sering terlewat itu. Masa itu lah hendak hilang macam-macam benda.
"Mia dengan Anna mana?" Aku beralih tempat duduk di tepi tingkap belah kanan. Badan disandarkan manakala siku kananku diletakkan di pintu.
"Dia orang da
"Hazel" Theo memanggil nama Hazel dengan perlahan apabila melihat Hazel yang sudah mengalirkan air mata. Masing-masing juga berasa kasihan dengan Hazel."Sebab itu aku tak ada kawan dekat Harlley. Aku tak percaya siapa-siapa"Air matanya diseka perlahan."Kenapa pandang aku macam itu?" Hazel tertawa kecil apabila semua mata tertumpu ke arahnya."Kau okey?" tanya Lucas dengan risau."Aku okey lah" Hazel menarik senyuman nipis dibibirnya."Kalau kau nak menangis, menangislah. Kita orang ada dengan kau" ujar Ethan. Hazel memandang Ethan dengan pandangan yang berkaca."Aku dah cuba tahan tapi tak boleh" Hazel melepaskan tangisannya disitu. Mukanya ditekup dengan telapak tangannya.Theo menarik Hazel ke dalam pelukannya. Lucas turut memeluk. Ethan dan Jayden melakukan perkara yang sama. Me
Hazel menekan loceng di tepi pagar. Dari luar dia sudah ternganga melihat rumah Ethan yang tersergam indah. Boleh tahan besar rumah Ethan. Tali beg dibahunya dipegang."Jom masuk" Ethan yang membuka pintu pagar rumah mengajak Hazel masuk."Mana yang lain?" tanya Hazel. Ethan menolong gadis itu membawa begnya."Ada dekat dalam. Semua dah sampai" balas Ethan. Hazel mengangguk."Hazel!" Badannya dipeluk oleh Theo. Baru sahaja tidak berjumpa 2 hari, sudah buat gaya seperti tidak berjumpa 2 tahun."Aku ada bawa adik aku sekali join kita. Untuk teman kau" kata Lucas. Kening diangkat beberapa kali."Thank you" ucap Hazel dengan senyuman."Most welcome"Hazel melambai tangannya ke arah Jayden yang duduk di atas sofa. Jayden membalas lambain gadis itu. Senyuman nipis turut teruki
"Ha!" Ethan mengusap dadanya kerana terkejut. Dia memandang Hazel yang tersengih."Buat apa ha? Berangan?" Hazel duduk di sebelah Ethan yang merendamkan kaki ke dalam kolam. Dia menyiku pinggang Ethan."Tak ada lah. Saja lepak sini" Ethan menyiku Hazel balik. Hazel merenjis air ke muka Ethan. Ethan merenjis balik. Hazel tergelak."Ethan" panggil Hazel. Ethan mengangkat sebelah keningnya."Dalam tak kolam ini?" tanya Hazel sambil menunjuk ke arah kolam dihadapan mereka berdua ini. Dia melihat ke dalam kolam."Dalam. Paras bahu aku" balas Ethan. Hazel mengangguk. Dia duduk tegak semula. Kalau dia masuk mesti tenggelam. Dia pun paras bahu Ethan saja."Kenapa? Kau takut jatuh? Tak pandai berenang?" tanya Ethan bertalu-talu. Dia tersenyum senget. Hazel tersengih saja."Yow" Ethan dan Hazel memandang belakang. Jayden mengambil tempat duduk di kerusi rehat yang tersedi
Theo tersedar daripada lenanya. Dia menukar posisinya kepada duduk. Tengkuknya yang terasa lenguh di urut perlahan. Dia memerhati sekeliling rumah Ethan itu. Dahinya berkerut. Kenapa sunyi?Theo bangkit berdiri. Dia menggeliat. Bahunya pula diurut perlahan. Malam tadi dia tidur di atas karpet tanpa bantal. Lengannya digosok. Sejuk."Ethan""Hazel""Jay""Lucas""Lily"Theo berjalan mencari rakan-rakannya. Dia menggaru pelipisnya yang tidak gatal."Asal kosong saja rumah ini? Dia orang tinggal aku ke? Hish! Tak guna betul! Tak apa. Tak apa. Kita mandi dulu. Lepas itu baru fikir pasal dia orang" monolognya sendirian.Theo melangkah naik ke tingkat atas menuju ke biliknya dan Lucas. Pakaian yang ingin dipakainya dan tuala dicapai. Dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan bada
Pang!Theo terbangun dengan mengejut. Dia terduduk daripada pembaringannya. Dia memandang pelik wajah sahabat-sahabatnya di hadapannya.Theo teringat sesuatu. Pantas lengannya yang digigit zombie dibelek. Dia pelik apabila tiada langsung kesan gigitan. Tiba-tiba dia terasa pijar di pipinya. Pipinya disentuh. Dia memandang wajah selamba Hazel."Kau apa hal ini? Kenapa? Muka aku nampak macam hantu ke?" tanya Hazel pelik. Dia menahan senyum."Bukan ke kau pakai kostum Power Rangers tadi?" tanya Theo pelik. Berkerut dahi Hazel jadinya."Kau merepek apa ini?" tanya Hazel. Lain macam budak ini. Ada kena sampuk dengan hantu ke masa balik daripada latihan hoki semalam?"Tapi bukan ke kita kena kejar dengan zombie?" tanya Theo lagi. Lucas, Ethan, Jayden dan Hazel berpandangan antara satu sama lain."Kau merepek apa ini manusia?" tanya Lucas. Lucas tertawa kuat. Geli hati
"Lucas mana?" tanya Hazel apabila tidak melihat kelibat lelaki yang seorang itu. Dia mengambil tempat duduk di atas sofa. Lily pula sejak tadi sudah tidur.Mungkin penat sebab seharian tadi mereka berenam berjalan-jalan. Berjalan-jalan ke Harrods. Mereka berenam pergi ke Skate Park dan belajar bermain skateboard daripada 4 jejaka itu."Selepas dinner tadi dia keluar. Katanya ada hal. Tak tahu kenapa tak balik lagi" balas Ethan. Air mineral diteguk lalu dia berjalan ke meja yang terdapat di ruang tamu itu. Dia ingin mengulangkaji."Entah entah dia pergi club tak?" teka Theo. Mulutnya penuh dengan makanan ringan yang diambil dari dapur."Banyak lah kau" balas Ethan. Dia menggelengkan kepalanya mendengar tekaan Theo itu."Asal tak tidur lagi, Hazel?" tegur Jayden yang baru turun dari tingkat atas. Hazel menoleh ke arah Jayden."Tak mengantuk" balas Hazel.
"Lily" Hazel melambai ke arah Lily yang sudah bersiap. Lily tergelak. Dia menggelengkan kepalanya."Sorry tahu Lily tak dapat teman Hazel sampai esok. Cikgu Lily tiba-tiba saja nak buat latihan" ujar Lily. Katanya sebuah pertandingan nyanhian sudah semakin hampir, jadi dia dan rakan-rakannya perlu berlatih.Keluarga Lucas merupakan keluarga yang berdarah seni. Ayah Lucas merupakan CEO di sebuah syarikat hiburan dan seorang komposer lagu serta penulis lirik. Ibu Lucas ialah seorang pelakon. Lucas dan Lily mengambil jurusan seni muzik manakala Luke ialah teater."Lily pergi naik apa? Lucas hantar?" tanya Hazel. Dia memerhati Lily yang sudah menarik bagasi."Uber. Lucas tak dapat hantar. Nak hantar macam mana kalau masih terbongkang" Hazel mengangguk faham.Lily masih tidak tahu lagi yang Lucas mabuk semalam. Kalau Lily tahu, pasti Lily akan memarahi Lucas. Takut saja sampai ke pe
Hazel sedang duduk di taman rekreasi berdekatan dengan perumahan Ethan itu. Sekejap lagi dia akan pulang ke rumahnya. Hari ini adalah hari ke-4 dia bercuti di rumah Ethan.Hazel mengambil peluang untuk melepak di taman rekreasi berdekatan dengan perumahan Ethan. Dia ingin menenangkan fikirannya buat sementara waktu. Selepas makan tengah hari tadi, dia terus saja ke sini.Hazel mendongak memandang daunan pokok yang mula menguning. Hanya tunggu masa untuk gugur. Ya, musim luruh sudah tiba.Dia tidak sangka yang sekarang sudah menginjak ke bulan September. Bermakna lebih kurang 2 bulan setengah lagi persekolahan bakal ditutup.Sedar tidak sedar, sudah 4 bulan dia berkawan rapat dengan 4 jejaka itu. Dalam tempoh 4 bulan itu, macam-macam kenangan yang mereka cipta bersama.Hazel memeluk lutut. Dibawah sepohon pokok yang rendang menjadi pilihannya untuk duduk. Beberapa daun sud