Lahat ng Kabanata ng Dylan's Obsession (Bahasa Melayu): Kabanata 31 - Kabanata 40
49 Kabanata
BAB 31
Amanda celik mata perlahan-lahan, dahinya berkerut hebat apabila sekelilingnya dihidangkan dengan keadaan gudang yang berterabur dengan kotak. Seingatnya, tak ada pulak Amanda masuk mana-mana gudang. "Bukan aku nak jumpa Rita ke?" soal Amanda pada diri sendiri. Bunyi tapak kasut seseorang menarik perhatiannya, bermula dari kasut sehinggalah raut wajah seorang lelaki yang dikenalinya. "Papa?" Encik Jamal senyum sinis. "Kenapa? Terkejut? Tak percaya kau boleh jumpa aku dekat sini? Atau....kau masih bermimpi ada di bumi Itali sana?" Dahi Amanda berkerut seribu. Kejap? "Apa maksud papa?" "Kau tak faham lagi apa yang aku cuba cakap dekat kau? Huh?" Makanan bungkus di tangan dilempar tepat pada muka Amanda. "Sakitlah! Kenapa dengan papa ni?" "Kau tahu sakit? Habis hati aku? Kau ingat tak sakit? Beraninya kau jumpa lelaki asing entah dari mana, kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan aku. Elok sangat ke perangai macam tu?!" tempik Encik Jamal kuat. Rambut panjang Amanda ditarik kua
Magbasa pa
BAB 32
Amanda terjaga dari tidurnya yang panjang. Mata dicelik perlahan-lahan. Mukanya berkerut seribu menahan sakit. Fikirannya kini mengimbas kembali apa yang terjadi sebelumnya. "Aku dekat mana ni?" soal Amanda pada diri sendiri. Mata pandang sekeliling. "Bukan bilik Dylan ke ni?" Bunyi kuakan pintu memberi jawapan segalanya. Muncullah Dylan di sebalik pintu utama bersama makanan yang ditantang. "Hubby?" Dylan diam tanpa suara. Raut wajah tampan itu tenang aje, walaupun begitu Amanda tahu suaminya sedang menahan marah padanya. "Makan." sepatah keluar dari bibur itu. Dylan berura-ura nak keluar. Tak sempat nak bangun, tangannya ditarik Amanda. "Hubby." Diam, tak ada langsung panggilan manja untuk Amanda. Amanda dah mula nak menangis dapat layanan sebegini. 'Mana panggilan yang selalu Dylan guna? Amanda rindu...' "Hubby marahkan Manda?" Untuk sekian kalinya bibir itu terkatup rapat tanpa bicara. Beberapa titis mutiara turun, Amanda tak nak perubahan ini. Amanda tak sanggup mena
Magbasa pa
BAB 33
Encik Jamal mencuba meleraikan ikatan tali pada kedua belah tangannya. Ingatannya terimbas kembali kejadian yang berlaku semalam. Bagaimana dirinya boleh terkurung di dalam bilik bawah tanah ini. Buk! Kuat mukanya ditumbuk Dylan. Merah menyala muka lelaki itu menahan amarah. "Kau!" "Kenapa? Terkejut? Huh!" Encik Jamal mengetap kuat giginya. "Kau dah rosakkan rancangan aku, kau tahu tak?!" "Do i look like i care?" sinis Dylan membalas sebelum tubuh Encik Jamal dibelasah habis-habisan. Rayuan dari Encik Jamal sedikitpun tidak menyejukkan hatinya malah Dylan amarahnya makin mencanak tinggi. "Bila Manda merayu macam orang gila ada kau peduli? Huh?" "Tolong....tolong...." "Siapa nak tolong kau? Kau ingat dengan rancangan hebat kau bersepakat dengan abang aku, kau dapat kalahkan aku? Huh?" Sekuat tenaga, tangannya dihayun pada pipi Encik Jamal. Pang! Tamparannya lebih kuat berbanding tamparan Encik Jamal pada Amanda. "Kau tampar aku?" Pang! Sekali lagi tamparan kuat itu dihad
Magbasa pa
BAB 34
Perut yang berkeroncong minta diisi ditepuk beberapa kali. "Sabar, aku tahu kau tengah lapar. Aku cari tuan kau ni, dari tadi tak jumpa-jumpa. Pergi mana pun aku tak tahu." kata Amanda bercakap pada perutnya. Lagak perut faham aje. Mata pandang sekeliling sebelum arah matanya memicing pada Andrea. Jauh termenung, seperti ada masalah besar aje. Tergerak hati untuk merapat, kini tubuhnya telah berdiri tegak sebelah Andrea. Malu pun ada, tapi itulah tebalkan jugak muka. "Awak okay?" sapa Amanda berbasa-basi. Andrea kerling Amanda sekilas sebelum alih pandang ke arah lain. Bibir terkatup, tak ada hati nak bercakap. "Kalau awak ada masalah, kongsilah. Mana tahu saya boleh tolong kan? Tak elok-elok pendam sorang-sorang, kadang-kadang awak perlukan seseorang untuk luahkan masalah awak." "Seseorang macam kau ke? Atau lebih tepat seseorang itu adalah kau?" soal Andrea bersama alis diangkat. "Boleh dikatakan macam tu." ucap Amanda tahan malu. Ehem! Andrea senyum menyampah. Tubuhnya dip
Magbasa pa
BAB 35
Bam! "Argh!!! Jantan tak guna! Kurang ajar! Gila! Argh!!! Kau jantan tak guna Lan!" tempikan kuat itu bergema dalam bilik itu. Semua barang habis bersepah kerana perbuatannya. Merah menyala matanya menahan rasa amarah yang membara. "Aku minta maaf." ucap Encik Jamal serba salah. Fabio ketawa sinis. Bahu kanan yang berbalut itu ditatap lama. Semuanya gara-gara Dylan, Fabio tak tahu bagaimana lelaki itu boleh tahu tempat persembunyian Amanda. Dirinya terkejut bukan kepalang melihat kemunculan lelaki iu di depan mata, tak sempat nak menghilang bahunya telah ditembak. Tsk! Tak guna! "Maaf kau takkan mampu pulihkan balik bahu aku, maaf kau tak ada guna. Kau tahu tak? Aku dah bosan dengar kau cakap minta maaf, susah sangat ke apa yang aku arahkan kau sampai aku tertangkap? Kau dah musnahkan semua rancangan aku, kau tahu tak?!" "Ak....ak-aku mi-minta maaf...." terbata-bata ayat maaf itu dihulur. "Itu aje yang kau tahu, tak reti sungguh sejukkan hati aku. Makin aku tengok muka kau, m
Magbasa pa
BAB 36
Tok! Tok! Tok! Puan Ana bangun meluru menuju ke pintu utama, terukir senyum manis saat raut wajah gembira milik Andrea dijamahnya. "Andrea!" Tubuh itu dipeluk erat melampiaskan rindu. "Ibu...." rengek Andrea manja. Tawa halus terhambur dari bibir. Suka dengan telatah anak lelakinya yang tidak pernah berubah. Manja itu tetap ada biarpun sudah menginjak dewasa. "Anak ibu sihat?" Andrea angguk. "Sihat, ibu macam mana? Sihat?" "Ibu nampak anak lelaki ibu terus sihat, rindu katakan." Andrea menyalami tangan sang ibu. "Rea rindu ibu, maafkan Rea sebab dah lama tak balik rumah. Rea ada banyak kerja, tak sempat nak balik. Rea bersyukur dapat jumpa ibu." "Rea balik pun dah buat ibu lega, mari duduk. Kita borak sama-sama." Mereka berdua kini melabuh duduk di atas sofa panjang. "Macam mana dengan kerja di sana? Semuanya okay ke?" "Okay aje, cuma...." Andrea gigit bibir. "Kenapa Rea?" Keluhan berat Andrea lepaskan. "Rea tak dapat kesan keberadaan abang Rea. Rea dah cuba macam-macam c
Magbasa pa
BAB 37
Gambar waktu kecilnya bersama Andra ditatap tak jemu. Senyum kecil terkutik di bibir, ada rindu yang tak terluah apabila gambar itu ditatapnya. "Abang nak aiskrim boleh?" "Mana boleh, abang takde duitlah. Abang ada duit cukup-cukup nak beli keropok untuk abang makan balik nanti tau." "Abang tak sayang Rea ke? Bolehlah, belanja Rea kalini je, please...." Andra hela nafas payah. Pasrah, Duit miliknya diberikan pada Andrea. "Lepas beli aiskrim terus balik, jangan tunggu abang, abang ada kelas tambahan lepas ni." Andrea angguk. "Adik tak boleh bayang kalau abang takde dalam hidup adik." "Dah mula dah, tak payahlah fikir sampai macam tu. Abang tak pergi mana-mana pun, ada aje ni." Tanpa sedar, celah matanya terkeluar setitis air mata. Ehem! "Kenapa you nangis?" soal Jen kini melabuh duduk di sebelah Andrea. "Takde apa, I cuma rindukan abang I. Itu aje." "Kenapa? Abang you pergi mana? Kerja jauh ke?" soal Jen ingin tahu. Andrea dah sebak, sempit dada mahu hambur setiap rasa ya
Magbasa pa
BAB 38
Amanda ketap beberapa kali bibir. Raut wajah berkerut beberapa meter darinya ditatap lama. Serba salah atas kejadian beberapa hari lalu, Amanda tahu lelaki itu masih marahkan dirinya. Salahnya menjadi seorang yang tidak mendengar kata, akibatnya Dylan merajuk padanya. Kepalanya dihantuk pada dinding dua kali. "I see what you did there." Tanpa alih mata Dylan berkata. Amanda telan air liur kelat. "Erk...." Perlahan langkah dihayun merapati Dylan. "Manda....erk...." Dehem kecil dibunyikan sebelum duduk dilabuh sebelah sang suami. "Is there anything i can do to help you?" soal Dylan mendatar. "Are you still mad at me?" "Nope, i ain't mad." Majalah dibelek malas. "Are you sure?" "Why would i be mad at you?" "You sure hubby?" Dylan pandang Amanda sesaat. "Yes." Halaman lain dibelek. Tak nampak gaya baca pun. "Can you smile for me?" Amanda sengih tak berapa lawa. "No." Amanda hembus nafas tak puas hati. Tubuhnya dipeluk. "I am once again asking, are you mad at me?" "Stop ple
Magbasa pa
BAB 39
Amanda bangun dari tidurnya, bersemangat dia mahu kejutkan Dylan. Pudar semangatnya apabila tempat di sebelahnya sudah kosong. Tahulah Amanda bahawa lelaki itu telah berangkat ke kerja. Tok! Tok! Tok! "Puan..." panggil seseorang di sebalik pintu. "Kejap." sahut Amanda tertahan dari sebak. Pintu dibuka, terjengul raut wajah beku milik Ahmad. Lelaki itu menunduk hormat padanya sebelum menyambung kata. "Sudah bersedia?" "Kenapa Dylan tak ikut? Dylan betul-betul busy ke? Kenapa sampai awak diganti untuk keluar dengan saya sedangkan Dylan boleh tunda kerja demi luang masa bersama saya?" bertalu-talu soalan keluar dari bibir Amanda. Kecewa yang tak dapat ditahan dari lubuk hatinya. "Aku tak boleh nak jawab soalan kau, lagipun ini arahan dari Dylan sendiri. Aku tak boleh nak arahkan dia supaya tinggalkan kerja demi kau, aku takut dia naik angin." "Oh." Kecewa tak hilang dari ton bicara itu. "Jom kita pergi sekarang." ajak Ahmad. "Jom." Ahmad bukakan pintu kereta sebelah pemandu unt
Magbasa pa
BAB 40
"Abang, please jangan tinggalkan adik. Please...." "Andra, apapun yang terjadi jangan pernah lupakan ibu dan ayah. Okay?" "Andra!" Naik turun nafas Dylan, mukanya diraup kasar. Banyak kali mimpikan benda yang sama dan dia sendiri tak pasti apakah maksud mimpi itu yang sebenar? "Kau okay? Kenapa dah berpeluh macam orang baru mimpi hantu?" soal Andrea kini melabuh duduk di atas kerusi depan Dylan. "Takde apa." Deheman kecil dibunyikan. "Kau tak nak cerita apa-apa masalah kau dekat aku? Mana tahu aku boleh tolong kan?" ujar Andrea prihatin. "Aku fikirkan sesuatu aje." Dylan dah mula nak buka cerita. "Maksud kau apa?" Tubuh disandar dengan mata tepat pandang ke dalam anak mata Dylan. "Kau pernah merasai kehilangan?" "Pernah." Nafas ditarik panjang. "Aku pernah kehilangan abang kesayangan aku, aku tak tahu macam mana cara untuk aku dapatkan abang aku. Malah, aku sendiri tak tahu rupa abang aku macam mana." Helaan nafas kecewa dilepaskan. "Bagaimana agaknya khabar dia sekarang?
Magbasa pa
PREV
12345
DMCA.com Protection Status