Walau penyesalan datang terlambat, aku tetap punya semangat, merubah hidup dari yang sesat, ke arah jalan yang lebih hebat - Natasha____________________EMPAT bulan sudah berlalu. Natasha yang bersedih dengan kematian ayah kandungnya sudah mula menunjukkan tanda-tanda dia reda dengan pemergian ayahnya.Kesilapannya dahulu tidak mahu menerima kewujudan ayah kandung telah membuatnya berduka selama beberapa bulan.Sukri yang bimbang dengan keadaan Natasha sudah hilang punca untuk mengembalikan keceriaan anak gadisnya itu.Begitu juga dengan Tini. Kegusaran Tini semakin bertambah apabila Natasha membenci Izzat pula pada saat ini. Bagi Natasha, ayah Izzatlah punca kenapa ayah kandungnya meninggal.Sedangkan pada waktu ini Sukri berusaha untuk melupakan apa yang berlaku antara Izzat, Natasha dan Izmir. Izzat yang selama ini tidak juga disukai Sukri kini mulai mendapat kemaafan daripasa Sukri memandangkan Izzat sudah tinggal bersama ayah dan ibunya.Namun berlainan dengan Natasha. Beberapa
Kata orang, seberapa berat ujian yang diterima, ganjarannya berlipat ganda, berapa banyak dugaan menimpa, akhirnya pasti kembali bahagia, yang pahit pasti akan manis akhirnya..._____________________“KALAU Tasha sudi, Izzat sepuluh kali sudi opah. Lagipun sebelum ni Izzat dah banyak kali minta maaf atas kesalahan Izzat, Opah. Tasha saja yang tak nak maafkan Izzat.”Itu kata-kata terakhir Izzat sejak pertemuan seluruh keluarga Tini dan Sukri di rumah emak lelaki itu.Natasha sudah berfikir masak-masak. Dia akan memaafkan Izzat sekaligus memberi peluang kepada lelaki itu untuk berubah serta membuktikan janji-janjinya untuk berjaya dalam pelajaran.Kini Izzat di bawah jagaan emak dan ayah Sukri memandangkan dia tiada siapa-siapa lagi untuk bergantung hidup. Sukri memantaunya saban waktu.Persengketaan bersama Izmir dilupakan dan Izzat menjadi sandaran untuk melupakan permusuhan itu. Sukri tidak mahu Izzat menerima nasib yang sama seperti Natasha di waktu kecilnya, hidup tanpa kasih saya
Pengakuannya,Membunuh perlahan rasa yang pernah ada di lubuk hatiku,Hingga aku lelah untuk menafsirkannya.Terakhir kali, aku akan kehilangan dirinya. - TINIBUTIRAN hujan turun dengan lebatnya pada lewat petang itu. Alam seolah-olah turut berduka dengan apa yang terjadi. Tini duduk termenung di bilik. Seharian berkurung tanpa menjamah apa pun makanan. Di tangannya masih tergenggam erat foto Tina, kakaknya. Tina menggamit kenangan.“Kalaulah Kak Tina masih ada, semuanya takkan jadi macam ni. Ka
Kenangan...Ternyata berat untuk dilupakan. Semakin mencuba semakin ia mendekat. Ternyata kenangan itu, Melupakan tidak semudah menciptakan...Berapa tahun sebelumnya.DUA tiga kali meronda di pasar
Semua orang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Mereka diberi kesempatan kedua untuk memperbetulkan kembali kesilapan itu. Namun, kesilapanku adakah akan dimaafkan? ~ Sukri.Beberapa bulan sebelum kematian Tina.MATA Pak Leman membulat memandang Sukri. Dia tidak tahu harus menjawab apa. Dia tahu kesalahannya. Tapi semuanya tidak boleh diundur kembali.Semuanya telah terjadi.Lelaki itu tunduk memandang lantai papan yang sedikit usang. Pak Cik Leman mencekak pinggang meminta penjelasan.“Mana bungkusan tu, Sukri? Ayah nak tengok sekarang. Mana?” tanya Pak Leman setelah Sukri berdiam diri selama direnungnya dengan pandangan yang tajam.“Maaf, ayah!” Hanya itu yang mampu lelaki itu luahkan. Ada rasa bersalah dalam tuturnya walau ianya bukanlah terjadi kerana kemahuan dirinya send
Sebuah harapan yang menggunung adakah akan terlaksana tanpa perjuangan dan pengorbanan? Tatkala perjuangan dan pengorbanan mulai goyah, harapan mulai pudar. Di mana harus
Kejujuran dan kebaikan seseorang itu biasanya terlihat apabila empunya diri sudah tiada, baik perginya ia buat sementara atau untuk selama-lamanya.BEBERAPA kali mengetuk pintu, akhirnya Tini mengalah. Tini muncul di hadapan pintu. Pak Salihin menarik nafas lega.“Ada apa, ay
Bukan aku berdendam. Bukan juga aku egois. Tapi sudah tiba saatnya aku memperjuangkan rasa yang ada di hati ini. Biar tanpa atau kau tahu, aku sudah tidak peduli lagi - TINIWAN SALOMA memerhatikan Tini yang menongkat dagu di pangkin depan rumahnya. Anak gadisnya itu sudah tidak ceria lagi. Tidak ada lagi senyum manis yang terukir di bibirnya. Tidak ada lagi gelak ketawa manjanya melayan kerenah Natasha.