Share

BAB 17

Kamar Peraduan Sultan, Istana Besar Sakti Kota.

"MACAM mana dengan keadaan tuanku, saudagar?" tanya Panglima Tangkas dengan runsing. Sejenak, dia merenung dalam ke wajah pucat sultan itu.

Apabila tiba-tiba tidak sedarkan diri tadi, Sultan Nadim Alam terus dibawa ke kamar peraduannya. Saudagar Bai Yu pula serta-merta melakukan tugasannya mengaplikasikan teknik akupunktur kepada sultan negeri itu. Padanya, sultan tersebut memang benar-benar gering.

Dengan jarum yang pelbagai saiz kepanjangannya, ia nampak agak menyakitkan. Namun, teknik perubatan tradisional dari China ini sangat baik untuk mengubati aliran tenaga badan yang dipanggil ‘Chi’. Di negaranya, teknik ini jugalah yang digunakan untuk merawat maharaja mereka.

"Saya hanya mampu mencuba. Tapi, nampaknya baginda sultan semakin tenat," jelas Saudagar Bai Yu.

"Ya Tuhan..." Panglima Tangkas terhenyak mendengarkan berita tersebut.

"Betul-betul ke ni, saudagar? S

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status