KEPULANGAN Aazad dari tempat kerja disambut seperti biasa. Namun Aazad langsung tidak mengendahkan Ainan. Makanan yang telah terhidang juga tidak dipedulikan.
Aazad terus melangkah masuk ke dalam bilik tanpa mengendahkan kedua-dua anaknya yang minta dikendong. Sayu hati Ainan melihat anak-anaknya dipulaukan bapa sendiri. Dasuki memandang tanpa kata. Dia sudah biasa tidak dipedulikan oleh Aazad.
Ainan sendiri tidak tahu apa silapnya. Apa yang tak kena kerana pagi tadi, Aazad tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik. Malah ketika Ainan mengirimkan pesanan W******p pada Aazad petang tadi, Aazad melayannya elok je.
Ainan segera mengendong Umairah saat anaknya itu menghulurkan tangan. Dicium pipi anaknya bertalu-talu. Safwan yang melihat Ainan mencium Umairah, ketawa riang lalu meminta bahagiannya pula sambil menunjukkan pipinya kepada Ainan.
Ainan duduk di sofa bagi membolehkannya memegang kedua-dua anaknya. Safwan memanjat naik ke sofa lalu menghalakan pipinya untuk dicium. Dasuki juga diraih lalu dipeluk dan diciumnya. Terhibur seketika hati Ainan dengan keletah anak-anaknya.
"Safwan nak susu tak?" Ainan mula berbicara. Dia cuba merawat rasa sakit hatinya dengan sikap Aazad.
Ainan meletakkan Umairah di bawah, lalu ke dapur untuk membancuh susu buat anak-anaknya. Ainan menghulurkan botol susu kepada Safwan yang sedia menunggunya di depan dapur.
"Pergi baring dekat sana. Mama nak buat susu adik." Safwan yang berusia dua tahun itu akur dengan arahan Ainan. Maka terkedek-kedeklah Safwan berjalan menuju ke sofa. Ainan pula mendapatkan Umairah lantas disuakan susu kepada Umairah. Yang berusia sebelas bulan.
"Suki nak milo?" soal Ainan apabila melihat Dasuki mengusik Safwan yang sedang menyusu.
"Tak nak. Suki dah kenyang. Suki nak tidur, boleh?" Ainan menjeling jam yang tergantung didinding. Jarum menunjukkan pukul sembilan malam.
"Suki pergi toilet dulu. Cuci kaki, cuci muka lepas tu masuk tidur. Jangan lupa baca doa tidur dengan surah Al-Fatihah ye," pesan Ainan kepada Dasuki.
"Baik mama." Dasuki segera ke bilik air. Sebelum masuk ke dalam bilik, Dasuki menyalami dan mencium pipi Ainan.
"Good night, mama."
"Good night, sayang." Ainan melihat Dasuki berlalu masuk ke dalam bilik. Mujurlah Dasuki pandai bawa diri.
Ketika Dasuki berusia tiga bulan lebih, Ainan menguruskan proses penceraiannya dengan ayah kandung Dasuki apabila melihat lelaki itu seakan ingin mengantungnya tidak bertali. Pada mulanya, Ainan meminta Rahim yang menguruskan proses penceraian mereka kerana mereka tidak serumah sejak sebulan lepas bernikah.
Tanpa Ainan sedar, Rahim telah lama menduakannya dengan tinggal sebumbung bersama perempuan lain. Hancur luluh hati Ainan apabila mendapat tahu perkara itu seminggu sebelum majlis penikahan mereka. Namun kerana kad jemputan telah diedarkan, Ainan terpaksa meneruskan juga pernikahan mereka walau dengan hati yang sakit.
Ainan melepaskan keluhan berat apabila mengingati kisah lamanya. Umairah dan Safwan akhirnya lena. Setelah beberapa minit berehat di dalam bilik, Aazad keluar membersihkan diri dan mula bersiap-siap untuk keluar. Bekerut dahi Ainan dengan sikap Aazad.
Aazad bukanlah seorang suami yang suka melepak dikedai kopi atau berpeleseran tidak tentu arah. Masanya banyak dihabiskan di rumah dan juga ditempat kerja.
"Abang nak pergi mana?" soal Ainan lembut.
"Abang nak pergi Setia Alam sekejap. Akak ada dekat sana. Dia nak jumpa. Ada hal katanya." Ainan terdiam seketika mendengar jawapan Aazad.
"Abang tak nak makan dulu?" Sayu kedengaran suara Ainan. Aazad memandang Ainan. Pipi Ainan diusap lembut.
"Ainan dah makan?" Ainan hanya menggeleng sebagai jawapan. Dia memang menunggu Aazad pulang untuk makan bersama. Memang itu yang selalu dilakukannya. Aazad pandang Ainan sayu. Hatinya rasa serba salah.
"Jom makan sekali dengan abang." Ainan tersenyum. Dia segera ke dapur. Memasukkan lauk ke dalam microwave untuk dipanaskan.
Ainan ingat lagi semasa Aazad membawa pulang microwave itu. Dia agak terkejut pada mulanya. Mana mungkin Aazad membelinya kerana duit untuk membeli susu anaknya sendiri tiada pada ketika, sehingga memaksa Ainan meminta bantuan ayahnya.
"Ni Alex bagi. Dia cakap dia beli tapi tak pernah guna. Jadi dia bagi pada abang."
Ainan kenal siapa Alex. Salah sorang rakan suaminya yang banyak membantu Aazad ketika Aazad berdepan masalah kewangan.
Usai memanaskan lauk yang dimasak petang tadi, Ainan segera menyenduk nasi ke dalam pinggan Aazad dan juga untuknya sendiri.
Aazad menceduk kari ayam masuk ke dalam pinggannya beserta kacang panjang tumis campur telur. Nampak ringkas tetapi cukup untuk membuka selera Aazad.
Ainan hanya memerhatikan Aazad makan dengan berselera sekali. Sesekali dia menjamah nasi. Hati Ainan rasa tak sedap.
"Satu hari abang tak makan nasi. Teringat pada Ainan dengan anak-anak." Ainan diam membungkam mendengar bicara Aazad.
Peristiwa Aazad tidak mengendahkan Safwan dan Umairah masih berlegar diruangan matanya.
"Abang dah sudah. Abang pergi dulu ye." Ainan segera mencuci tangannya lalu menyalami Aazad sebelum Aazad melangkah keluar. Tiada pelukan hangat mahupun kucupan di dahi seperti yang biasa dilakukan oleh Aazad. Ainan mengeluh.
Ainan tidak terlalu melayan perasaannya. Dia segera mengemas meja makan. Baki lauk dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Usai mencuci pinggan mangkuk, Ainan mengangkat Safwan dan Umairah masuk ke dalam bilik. Kepalanya terasa berat. Dia ingin melelapkan matanya. Sempat dia menjengah Dasuki di dalam bilik sebelum dia masuk tidur.
AAZAD disambut riang oleh anak-anaknya.
"Ayah..." Kamal menjerit riang menyambut ketibaan Aazad.
"Anak ayah sihat?" Aazad memeluk Kamal erat. Kamal anak kesayangan Aazad. Jadi apa saja berkaitan dengan Kamal akan mendapat perhatian Aazad.
Imah hanya berdiri di depan pintu memerhatikan Kamal bersama Aazad.
"Jumpa anak je ke? Imah ni tak nak jumpa ke?" Aazad mendengus mendengar soalan dari Imah. Dia segera melangkah masuk ke dalam rumah kakak iparnya.
"Ingatkan dah tak ingat kat anak bini," perli Imah berhasil membuatkan Aazad naik angin.
"Awak kalau suruh saya datang sebab nak perli macam ni baik tak payah!" Aazad hilang sabar.
"Duduk la Aazad. Jangan kau layankan meroyan Imah ni." Ina mempelawa Aazad duduk.
Memang kebiasaan Imah akan ke rumah Ina setiap kali dia ke Kuala Lumpur.
"Jemputlah minum." Aazad hanya memandang. Sakit hatinya dengan Imah masih belum hilang lagi.
"Abang tu tolong bertanggungjawab sikit. Anak-anak semua nak pakai duit. Mana cukup apa abang bagi." Imah terus menembak. Makin panas hati Aazad. Mencerlung matanya memandang Imah.
"Sebulan dekat tiga ribu masih tak cukup ke Imah? Kau nak berapa juta?" Berang betul Aazad dengan sikap Imah.
"Mana cukup! Tulah, gatal sangat nak berbini dua, kan? Tanggunglah!" Imah tak nak kalah.
"Ni surat dari mahkamah. Nanti jangan lupa datang." Imah mencampakkan surat mahkamah tepat ke muka Aazad. Kesabaran Aazad semakin tercabar.
"Kau ni memang dasar pompuan tak reti bersyukur! Anak bini aku dekat sini ikat perut sebab aku nak puaskan hati kau. Tapi ni yang kau bagi kat aku." Jelas kedengaran nada kesal di bibir Aazad.
"Hey... tu bukan masalah Imah ye. Tu masalah abang laki bini. Imah tak nak tahu apa pun masalah abang laki bini dekat sini. Yang Imah tahu Imah nak hak Imah." Sempat lagi Imah menepuk meja kopi akibat marah dengan kata-kata Aazad.
"Hak apa kau nak? Hak aku sebagai suami, mana kau letak?" Aazad hilang sabar. Sungguh kali ni kesabaran dia pecah.
"Dahlah tu. Aazad jemput minum. Sejukkan dulu tekak tu." Pelawa Ina. Sempat dia menjeling Imah. Aazad hanya memandang air dan biskut yang terhidang di depannya.
"Takpe la kak. Saya nak balik dah ni." Aazad terus bangun.
"Janganlah macam tu. Bukan kitorang nak mandrem kau pun." Mencerlung mata Aazad mendengar kata-kata Ina. Teringat dia akan kiriman mesej Imah kepadanya. Aazad mendengus sebelum berlalu keluar dari rumah.
Kamal yang leka bermain di depan rumah didakap erat.
"Kamal jaga diri baik-baik. Ni duit belanja. Simpan elok-elok ye." Aazad sempat menghulurkan dua keping not lima puluh kepada Kamal. Melompat keriangan anak kecil yang berusia lapan tahun itu apabila menerima duit sebanyak itu dari ayahnya.
Aazad terus masuk ke dalam perut kereta. Sampai saja di bawah blok rumahnya, Aazad membuka surat dari mahkamah yang dicampak oleh Imah tadi.
Melengu dia seketika setelah membaca tuntutan yang dibuat oleh Imah.
Dua tuntutan yang dibuat oleh Imah. Satunya giliran bermalam dan yang kedua adalah tuntutan tungggakan nafkah yang tidak dijelaskan oleh Aazad. Aazad benar-benar hilang sabar dengan tingkah Imah.
Mahu saja dikoyakkan surat itu. Melepaskan segala rasa sakit hatinya pada Imah. Tipu jika dia tidak sayangkan Imah. Lebih dua puluh tahun mereka hidup bersama melayari bahtera perkahwinan. Walau berkali-kali Imah minta diceraikan tapi mengenangkan anak-anak yang masih kecil ketika itu, Aazad tidak mengendahkan permintaa Imah.
Terkenang dia akan Ainan yang banyak melalui kesusahan akibat dirinya terlalu mementingkan rasa tanggungjawab kepada Imah anak beranak sehinggakan Ainan anak beranak terabai. Aazad meraup kasar rambutnya.
Dengan berat hati dia melangkah keluar dari kereta. Bagaimanalah Ainan agaknya. Aazad melajukan langkah menuju ke lift. Mujur saja dia tidak perlu menunggu lama.
Sampai saja di rumah, ruang tamu telah mulai gelap. Pasti Ainan sedang tidurkan anak-anak. Detik hati Aazad. Dia terus melangkah menuju ke bilik tapi hampa. Rumahnya kosong. Di mana Ainan?
Aazad mengeluarkan telefon bimbit lalu menghubungi Ainan. Kedengaran bunyi telefon Ainan di dapur rumahnya. Aazad segera meluru ke sana.
Darah. Buntang mata Aazad apabila melihat tompokan darah di dapur. Aazad kalut.
Baru hendak menghubungi ayah mertuanya, telefon bimbitnya berbunyi.
"Sya, Kak Ainan mana?" soal Aazad tanpa sempat Syazana membuka mulut.
"Abang pergi mana huh? Tinggalkan Kak Ainan macam tu je dengan anak-anak. Berpuluh kali Kak Ainan call tapi abang tak jawab. Abang memang sengaja nak seksa Kak Ainan, kan?" Syazana menghamburkan kemarahannya tanpa menjawab soalan Aazad. Terkedu Aazad mendengarnya.
AAZAD tergesa-gesa mencari Ainan di wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya. Hampir luruh jantungnya apabila Syazana memarahinya."Abang dengar tak ni? Abang pergi mana tinggalkan Kak Ainan dekat rumah sorang-sorang? Abang tak tahu ke Kak Ainan tak sihat? Blood pressure dia low lagi!" Terkedu Aazad mendengar jerkahan Syazana. Memang dia sedar sejak akhir-akhir ni Ainan sentiasa lesu. Malah wajahnya juga sering pucat. Namun, Ainan tidak pernah mengadu apa-apa kepadanya membuatkan dia berfikir Ainan baik-baik saja."Abang tak tahu. Kak Ainan takde bagitahu abang apa-apa pun." Lemah sekali suara Aazad. Syazana merengus geram."Macam mana nak bagitahu kalau abang langsung tak ambil berat pasal Kak Ainan? Bukan Sya tak tahu abang sibuk dengan handphone," ucap Syazana kecewa. Sungguh dia kecewa dengan sikap Aazad yang selalu lepas tangan. Langsung
RIDHWAN memerhatikan cermin di depannya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia segera melangkah keluar. Cuti begini, bosan pula duduk di rumah. Kebetulan barang dapur dan juga makanan ringan di rumahnya sudah habis, jadi dia menggunakan cuti ini untuk mendapatkan keperluannya."kau nak ke mana?" sapa Karim. Terkejut Ridhwan dibuatnya."Nak beli baranglah. Tu kat dapur tu barang banyak dah takde. Kau ni tak kerja ke?" Ridhwan yang sedang mengikat tali kasut memandang Karim yang masih berseluar pendek."Aku cutilah hari ni. Tukar cuti dengan Si Becok tu. Ada hal katanya jumaat ni. Tu yang minta tukar cuti dengan aku." Ridhwan hanya mengangguk mendengar jawapan Karim."Kau keluar dengan siapa?" Ridhwan memandang pelik wajah Karim."Aku ada awek ke nak keluar dengan awek?" soal Ridhwan kasar."Manalah tahu. Kalau sorang tunggu aku siap boleh
SUDAH seminggu Aazad tidak pulang ke rumah. Selama seminggu itu jugalah Ainan tidak menjawab sebarang panggilan mahupun Whatsapp darinya. Mujur saja Syazana tidak terus menerus memarahinya."Sya kesian kat akak. Sekarang ni dia kerap termenung. Selera makan pun tak ada. Mak dengan ayah tak bagi balik tapi akak tetap nak balik. Jadi, mak minta Sya temankan akak sepanjang abang tak ada." Aazad mengeluh kesal mendengar khabar yang diterima daripada Syazana. Aazad telah memaklumkan kepada mak dan ayah mertuanya bahawa dia tidak akan pulang ke rumah bagi memberi ruang kepada Ainan untuk bertenang. Namun, dia sendiri tidak menyangka tindakannya membuatkan Ainan semakin tertekan.Khuatir dengan keadaan Ainan, Aazad terus memohon cuti kecemasan beberapa hari bagi menenangkan emosi Ainan. Mungkin silapnya kerana mengasingkan diri. Adakalanya dia buntu untuk berhadapan dengan emosi Ainan yang dirasakan tid
AINAN termenung. Rambutnya yang panjang paras pinggang dibiarkan mengerbang ditiup angin. Berada di situ, membuatkan dia berasa tenang dan damai.Pantai Teluk KemangDi sinilah tempat biasanya Aazad akan membawanya untuk menenangkan fikiran suatu masa dulu. Di sini jugalah rasa sayang mula berputik. Di sinilah rasa bahagia itu menyelinap masuk ke setiap pembuluh darahnya. Namun, bahagia itu tidak kekal lama. Aazad semakin hari semakin berubah sikap. Semakin dingin dengannya."Sedarlah wahai Ainan. Inilah akibat apabila engkau mengambil hal orang."Dahi Ainan berkerut. Semakin kerap bisikan itu menjengah pendengarannya kebelakangan ini. Semakin ditepis, semakin menjadi-jadi. Ainan tekup telinga. Berharap suara itu hilang. Dia sudah tidak sanggup mendengar bisikan itu. Bisikan itu membuatnya hampir separuh gila. Membuatnya putus harapan untuk terus hidup."Kau t
AAZAD memeluk erat Ainan. Berharap agar Ainan berasa selamat dalam dakapannya. Lenanya terganggu dek racauan Ainan.Ini kali pertama, Ainan tidur meracau sepanjang mereka hidup bersama. Ada satu bebanan perasaan yang terlalu berat dipendam oleh Ainan.Aazad berasa bersalah yang teramat sangat. Dulu isteri pertamanya membuat onar sehingga Ainan dibuang keluarga, sampaikan dia membuat keputusan untuk menikahi Ainan. Kini, dia pula menjadi penyebab jiwa dan raga Ainan terseksa.Sisa air mata di pipi Ainan disekanya. Terngiang kata-kata Syazana petang tadi ketika dia menelefon bertanyakan khabar anak-anaknya."Abang kena banyak bersabar kalau abang tak nak kehilangan akak. Akak tak nak makan ubat yang doktor bagi tu. Dia cakap sama je. Takkan hilang kalau selalu terseksa macam tu." Jeda seketika."Sya tahu macam mana sayangnya akak pada abang. Jadi Sya mo
IMAH menyimpan rasa dendam. Macam mana sekalipun, dia akan musnahkan rumahtangga Aazad dan Ainan. Dia tak peduli apa akibatnya. Yang penting hatinya puas. Dipulas-pulas bantal yang berada di pehanya."Kaulah bodoh! Yang kau gatal pindah balik kampung kenapa? Sekarang sendiri sakit hati." Marah benar Yani pada Imah."Aku ingatkan dia nak pujuk aku. Tapi dia bagi je duit bila aku minta nak pindah kampung." Imah cuba mempertahankan dirinya."Tetap kau bodoh. Dah tau Aazad cakap nak kahwin dengan budak tu, kau pindah sini kenapa? Tak ke bangang namanya." Yani meluahkan apa yang terbuku. Kesal dengan sikap Imah yang langsung tak berfikir jauh."Bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut kau ni," marah Yani lagi."Sampai hati kak kata ke aku macam tu, kan?" Imah mencebek. Geram hatinya bila dipersalahkan."Sekarang ni kau nak aku buat apa?" Yani menyoal. Ke
AAZAD hanya memerhati tingkah Ainan. Sudah hampir sejam Ainan berdiri seperti patung di gigi pantai itu. Tidak sedikit pun dia berganjak.Bayu laut yang menyapa tubuhnya terasa damai sekali. Rasa seperti terbang seketika masalah yang dihadapinya.Malam tadi Ainan mendakap erat tubuhnya. Tidak sedikit pun mahu dilepaskan. Apabila dia bergerak sedikit, semakin erat pelukan Ainan. Hatinya sedikit lega. Walaupun Ainan masih dingin, sekurang-kurangnya dia tahu Ainan masih menyayanginya seperti dulu.Aazad menghampiri Ainan. Dipeluknya pinggang Ainan. Tersentak Ainan diperlakukan begitu.Aazad bukanlah suami yang romantik. Aazad paling tidak suka mempertontonkan kemesraan ditempat awam. Seringkali juga Ainan dimarahi kerana memeluk manja lengannya."Ainan menung apa?" Aazad meletakkan dagunya di bahu Ainan."Menung masa depan." Aazad tersenyum kelat mendengar ja
HARI terakhir percutian mereka, barulah Ainan boleh bergurau mesra dan bermanja dengannya seperti biasa. Aazad rasa bersyukur sangat. Dah lama dia tak melihat senyuman ikhlas yang diberikan untuk dirinya."Abang, Ainan nak naik banana boat tu. Boleh tak?" Ainan memaut mesra lengan Aazad."Boleh je. Jom." Aazad segera menarik Ainan menghampiri banana boat."Bang, berapa?" soal Aazad."Lima belas ringgit sorang." Aazad terus menghulurkan tiga keping not sepuluh ringgit. Jaket keselamatan diberikan kepada mereka. Aazad membantu Ainan memakai jaket keselamatan."Terima kasih abang." Satu kucupan diberikan pada pipi belah kanan Aazad. Ciuman pertama setelah hampir dua minggu. Aazad tersenyum bahagia."Boleh naik tak ni?" Aazad akhirnya membantu Ainan naik ke atas. Ainan tersenyum bahagia. Bahagia dengan sikap romantik yang ditunjukkan suaminya